Tuesday, August 20, 2019

eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show 2019

Hi Korang,

eCurve telah menganjurkan festival negara Korea sempena cuti sekolah baru-baru ini demi peminat setia K-drama, K-Pop dan K-fashion di Malaysia. 


Pertandingan K-Dance dan K-Sing merupakan antara tarikan utama K-Heat Kpop Talent Show 2019. Pertandingan K-Dance telah dihakimi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira, yang merupakan penyanyi, penulis lirik serta ahli kumpulan TigaSoul; Iylia Anis, ketua kumpulan Kueendom dan juri selebriti istimewa, Mix, ketua kumpulan tarian Brute serta pemenang pertandingan Kpop International Dance Cover. 

32 buah kumpulan telah berentap di dalam pertandingan yang cukup mencabar ini. Peserta diadili berdasarkan pergerakan tarian dan ketepatan gerak tari berserta kreativiti dalam persembahan. 

 

Bagi pertandingan K-Sing, 36 orang peserta telah menyertai dan bersaing hebat. Peserta pertandingan K-Sing diadili berdasarkan kebolehan menyanyi, personaliti serta sebutan semasa menyanyi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira dan Iylia Anis. 

Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, berkata, “Kepada mereka yang berminat menunjukkan bakat mereka, K-Heat Kpop Talent Show 2019 merupakan peluang untuk mereka menunjukkan bakat! Ia menjadi pentas untuk mereka mengasah bakat dan mengasah serta memupuk kerjasama antara ahli pasukan. Ianya turut bagus sebagai platform bertemu kenalan baharu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama! Saya amat kagum dengan bakat yang ditonjolkan. Tepukan gemuruh kepada semua peserta pada hari ini dan tahniah kepada semua pemenang." 

Bermula 9 hingga 18 Ogos 2019, eCurve telah menganjurkan Kolours of Korea Festival 2019, di mana peminat fanatik Korea boleh menikmati pelbagai barangan, makanan serta persembahan bertemakan Korea. Pengunjung turut menikmati pelbagai permainan tradisional Korea, barangan eksklusif serta makanan sepanjang kempen berlangsung. 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai K-Heat Kpop Talent Show dan kempen Kolours of Korea Festival 2019 eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 
03-77250277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.



Monday, August 19, 2019

O-MI! Rebut peluang untuk makan malam dan bertemu dengan Alvin Chong!

Hi Korang,

Kita semua pernah mendengar istilah ‘blind dates’ – iaitu suatu idea untuk berkenalan dengan rakan baru serta mengenali seseorang yang kita tidak pernah kenal sebelum ini. Ingatkah anda sewaktu ketika dahulu yang mana berkenalan dengan rakan baru merupakan suatu yang amat mudah, hanya dengan sapaan serta teguran secara rawak? Namun, masa sememangnya sudah berubah dan di dalam era yang terdedah kepada rangkaian media sosial, berkenalan dengan rakan baru secara online mungkin memerlukan banyak kesabaran yang gigih,namun ianya amat mudah untuk dilakukan. 


Omi, satu aplikasi online untuk bertemu dengan kenalan baru, telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Aplikasi yang menawarkan persekitaran sebenar dan selamat, fokus kepada para pengguna Melayu, juga ianya disokong dengan sistem bantuan pelanggan tempatan. Ianya juga telah berjaya mendaftarkan ribuan pengguna yang sah setiap hari yang fokus kepada pengguna Melayu. 

Omi menekankan tentang aspek keselamatan, spam serta bebas profil palsu, ini juga fokus untuk menyediakan para penggunanya dengan padanan yang berkualiti dan bukan menitikberatkan tentang kuantiti. Namun, ianya lebih mementingkan aspek untuk membantu para pengguna untuk mencari rakan baru yang berkualiti. 

Alvin Chong, seorang penyanyi dan pelakon popular di kalangan kaum Melayu di Malaysia kini sedang mencari kenalan baru. Beliau akan menemui lima pemenang bertuah yang akan berpeluang untuk menemuinya sambil makan malam di sebuah restoran yang indah di sekitar Lembah Klang. 

“Saya amat teruja setiap kali berkenalan dengan rakan baru. Kita semua mempunyai pengalaman hidup yang berguna untuk kita semua pelajari. Saya berasa amat selamat menggunakan aplikasi Omi malah ianya juga mempunyai para pengguna yang ekskusif dan berkualiti,” kata Alvin. 

Omi akan mengaturkan sebuah sesi beramah mesra bersama Alvin yang mana 5 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk makan malam bersama Alvin di sebuah restoran yang tersohor di Lembah Klang. Para peserta hanya perlu mendaftar profil mereka melalui aplikasi Omi, mereka perlu mencari profil Alvin dan seterusnya menulis mesej dorongan yang positif untuk berpeluang memenangi hadiah tersebut. Peraduan akan bermula pada 18hb Ogos sehingga 23hb Ogos ini. Para pemenang akan diumumkan melalui laman Instagram Alvin pada 24hb Ogos nanti. 

