Monday, December 19, 2011

The Making Of 'Sepah The Movie'


Hi Korang,

Sepah The Movie bakal muncul di layar perak tidak lama lagi. Mesti korang tertanya-tanya masih wujud lagi ke kumpulan Sepah? Jawapannya adalah demi komitmen mereka kepada Filem Sepah The Movie ini sahaja Kumpulan Sepah bergabung kerana mereka telah menandatangani perjanjian untuk pembikinan filem ini sebelum kumpulan itu berpecah menjadi kumpulan Sepahtu yang terdiri cuma Jep dan Syuib sahaja. 



Filem 'Sepah The Movie' ini ditunjangi oleh Kumpulan Sepah sendiri iaitu Jepp dan syuib, Jehan Miskin, Yus kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, Analza Nasir dan juga Ramona. 

 

PTV Film Production telah memberi kepercayaan kepada En. Mp Roslin Md Sharif sebagai pengarah untuk filem 'Sepah The Movie' ini.





Meh layan sinopsis filem 'SEPAH THE MOVIE' nie:-

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.

Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . 

Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.

Persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea? Bujang Sepah ataupun insan lain?


Pelbagai aksi yang ada didalam Filem Sepah The Movie ini antaranya adalah aksi lasak, romantik dan yang pasti adalah lawak yang bakal dibuat oleh Kumpulan Sepah itu sendiri.  Oleh itu nantikan Sepah The Movie di pawagam yang berhampiran dengan anda semua.

Aku mestilah nak tengok, Sepah tu mesti kelakar kan.





Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 @ JW Marriot Putrajaya

Hi Korang,

Di sebabkan dah ramai yang tulis pasal NAPBAS Night ni, so aku pun dengan rasa gatalnya pun nak tulis gak lah. Walaupun gambo yang aku snap sket je but kalau korang perasan muka aku nie ada kat merata-rata blog orang ramai. Dah macam celebrity dah aku rasa. Sket2 gambo sana sket gambo sini kan.


Aku sampai kira awal jugak lebih kurang dalam 6 lebih cam tu then terserempak plak dengan Eyriqazz. So duk bantai borak kosong je lah kan. Then dating plak sekumpulan ladies blogger yang aku tak berape nak kenal so bersocial media kejap kan, salam2, tukar2 URL, sembang2 bodo. Then sorang demi sorang sampai. Blogger lelaki biasalah geng GTB jelah. The rest tuh banyak blogger baru.


Rasanya inilah first time aku kuarkan IC untuk registration, coz selalunya guna email kan. Sampaikan Nuffies Farah gelak bila tengok muka aku kat IC. Katanya lain betul muka.  Then its camwhore time. Amik gambo sepuas hati. Snap sana sini, tegur2 blogger lain memacam lagi lah.

cilok dari Adameben

Lebih kurang kul 8pm, ktorg di jemput masuk ke Grand Ballroom. Mak oi besaunya. Ada 50 table so confirm 1 table 10 orang. Aku meja no. 37. Tak ramai pun 6 orang je. Ok lah. Kenal2, tukar2 URL, gelak2, gossip2 sket. 

Ktorg dihidangkan western cuisine. Dah lama x makan western time dinner cam ni. Selalu Chinese food je kan.

Western Cuisine


Ayam ni sedap lah


Oleh kerana meja ktorg dah terlalu belakang sangat dan aku malas nak bawah camera gajah so amatlah kurang aku mengambik gambo. Itu yang banyak cilok gambo2 dari blog orang lain. 




Tapi aku dapat lah tengok pemenang2 awards ni secara live. So dah kenallah blogger2 terhebat ni siap dapat amik gambo lagi. Tengok gambo atas, betapa jauhnya aku duduk kan. Nampak kepala orang je.


Performance pun not bad jugak, semuanya according tu itinerary dalam programme book yang ktorg dapat tuh. Dapat tu memang dapat tengok but dari jauh so nak tak nak tengok kat screen beso jelah. Ada James Baum, Reshmonu, Harith Iskandar, ada penari pole dancing bermuscle dan memacam lah.


Abis semua acara, ktorg sambung lagi ambik gambo. Kali nie dapat amik gambo dengan blogger2 yang level yang dah tinggi/otai lagi. So bertambah lagi kenalan blogger. Yang penting networking tuh.

Anyway, Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 adalah event berprestij yang terbaik yang pernah aku hadiri. Thks Nuffnang coz sudi jemput blogger picisan cam aku nie kan.


Bercuti Pun Best Jugak Kan

Hi Korang,

Rasa-rasanya bila dah hujung2 tahun ni kalau pi bercuti pun syok jugak kan? Tapi nak kemana ek. Memandangkan cuti aku pun tinggal 12 hari cam tu so tak leh jalan jejauh kan.

Kalau ke sini ok tak?


Dekat pun dekat, expenses pun tak banyak kuar. Nanti lah tanya Mr Big dulu cam ne. Maklumlah dia tukang bayar so kena lah pujuk2 sket kan.

Korang dah pi USS ni, best tak? berapa duit belanje korang abis kat sane ek.