Wednesday, May 27, 2015

YEO’S Beramal Bersama Bintang Boleh Memenangi RM300,000 Duit Raya

Hi Korang,


Yeo’s memang tak akan menghampakan rakyat Malaysia setiap kali ramadhan tiba kan. Itu yang bestnya dengan YEO’s ni langsung tak berkira pun beramal di setiap waktu terutama sekali di bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.


Sebagai pelopor minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) turut sama memanfaatkan bulan penuh kemuliaan ini dengan menyeru serta menggalakkan seluruh warga Malaysia bersama bintang-bintang terkenal untuk membuat kebajikan dengan memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Lebih mengujakan lagi, setiap peserta berpeluang untuk memenangi Duit Raya yang jumlah keseluruhannya mencecah RM300,000!



“Yeo’s melancarkan sebuah program mesra Ramadhan, iaitu Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya bagi menggalakkan amalan baik yang berterusan. Jika sebelum ini minuman Yeo’s telah menjadi santapan ketika berbuka, kali ini minuman berbuka tersebut bakal menjadi nilai derma kepada golongan memerlukan,” kata Ong Chay Seng, Ketua Operasi Yeo’s.


“Bagi menambahkan kemeriahan program ini dan menggalakkan lagi amalan menderma, setiap sumbangan yang telah disalurkan melalui penyertaan di WeChat memberi peluang kepada penyumbang untuk memenangi duit raya sehingga RM300,000,” ujar Ong.


Majlis pelancaran program Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s dan bintang-bintang terkenal - Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan dan Heliza Helmi.

Bintang-bintang yang terlibat dalam kempen Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya sempena Ramadhan ini telah diwakili dengan rangkaian minuman Yeo’s dan rumah-rumah kebajikan yang dimanfaatkan masing-masing.



Nad Zainal tengah kemas katil adik-adik ni

salah sorang adik menunjukkan Ajak tempat tidur mereka


Atikah bersembang-sembang dengan mereka

AG hulurkan air Yeos


Pasukan Bintang
Bintang
Produk Yang
 Diwakili
Senarai Rumah Yang Diwakili

1


Akim Ahmad
Yeo's Yeogurt
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Atikah Suhaime
Yeo's Yeogurt
Teratak Nur Barakah, Shah Alam

2
Nad Zainal
Yeo's Krisantimum
Pertubuhan Nur Kasih, Klang
Ajak Shiro
Yeo's Teh Kundur
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang

3
AG
Yeo's Laici
Rumah Aman, Sungai Buloh
Heliza Helmi
Yeo's Soya
Rumah Opah Hasnah, Klang


Akim bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)

Heliza bersama anak-anak dari Rumah Opah Hasnah, Klang


Kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya ini akan berlangsung dari 25 Mei sehingga 5 Julai 2015. Terdapat banyak lagi Duit Raya lumayan yang boleh direbut oleh para peserta.


Pemenang bertuah akan berpeluang memenangi 

Hadiah Utama - RM30,000
Hadiah ke-2 - RM15,000
Pemenang ke-3 - RM10,000

42 Hadiah Harian :RM3,000 untuk setiap pemenang. 

10 pemenang bertuah : RM300 (yang ditawarkan sepanjang 42 hari)


Jumlah sumbangan yang dapat didermakan oleh bintang-bintang bergantung pada sokongan semua lapisan masyarakat kita. Setiap satu unit minuman Yeo’s mewakili satu nilai derma yang diperolehi. Dengan penerimaan rekod WeChat sebanyak 50,000 derma mata, pasukan bintang tersebut akan dapat mengumpul RM3,000 lalu disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili masing-masing. 100,000 nilai mata akan mengumpul RM5,000 dan 250,000 nilai derma akan mendapat RM10,000. Ingin memberi lebih lagi, Yeo’s akan menambah RM10,000 kepada produk diwakili pasukan bintang yang berjaya mencatat jumlah nilai derma yang paling tinggi. 

Sumbangan yang terkumpul akan diserahkan ketika lawatan ke rumah-rumah kebajikan ketika Kem Ramadhan Yeo’s yang bakal berlangsung pada 11 Julai 2015 di Shah Alam. Kem Ramadhan Yeo’s ini hanya terbuka kepada 300 orang. 

