Tuesday, October 19, 2021

JACK ‘N JILL POTATO CHIPS Terus 'MENEMANI' Korang Dengan Perisa Lokal Terbaharu - ASAM PEDAS IKAN

Hi Korang,

JACK ‘n JILL Potato Chips, yang merupakan antara jenama snek kegemaran di Malaysia, telah melancarkan perisa baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan lokal yang langsung tidak diduga – Asam Pedas Ikan! 


Hidangan savuri ini yang cukup sinonim dengan gabungan rasa pedas dan masam sentiasa menjadi kegemaran orang ramai dan pastinya perisa baharu JACK n' JILL Potato Chips baharu ini menjadi kegemaran ramai peminat snek di negara ini.

Pelancaran perisa baharu ini merupakan sebahagian daripada kempen JACK ‘n JILL Potato Chips iaitu Waaajah Baharu, Waaa Asam Pedas Ikan, Waaa Bestnye! Antara sorotan penting dalam kempen ini adalah pembungkusan baharu untuk keseluruhan rangkaian JACK ‘n JILL Potato Chips, yang menonjolkan reka bentuk lebih moden, kemas dan bertenaga yang memberi fokus terhadap perisa-perisanya.

Ini merupakan perisa tempatan kedua yang dilancarkan oleh JACK ‘n JILL Potato Chips. Perisa tempatan pertama – Sambal Udang – telah dilancarkan pada 2020 sebagai sebahagian daripada kempen “Temanmu Selalu” bagi meraikan hubungan mesra yang terjalin antara JACK ‘n JILL Potato Chips dengan rakyat Malaysia semenjak 1984, di mana jenama ini telah berkongsikan kelazatan perisanya dalam setiap kunyahan selama ini. Justeru, untuk terus “menemani” rakyat Malaysia dalam misi pencarian snek mereka, JACK ‘n JILL Potato Chips mengambil kesempatan untuk memperkenalkan perisa Asam Pedas Ikan yang semestinya menepati cita rasa orang ramai.

Sentiasa berpegang teguh pada pendiriannya untuk mengunakan hanya bahan berkualiti tinggi, JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan adalah diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dengan sempurnanya dalam bentuk V untuk memberikan tekstur yang lebih ranggup, lalu digaul bersama perisa hebat yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional Asam Pedas Ikan. Ia kemudiannya digoreng sehingga mencapai keranggupan paling sempurna, sekaligus memberikan sensasi pedas berserta rasa savuri ikan yang menggiurkan – ibarat menikmati Asam Pedas Ikan sebenar!

“Susulan kejayaan pelancaran perisa Sambal Udang pada tahun lalu, kami berasa teruja untuk terus mempromosikan perisa tempatan menerusi JACK ‘n JILL Potato Chips perisa Asam Pedas Ikan pula. Melalui perisa terbaharu ini, diharapkan agar JACK 'n JILL Potato Chips akan terus menjadi ‘Temanmu Selalu’ kepada para penggemar snek di Malaysia dan keenakannya membuatkan mereka terluah kata 'Waaa Bestnye!' Pembungkusan baharu juga telah menyuntik nafas segar kepada produk ini dengan wajah modennya menyerlahkan lagi profil perisanya,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan dan reka bentuk pembungkusan baharunya, JACK ‘n JILL Potato Chips ingin mempelawa peminat-peminatnya untuk menikmati semangkuk Asam Pedas Ikan di warung-warung yang mengambil bahagian di seluruh negara. 



Pada 13 November 2021, bawa bersama bukti pembelian JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan (bertarikh di antara 15 Oktober 2021 hingga 13 November 2021) untuk menebus satu set makanan bawa pulang berupa hidangan Asam Pedas Ikan bersama nasi putih. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk mendorong orang ramai menyokong perisa tempatan, tetapi juga pengusaha-pengusaha warung setempat terutamanya sepanjang tempoh sukar perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman Facebook jenama ini di @jnjpotatochips.

