Monday, April 6, 2015

Menu Baru "All Time Favourites", "Lite Meals" & "Classic" Di Kenny Rogers Restaurant

Hi Korang,


Hari tuh, aku sempat ke KRR media launch di outlet Kenny Rogers Roaster di Tropicana City Mall, PJ. Best mall ni, orang tak berapa ramai sangat pun coz maybe time weekdays kot. Tapi merata kedai kopinya penuh dengan hantu kopi ek

Dah, jom citer pasal KRR pulak ek


KRR telah melancarkan menu baru "All Time Favourites", "Lite Meals" dan "Classic" yang menawarkan variasi menu baru yang menarik untuk penggemar makanan daging, vegetarian dan pemakanan sihat.

Memperkenalkan menu baru dari KRR:


Fiery Flaming Wings (4 pieces) 
– Marinated in a special blend of spicy aromatic spices and roast to perfection

Bruschetta (6 pieces) 
– Sliced bread toasted and topped with tomato relish made of diced tomatoes and onions


Chunky Veggie 
– Healthy combination of broccoli, carrot & cauliflower with perfect garlic butter dressing


Teriyaki Chicken & Soup Meal 
– Specially seasoned Kenny’s Teriyaki Chicken Chop with Aromatic Rice, Mushroom Chicken Soup & 1 Kenny’s Home-made Muffin


Grilled Fish Fillet 
– Specially seasoned fish with Aromatic Rice & Chunky Veggie.


Grilled Lamb Chop 
– Imported lamb braised with seasoned herbs then grilled to perfection with grilled tomato, Mashed Potato & Chunky Veggie.


Classic Chicken Sandwich 
– Chicken chunks & crisp romaine lettuce tossed with special salad dressing in wholemeal bread with Coleslaw or Fresh Fruit Salad


Lamb Tortilla Wrap Meal 
– Wholesome toasted tortilla wrap filled with lamb chunks, lettuce & cucumber in Smoked BBQ dressing with soup or à la carte. 


Grilled Beef Steak 
– Imported beef marinated with seasoned herbs with grilled tomato, Mashed Potato & Chunky Veggie.


Egg’cellent Sandwich 
– Chopped egg mix with special salad dressing & crisp romain lettuce in wholemeal bread with Coleslaw or Fresh Fruit Salad

Tiada gambar*

Kenny’s Wholesome Meal (recommended for sharing) – Roasted whole chicken with 3 bowls of side dishes, 2 Mushroom Chicken Soup, 2 Kenny’s Home-made Muffins & 1 jug of Iced Lemon Tea

Teriyaki Chicken Meal – Specially seasoned Kenny’s Teriyaki Chicken Chop with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin

Teriyaki Chicken Lite Meal – Specially seasoned Kenny’s Teriyaki Chicken Chop with 2 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin

KRR juga memeperkenalkan "Lite-Up Your Meal" yang mana ditawarkan pada hidangan waktu tengahari bermula jam 11 pagi - 3 petang dan juga hidangan malam bermula dari 6 petang sehingga 9 malam setiap hari kecuali hujung minggu dan waktu cuti umum.

Antara hidangan "Lite-Up Your Meal" yang ditawarkan oleh KRR adalah:-


House Favourite
– Kenny’s Quarter Chicken with 2 side dishes


Fish Delight 
– Grilled Fish fillet with Aromatic Rice & Mushroom Chicken Soup 


Beef Delight 
– Grilled Beef slices with Spaghetti & Mushroom Chicken Soup

Tiada gambar*

T-Chic Rice – Teriyaki chicken slices with Aromatic Rice & Mushroom Chicken Soup

Italian Delight – choice of Pasta & Mushroom Chicken Soup

East Meets West – Kenny’s Quarter Chicken & Kenny’s Chicken Porridge


Menu baru disediakan dengan pelbagai tunas rasa yang memikat dan yang paling penting hidangan yang ditawarkan semuanya seimbang dan sihat!

Korang juga boleh menghubungi Penghantaran Roasters di talian 1300-888-878 dan nak bagitau ni masa penghantaran adalah dari bermula dari jam 11:30 pagi-10:00 malam setiap hari. 

Perkhidmatan penghantaran Roasters kini boleh didapati dalam radius jarak 5km dari restoran KRR terpilih di sekitar Lembah Klang, Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenny Rogers Roasters, sila hubungi 03-2119 9888 atau layari ke laman web

atau



Nasi Lemak Masak Sendiri

Hi Korang,


Memang last week rileks sungguh.

Tak kemana pun, sekadar keluar beli apa yang patut sajer untuk barang rumah. 

