Thursday, January 21, 2010

HatiKu Pecah!

Aku memang tak suke menulis bab-bab pasal emo nie. Aku takut bile aku menulis mengenai hal nie, banyak hati yang terluka. Especially bagi kedua2 belah family aku & family mr Big.


Sebenarnya banyak benda yang kalau boleh aku nak ceritakan berkaitan hati & perasaan nie. Selama nie orang mesti ingat aku nie sentiasa happy & senang, gelak ketawa setiap masa kan tapi sebenarnya segala duka, kesusahan, kepayahan aku simpan dalam hati aku sendiri. Bukan apa, aku tak berapa suke untuk berkongsi hal2 berkaitan kesedihan, kelukaan, kedukaan dengan orang lain even dengan mr Big sekali pun.
Bagi aku perkara2 sebegini harus diselesaikan sendiri bukan dengan bantuan orang lain, kerana kesedihan, kelukaan ini datangnya dari aku sendiri maka aku haruslah menyelesaikannya sendiri.
Tapi dalam soal anak/pregnant nie, aku tak boleh tahan sabar lagi coz aku memang amat sensitif. Kalau yang menyindir tu kengkawan aku & mr Big tu, aku tak kisah sangatlah. Ini orang2 yang paling ku sayangi dan hormati. Aku memang tak sangka mereka2 ini sanggup memburuk2kan sambil memerli aku & mr Big depan orang ramai. Kalau korang kat tempat aku, apa yang korang rasa? Sakit hati kan!. Kalau tak kenangkan mereka2 nie adalah saudara rapat ktorang berdua, dah lama rasanya aku sepak terajang diorg nie.
Mak adalah penawar bagi segala penderitaan aku nie, dia selalu suruh aku bersabar banyak2 mengenai hal nie. Ayah juga tak pernah mengungkit hal nie. Diorg faham belum ade rezeki lagi, nak buat cam ne kan.
Untuk mengelakkan pertegangan urat, pertelingkahan, perselisihan faham mengenai hal nie. Kalau korang perasan, majoriti entries yang aku tulis langsung tak berkaitan dengan families kann? Sebab ktorang jarang join event2 yang membabitkan saudara mara terdekat. Eventho dijemput sebagai tetamu khas sekali pun ktorg tak akan pergi. Bukan buang saudara tapi biarlah kami dengan cara hidup kami sendiri.
Wahai saudara mara ku sekalian, jika korang terbaca entry nie ( aku tau ade cousin2 aku baca as silent reader) diharapkan jangan berkecil hati dengan tindakan aku nie. Sebab bukan aku yang mulakan dulu, korang semua yang cari pasal kann!

p/s : korang ingat aku tak de hati ke hah!!!

Hadiah Dr Seberang Laut

Ooi jauh tu hadiah datang, dari seberang laut naik kapal terbang lagi tau. Hah itulah dia orang lain yang pergi bercuti, aku yang untung. Nak tau sebab aper? Mesti diorg nie belikan favourite aku fridge magnet.


2 ari lepas aku jumpe geng 3 sekawan. Wida,Wan & Aerian. Diorg nie adalah good frens aku masa aku kat Inai dulu. Evntho ktorg dah keje lelain company, tapi hang out selalu gak lah.


So Wida nie bagi aku nie, trip dia pegi Phuket dengan kengkawan dia


Wan plak bagi aku nie, trip dia pegi London dengan cousin2 dia.

Si Aerian bawak ktorg jejln naik kete baru dia, alamak gambo kete baru dia lupe nak amik plak.

Diorg nie memang kaki berjalan, tiap-tiap 2-3 kali dalam setahun pegi oversea bercuti.Maklumlah anak2 orang kaya kan. Ops! terlebih sudah, kang aku kene pukul plak bukak tembelang diorg nie.


Then opismate aku Ms Lai bagi aku nie plak, trip dia pegi Cambodia dengan kengkawan dia gak.


So semua nie aku letakkan di sinilah, dimana? kat fridge umah aku la dol!tak kan kat umah korang plak kan..