JACK ‘n JILL Potato Chips juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan penyanyi dan penulis lagu Naim Daniel, yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu untuk musim yang kedua. bagi pelancaran kali ini. “Saya amat gembira untuk melihat kerepek kentang kegemaran saya kini berwajah baharu dan ranggi. Reka bentuknya dah lah unik; profil perisanya pula cukup terserlah. Ia membuatkan saya ingin memakannya sekarang juga! Saya juga menyukai perisa terbaharu Asam Pedas Ikan, yang sememangnya menjadi perisa tempatan kegemaran peribadi saya. Setiap kunyahan memberi nikmat dan kepuasan tidak terhingga – Waaa Bestnye!”


JACK ‘n JILL Potato Chip perisa Asam Pedas Ikan kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan Instagram  (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).

#JacknJillPotatoChipsAsamPedasIkan
#JacknJillPotatoChipsWaaaBestnye
#JacknJillPotatoChips
#sapotlokal

Sunday, October 17, 2021

COOLBLOG Kini Ampang Point Shopping Centre, Outlet Yang Ke 263

Hi Korang,

Semalam kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran pembukaan outlet CoolBlog yang ke 263 di Ampang Point Shopping Centre.

Untunglah warga Ampang yer, senang nak minum Coolblog dah pas nieh dah dekat dengan korang kan.


Coolblog, jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan, membuka cawangan ke-263 di Ampang Point Shopping Centre hari ini. Ini adalah sebagai penanda alas outlet baru ke-16 pada tahun 2021, dengan 16 lagi cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun.


Ketua Pegawai Eksekutif Coolbiog, Sueli Lew, berkata, “Seperti biasa, Coolblog berkomitmen untuk menyediakan pencuci mulut dan minuman berkualiti tinggi dan berpatutan di kawasan sekitar anda. Dengan penampilan dan nuansa baru sebagai sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama, gerai Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap perjalanan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan dan lazat. "

Lew menambahkan, “Di samping itu, Coolblog, sebuah jenama francais pemenang pelbagai anugerah dengan program francais yang berpatutan dan dapat diakses. Berkomitmen untuk membantu calon usahawan untuk merealisasikan tujuan mereka memulakan perniagaan mereka sendiri dengan menjadi franchisees Coolblog. Beberapa franchisees telah berkembang selama bertahun-tahun menjadi pemilik banyak kedai Coolblog. "


Majlis Pelancaran Coolblog di Ampang Point Shopping Centre


Majlis perasmian di Ampang Point disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin lbni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd pagi ini. Turut hadir dalam perasmian itu ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, CEO, MFA.


Tunku Ali berkata, “Sebagai syarikat asal, kami sangat berbangga melihat kesetiaan para pelanggan terhadap jenama dan produk kami. Di sebalik cabaran pandemik oleh wabak COVID-19, Coolblog tetap bertahan kerana dedikasi pelanggan kami, komitmen pasukan kami, dan sokongan berterusan dari franchisees kami, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih dari 8 tahun."

Coolblog terkenal menghasilkan pencuci mulut dan minuman berinspirasi tempatan dan antarabangsa yang inovatif untuk pelanggan mereka. Sebagai contoh, kerjasama dengan FarmFresh untuk Kathira dan Dates Milk Smoothie pada bulan Ramadan yang lalu, dan smoothie berperisa Durian dan Cendol untuk Hari Malaysia. November ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah bertenaga tinggi pertama dengan kerjasama Red Bull.



Sebagai jenama pencuci mulut dan minuman halal tempatan selama 15 tahun, Coolblog terus memberi tumpuan kepada produk dan pengalaman pelanggannya, sambil memastikan bahawa cawangannya beroperasi dengan selamat dengan pematuhan SOP yang ketat, dan tetap dapat diakses melalui penghantaran e-hailing agar tetap dalam jangkauan pelanggan.