So semalam memang tak kemana pun, aktiviti mengemas rumah 100%. Basuh kain, buang barang tak pakai, mengemas, mandikan #DakUban, tengok tv, buat kerja online sket dan memacam lagi lah.

Bile time makan, tak tau nak masak apa, jadi bukak fridge dan tengok apa yang ade then terus masak

Maka terjadilah

Nasi Lemak Togel bersama Sambal Sotong

Togel sebab timun tak de, kacang tak de, daun pandan tak letak masa tanak nasi. Yang ada cuma ikan bilis goreng dan telur rebus. Nasib baik ada sotong menjadi penyelamat, terus buat sambal sotong. 

Resipi nasi lemak? alah google jelah ek. Aku pun sendiri sambil sediakan bahan sambil ipad ada kat sebelah. Bukan tak reti masak cuma kekadang ingredients tu kita lupa. Kalau masak hari-hari lain citer la plak kan. 

Itu je nak citer.. chow...

p/s : nanti nak citer pasal project DIY pasal wallpaper ek.. ingatkan tau


Saturday, April 4, 2015

Meh Shopping Di ASTRO Go Shop

Hi Korang,

Berita baik untuk kai shopping online tau..

Meh baca ni..

Go Shop, satu-satunya perkhidmatan membeli-belah 24 jam terbaharu di Astro TV (Saluran 118), Astro On The Go dan platform dalam talian serta mudah alih mengumumkan tawaran promosi untuk pertama kali sejak pelancarannya awal tahun ini. Bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia, Promosi Istimewa April memberi peluang kepada para pelanggan untuk menikmati potongan harga daripada pembelian di rangkaian Go Shop.


Dengan Promosi Istimewa April (tertakluk pada Syarat dan Peraturan yang tertera di www.goshop.com.my), pelanggan Go Shop yang membeli-belah dari 1hb hingga 15hb April 2015 akan menerima potongan 10% dalam bentuk e-baucar untuk pembelian mereka yang akan datang. E-baucar ini boleh digunakan untuk sebarang pembelian dari 1hb hingga 31hb Mei sama ada melalui Saluran 118 Astro, Astro On The Go, laman sesawang dan mudah alih www.goshop.com.my Ini merupakan julung kali Go Shop mengadakan promosi jualan, sejak destinasi beli-belah pelbagai platform ini mula dibuka kepada orang ramai. 


Go Shop secara rasminya melancarkan perkhidmatan beli belah menerusi TV, Astro On The Go dan laman sesawang serta mudah alih pada 30hb Januari 2015. Walaupun baru beroperasi selama tiga bulan, Go Shop telahpun berjaya menarik lebih 75,000 pelanggan dan mencatatkan jualan lebih daripada 120,000 produk pada penghujung Januari lalu.


Selain promosi jualan pertama yang bermula Rabu ini, Go Shop juga merancang memperkenalkan 10 produk baru sepanjang bulan April. Dari kategori Kehidupan, tiga barangan baru yang akan ditawarkan adalah set Strom Color Frying Pan, Sunrise Wide Container dan Locksy Vacuum Food Container manakala kategori Digital dan Elektronik pula menawarkan Philips Shaver dan Philips Air Purifier. Lagi produk baru yang ditawarkan April ini adalah Lexpa Shake n Shape dan Intex Air Matress (Sukan dan Istirahat); Laneige Whitening Essence dan Richena Hair Dying (Kecantikan); serta Alpha Brick Blockpia (Kanak-Kanak dan Bayi).

Pelanggan Go Shop boleh memilih daripada 80 produk yang ditawarkan, dengan tambahan 10 produk lagi yang terdapat eksklusif di platform dalam talian dan mudah alih. Dari barangan elektrik, perkakasan rumah, peralatan dapur sehinggalah aksesori fesyen dan produk kosmetik – semuanya membawakan gaya, reka bentuk dan teknologi terkini. Produk baharu daripada jenama premium tempatan dan antarabangsa, diperkenalkan dari semasa ke semasa.


Para pelanggan boleh membuat panggilan menerusi talian bebas tol 24 jam Go Shop di 1800-82-0088 atau layari http://www.goshop.com.my untuk membuat tempahan produk.

Masa penghantaran adalah antara dua hingga enam hari bekerja di seluruh negara dan pelbagai pilihan pembayaran tersedia termasuk kad kredit dan kad debit keluaran tempatan, Pelan Pembayaran Mudah, pemindahan melalui bank secara dalam talian dan bayaran tunai semasa penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.goshop.com.my