Wednesday, January 20, 2010

Astro Byond Bloggers Nite


ermm aku rasa akulah yang paling last update pasal event nie. aku tengok geng2 bloggers lain dah buat pun entry pasal nie, cume aku je yang belom. Korang tau pasal ape? Pasal gambo2 yg aku amik ari tu dr camera aku, ntah cam ne aku boleh terdelete. Bongok kan! Dah lah nak amik gambo punyalah susah dengan senang ati aku leh boleh delete plak. Uisk! sesuatu perkara yang amat bodoh sekali dapat aku katakanlah.

Nasib baik lah my hero, Daydeck86 email gambo kat aku dan aku cilok dr beberapa blogger lain. Credit kat korang tau.

Ceriteranya berbunyi begini :-


Pada 13hb Januari lepas bersamaan Rabu malam, aku dengan terkocoh-kocohnya dari opis di Cyberjaya trus ke Modestos Seri Hartamas. Korang tau aku sampai kul berape? Kul 6pm tau tak, pukul 6. Korang jangan nak gelakkan aku plak, actually aku takut jem & lambat sampai. Sampai staff nuffnang cakap akulah orang yang paling awal sampai. Sementara nak tunggu kul 7.30pm, aku lepak kat KFC sambil berwiffi di situ.


So around 7.15pm aku check in kat Rain Club lobby. Pas check2 nama, dapat lah goodies dari astro. Pas tu plak kene tulis resolution aku untuk tahun baru nie. Masuk2 gelap, banyak plak tv2 kat stage tuh, dah lah aku tak kenal sesape, nasib baik ternampak K Ina KL & Aus. So tegurlah diorg nie pas tu trus duduk semeja. Then datang plak Amy, Daydeck and Byzura. Lepaklah ktorg semeja sekali. Borak punya borak datang lagi plak, Bean, Matjoe,Tini, Jard. So penuhla meja ktorg nie. Yang borak ade, yg tukar2 url, yg camwhore, pendek kata mcm2lah yg dibuat sementara tunggu opening ceremony nie.


Rupanyer malam tu, ktorg nie diantara 200 bloggers yang diberi peluang 1st time tengok Astro Byond HD commercial adv nie. Seronok gak lah sangat, kagum pun ade, bangga pun ade gak lah. MC for the event is Aanont Wathanasin ala host Deal or No deal gameshow tulah.


Pas tu COO Astro Byond, Mr Henry Tan bagi speech everything pasal Astro Byond nie, bile dia bagitau itu ini then barulah aku faham apa dia Astro Byond nie. Pas tu plak ktorg dipertontonkan buat pertama kali nie Astro Byond commercial adv nie, lebih kurang 2.30minit mulut aku ternganga gak lah. Siap diorg repeat for 2nd time lagi. Pas tu plak ade slot for top bloggers, diorg pun dah masuk dalam Astro Byond HD nie tau.


Ermm makan time, nasib baik meja yang ktorg dekat dengan buffet table. So k ina KL cakap baik cepat, nanti ramai so tanpa berfikir panjang straightlah ktorg beratur reramai sekali semeja. Makanan not bad, menu western, simple tapi sedap oooo. Sambil makan nie, sempat lagi borak2, amik2 gambo makanan plak.


MC announce ada game plak pas makan, so dia nak 20 groups consists of 5 bloggers. So cepat2 aku ajak Daydeck, Bean, Aus, Matjoe bagi nama kat MC. Berebut2 lah ktorg dengan orang2 lain kat stage yg sempit tuh.
Ktorg diberi task untuk menyelesaikan misteri pembunuhan yg berlaku kat situ. So berusahalah ktorg nie utk selesaikan kes nie. Yang menyangkung ade, yg menelek ade, yg amik2 gambo, yang tukang pegang pen & kertas ade akulah tu hehehe. Last team lain iaitu Team Kenny menang dulu. Actually susah gak tau nak cari jawapannya, sebab ape susah, sebab hadiahnya adalah Astro B.yond set, a 32" LG HDTV plus a one year subscription to Astro B.yond until December 2010. Ala kalau korang nak main game nie, korang masuk je kat facebook astro, dalam tu semua details ade.



So event dah abis, tapi ktorg tak balik lagi tau. Sibuk bergambo2 beramai, bergambo dengan top bloggers such as GTO, Fara,  Redmummy , Nara dan lelain lagi lah. Tak lupa gak ktorg bergambo reramai kat luar Modesto's, sampai sesape je yang lalu situ, semua pandang dan senyum kat ktorg.



Memang happy la malam tu. Thank to Nuffnang and Astro.