Promosi Coolblog Di Ampang Point Shopping Centre


Bermula dari 16hb Oktober, pelbagai promosi dan peraduan disediakan. Pada 16 Oktober 2021, promosi pembukaan cawangan baru, BUY 1 FREE 1 sedang berlangsung. Manakala 7 hari berikutnya bermula 17 Oktober 2021 sehinga 23 Oktober 2021 berlangsung promosi BUY 1 dan 50% diskaun untuk pembelian minuman kedua.


Untuk meraikan pembukaan besar di Ampang Point dan kedai-kedai lain yang akan datang, pelanggan berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah “Prize Spinner” hari pembukaan termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik.


16 Cawangan Akan Dibuka Sebelum Akhir Tahun 2021


Coolblog akan mengembangkan jenama dan membuka cawangan yang lebih dekat dengan pelanggan setia. Cawangan berhampiran anda selepas Ampang Point adalah seperti berikut:

1. Puncak Jalil - Selangor

2. Lotus's Ara Damansara - Selangor

3. Titik Transit Tunas Manja - Pahang

4. Pasar Wira Bandar Puteri Jaya - Selangor

5. Pasaraya Big Serdang - Selangor

6. BHP MRR2 - Kuala Lumpur

7. BHP Jalan Kepong - Kuala Lumpur

8. Komplek Perniagaan Gurun - Kedah

9. BHP Kg Baru Puchong - Selangor

10. Masiee Pasir Gudang - Johor

11. Pasaraya Nirwana Kubang Tangga - Terengganu

12. Pasaraya Nirwana Batu 3 - Pahang

13. Pasaraya Nirwana Jaya Gading - Pahang

14. Tunas Manja Raub - Pahang

15. Lotus Seremban Jaya - Negeri Sembilan

16. Bahau - Negeri Sembilan



Ermm cuaca panas-panas ni pekena secawan beso Coolblog memang awesome bethol, kak lily minum yang signature drinks tuh dah bahagia dah wei hehehehe



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :

Facebook :

Instagram :

Saturday, October 16, 2021

Jemu Dengan Pizza Biasa Dan Nipis? Dapatkan Pizza HAND-CRAFTED Baharu Secara PERCUMA!

Hi Korang,

Bersempena kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.


Dengan menggunakan kupon / baucar diskaun ini, rakyat Malaysia kini dapat menikmati piza Hand-Crafted terbaharu secara percuma tanpa perlu membelinya.

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu kongsikan gambar kupon / baucar diskaun dari mana-mana jenama piza di media sosial dan tag dua (2) orang rakan anda dengan tanda pagar #PizzaHutMalaysia dan #NewHandcraftedPizza.
 



Dua ratus (200) penyertaan terawal setiap hari akan menerima pizza Hand-Crafted secara percuma. Kempen ini akan berlangsung dari Selasa, 12 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia berkata, “Inisiatif kempen istimewa ini adalah salah satu cara kami dalam mempelbagaikan menu pilihan citarasa piza yang sedia ada sekaligus memberi kelainan dan menarik minat dan membuka selera pelanggan kami.”

“Jika sebelum ini, anda hanya terbiasa dengan citarasa piza kerak jenis nipis, pastinya anda tidak mengetahui keenakkan kerak piza jenis baru. Kini, adalah masanya untuk mencuba pengalaman citarasa piza baru yang unik dan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini - Rasai melalui multisensori anda citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam,” ujarnya

"Kami percaya bahawa semua penggemar piza berhak mendapat yang terbaik, mempunyai pilihan dan tidak hanya merasai satu jenis menu piza , sedangkan mereka boleh membuat pilihan dan menikmati piza baharu kami ini secara percuma. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menukar kupon / baucar diskaun ini, mereka masih boleh mencuba pizza ini dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 31 Oktober 2021,” kata Emily lagi.


Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 cawangan Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat bawa pulang dari www.pizzahut.com.my

Aplikasi Pizza Hut, GrabFood, Food Panda atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in atau bawa pulang. Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte. Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promos