Satu siri aktiviti “Jumpa & Salam” dengan Bintang-bintang yang terlibat dalam kempen Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya juga akan berlangsung di MYDIN Mall seperti yang telah dijadualkan berikut:


Tempat
Tarikh
Masa
MYDIN Mall USJ, Subang Jaya
30-Mei-15
2.00pm - 4.00pm
MYDIN Mall Gong Badak, Terengganu
6-Jun-15
2.00pm - 4.00pm
MYDIN Mall Parit Buntar, Perak
7-Jun-15
2.30pm - 4.30pm
MYDIN Mall MiTC, Melaka
13-Jun-15
2.30pm - 4.30pm


sempat selfie dengan Akim yang famous dengan lagu Potret sekarang ni

Marilah beramal bersama Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, Heliza Helmi dan AG, ramadhan ini. Untuk mengetahui cara penyertaan, layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my dan menghubungi talian di 1300-80-2828.


Hah apa lagi, moh kite cercepat pi beli air Yeos ek, alah beli 1 kotak pun ok as long as ade receipt nak upload kat WeChat kan. Mana tau boleh menang cash money...

  

Tuesday, May 26, 2015

Tempat Gantung Basikal Yang Boleh Buat Pole Dance

Hi Korang,

Ktorang duduk umah burung merpati ni kan so segala-galanya kecik.

Ruang tamu kecik, bilik kecik, dapur kecik, bilik air kecik, lobby kecik pendek kata semua kecik tapi just nice for 2 of us lah. Yelah tinggal berdua dengan #DakUban si hitam legam tu je pun, lagipun nak rumah besar-besar nak buat apa kan. Penat pulak nak mengemas nanti hehehhe dasar pemalas betul.

Alhamdulillah...

Walaupun rumah kecil tapi barang dalam rumah penuh ooo sampai ktorang punya bilik entertainment dah jadi cam stor sebab barang-barang event, barang hobi Mr Big, mini studio semua aku campak je ke dalam bilik ni. 

So bila weekend ni baru lah kemas, sket-sket kan mana yang tak perlu tu kasi orang ke buang ke dan selalunya kakak cleaner yang untung coz bila nak buang je aku panggil la diorang ni suruh datang ambil.

Ni Mr Big menambah lagi koleksi hobi dia dengan beli basikal pulak.

Kengkonon nak ride dengan bebudak taman ni bila Friday nights, ermm sudahnya ada 3 kali aku perasan dia pi ride dan esoknya dia bangun kul 12 tghari, ishkk kalau cam tu baik tak yah exercise. Kayuh je dengan corridor umah ni main kejar-kejar dengan #DakUban hahahaha

Takkan basikal tu nak letak dalam bilik pulak kan, after a while ktorang pun duk survey la tempat hang basikal ni kat dinding. Nak beli online rasa cam tak confident je kan, sebab mahal tuh hanger ni. 


Sudahnya Ahad lepas, masa nak pi beli wallpaper kat Kenanga ternampak pulak kedai basikal dalam mall ni. Ada pun tempat gantung basikal ni, nampak cam praktikal dan lepas tawar menawar harga terus je bayar.

Balik tu jugak terus pasang. 

pusing sana

adjust sini pulak la

ok dah boleh la ni ek. Nampak tiangnya macam pole dance punye tiang kan

kuat dah ni kan

kecik je tempat gantung basikal ni kan

ok cuba gantung jap

Nampak cam senang tapi tenaga nak kena kuat sebab nak grip tiang tuh kan. Rasa lepas 1/2 jam, adjust sana, adjust sini maka siaplah tempat gantung basikal ni.

Tada..


yang bawah-bawah tu pun nak kena kemas gak ni

Simple je kan, ok lah takdelah makan ruang sangat pun. Tapi kalau orang datang letak kat luarlah rasa pelik gituh kan. hahahahahaha

Dah tu je...

Lepas ni dah mula nak kemas kasut pulak ek...

Cik Lily Putih Terfikir : kalau #DakUban degil, aku gantung jugak dia kat sini kan buat hiasan hahahhaa




Maybelline's 100th Birthday Party

Hi Korang,

Event Maybelline ni berlangsung 2 minggu lepas di Mid Valley.



Tak sangka dah 100 tahun ye Maybelline bertapak di seluruh dunia kan. So sambutan ulangtahun ke 100 ni di adakan bukan sahaja di Malaysia malahan lebih 129 negara juga menyambutnya termasuklah New York tempat lahirnya Maybelline



Aku sharekan beberapa gambar masa event tersebut ye tapi tak banyak lah coz susah nak amik mainstream photographer ramai benau itu tak termasuk orang ramai yang simply masuk je kat function tu kan.

Ada fashion show yang para modelnya menggayakan make-up Maybelline mengikut tahun-tahun dari 1915 hingga ke 2015 (future)









Seronoklah dapat tengok cam ne orang dulu-dulu makeup dan bergaya kan..



Inilah fashion make-up untuk sambutan 100 tahun Maybelline


Anyway Happy 100th Anniversary to Maybelline New York