“Kami amat berbesar hati apabila mengetahui selebriti seperti Alvin juga sudi menjadi salah seorang pengguna kami dan kami akan membantu dan menyokongnya untuk mencari rakan baru yang berkualiti menerusi aplikasi kami,” kata Brian Lin, Pengasas Omi. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai aplikasi Omi serta peraduan ini, sila layari laman sesawang khas di http://Omi.sg atau dengan memuat turun aplikasi tersebut melalui Google play dan App store.


Cendol Kampung Hulu Kini di AEON Big Midvalley Megamall

Hi Korang, 

Selain daripada kopi, kak lily suke gak pekena cendol ni ek. 

Makan cencol ke minum cendol??? Ermm whateverlah sama je pun kan tujuannya masuk ke tekak dan kenyangkan perut hauhauhauhauha 

Selalunya kita pekena cendol kek mano?? 

Mestilah tepi jalan, bawah pokok dekat van rojak mamak kan kan kan. Sama je perangai korang dengan akak ek. Pantang nampak van rojak terus berhenti sebab nak pekena cendol kan. 

Jarang benau kak lily makan cendol di mall ni sebab kak lily assume cendol yang kat dalam mall ni tak delah sedap mana berbanding dengan kat luar tuh. Yelah semuanya instant kan dengan guna santan instant, bahan-bahan frozen bagai so itu my first thought. 


Pernah dengar ke pernah makan Cendol Kampung Hulu? 

Ye Cendol Kampung Hulu ni fames amos kat Melaka ye, even kak lily pun belum berkesempatan untuk pi makan kat sana, sebab kemain ramai orang nau kalau hujung minggu, ada sekali pi nak cari parking pun payah so batalkan jelah niat tuh sampai ke sudah. Hauhauhauahua 


Bila Cendol Kampung Hulu ni buka di Mid Valley, haruslah kecoh di social media kan. Kak lily pun tak tau jugak until kengkawan kak lily ni bukak citer di whatsapp group so apa lagi haruslah kena terjah reramai ke sana kan. Malas nak pi Mid Valley masa hujung minggu so balik kerje minggu lepas terus ktorang serang Cendol Kampung Hulu outlet ni di dalam AEON Big Mid Valley ni. Kiranya korang turun je lift dari tingkat 1, pandang je kanan terus nampak hah signboard besar ni kan. 

Comey ye outletnya, senang nak nampak kan. 

Ingatkan ada cendol biasa je rupanya siap ada topping bagai, dah maca makan ais krim baskin robbins kan. 

Ada lebih kurang 9 jenis cendol yang boleh di letakkan topping yang kak lily rasa korang pun akan pening nak pilih yang mana satu nak order kan hehehehe 


Biasanya cendol diperbuat dari parutan air batu dan baha-bahan yang lain kan. Tapi kat sini air batu tersebut telah digabungkan dengan air santan maka terbentuk la Santan Ais. 

Santan ais tersebut diparut dengan mesin parut ais yang khas dan menghasilkan tekstur parutan ais yang halus dan betul-betul nipis. Itu salah satu trademark cendol ni. 

Korang tengok jelah ni :- 

Cendol Biasa RM8.00 

Standardlah ada parutan santan air, cendol, kacang merah, air gula Melaka dan satu scoop aiskrim kelapa. Eh aiskrim kelapa ni pun diorang buat sendiri gak wei, kagum plak kak lily tetiberr. 

Ni cendol buah-buahan plak ek:- 

Cendol Buah Naga RM10 

Cendol Jagung lebih RM10 

Cendol Kelapa Laut RM10 

Cendol Longan RM10 

Cendol Cocktails RM10 

Cendol Buah Kabung RM10 

Cendol Durian RM20 

Isi Durian yang digunakan adalah dari jenis D24 atau IOI tau dan memang besar-besar isi dia bagi, makanlah korang sampai muak. 

Kalau nak Add-On buah-buahan, aiskrim atau Cream Cheese just tambah RM2.00 setiap satu. Nak tambah Durian, just tambah RM6.00 saja. 

borak sambil makan sambil membawang bagai kan

hah makan makan dan makan kan

ok gambar official, kak lily paksa diorang senyum hah

Kak lily kalau melepak dengan bebudak ni memang akan jadi kecoh suasana, makan tak seberapa kecoh borak-borak je lebih kan hahahha

Apamacam?? 


Tempting tak tekak korang sekarang bila baca entry kak lily ni hahahaha jangan salahkan ahkak wokeh, salahkan perut korang yang meminta tuh lah. 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook :

Instagram : 




#cendolkampunghulu 
#cendol 
#cendolviral 
#tourismmelaka 
#aeonbig 
#midvalley 
#midvalleymegamall 
#muar 
#muarbacklanedistrict 
#melaka 
#kampunghulu 
#foodporn 
#viralfood