Tuesday, January 17, 2012

Lunch @ Restoran Beriani Ambok, JB

Hi Korang,

Aku ni pi makan memana pun mesti nak amik gambo. Sampai Mr Big cakap kalau tak senang gak berblogging ni tak tau lah kan. Tergelak2 aku dengar bila dia cakap cam tu.


Ktorg makan kat Restoran Beriani Ambok kat Larkin JB ni masa honeymoon bulan lepas. Sambil nak masukkan duit kat bank rakyat depan restoran ni, tu yang terus singgah tuh. 

Dah nama pun restoran beriani kan, so tak kan lah ada jual western food plak kan. Disebabkan time tu dah pukul 2.30ptg so kebanyakannya semua dah abis so tinggal beriani daging dan ayam. Aku pilih of courselah beriani daging, then Mr Big pun ikut sama order gak. 


Not bad jugak rasanya, sedap memang betul2 ikut selera tekak aku. Kuahnya pekat, terasa bau beriani kat nasi dia tu kan. Aku siap tambah nasi lagi dengan papadom coz tak cukup.


Of courselah minum mesti sirap bandung kan.


Anyway, kepada sesapa nak singgah ke sini, restoran ni kat Larkin Perdana. Dekat belakang balai polis Larkin. (Dulu tanah kosong je, now dah memacam ado)



Monday, January 16, 2012

My Volkswagen Test Drive Experience @ Desa Parkcity

Hi Korang,

Yeah test drive lagi. Kali ni dengan Volkswagen Car plak. Tahun lepas aku dapat test drive Exora dan BMW but kali nie tak leh bawak balik lah. Cuma kat dapat drive around kat Desa Parkcity ni je.


Aku sempat try Polo, Polo GTI, Jetta je. Passat aku cuma rasa duduk je coz kereta tu hot stuff sentiasa je ada orang



Ktorg bloggers di bahagikan into 2 session. Aku haruslah kena first session dengan Jejai, Merryn, Jess, Myvitrd dan 10 orang lagi bloggers.  Once registration, ktorg diberikan pilihan nak test yang mana dulu. Aku memula mintak Polo GTI but someone tengah guna so aku try Polo biasa dulu. Konon-konon nak rasa performance untuk buat perbandingan nanti.

POLO 1.2 TSI

Agak kekok jugaklah bawak kereta kecik kan setelah sekian tahun bawak kereta beso ni aku struggle gak untuk adapt driving Polo ni. But one thing yang aku perasan kat semua kereta Volkswagen ni aku impress braking systemnya, totally awesome. Letak hujung jari kaki sket je untuk brake terus automatic brake on the spot. Memang safety wise, bagus.

POLO GTI


Then bila drive Polo GTI plak, yang aku dapat rasa bila time naik bukit tuh, selalunya kereta-kereta biasa ni agak slow sket naiknya but Polo GTI ni plak aku tekan je terus pergi tak kiralah naik bukit ke jalan biasa ke kan. Mantap.

JETTA 1.4


Ktorg try Jetta plak, aku kasi Mr Big bawak dulu then aku duk belakang. Jetta ni C.C. nya kecik je 1.4 but kalau korang nak tau performance Jetta ni is 1.8 C.C. Kalau ko terperanjat gak aku pada mulanya bila dengar ktorg punya coach tu citer. Kagum sungguh lah

Nuffies Yuen Yee


Farah, Ann dan Thara. 3 kurus 1 gemuk kahkahakhak

With ShilaShower. Ermm kurus lagi dia nie

Dah lah matahari mencarak atas kepala kan,  penat ronda-ronda  terus lepak bawak khemah kan. Makan ada minum ada, bercamwhore sket, gossip sket pasal performance Volkswagen ni. Majoriti setuju dengan opinion aku. Best safety cars lah.


Thanks to Nuffnang dan jugak Volkswagen for this great opportunity. Kalau boleh nak bawak balik terus jelah tak nak pulang.


Rasanya Volkswagen ada promotion untuk raya Cina ni dari 7 Jan 2012 – 29 Feb 2012

One year road tax 
One year insurance 
Services for 45,000km or 3 years 
Touch 'n Go card worth RM500


Memang dah lama usha kereta saiz kecik ni kan, bukan apa nak pi pasar pun senang parking. Then Mr Big cakap takkan beli Polo buat pi pasar je kot. Ermm cam no nie ek.

CLP notes : Polo or Golf? Kang kalau aku pakai mak aku bising dah elok2 kereta beso pakai kereta kecik plak. Cam no ko nak bawak aku jalan nanti. Mana muat? Ishkkk..



HyppTV Wayang Pacak @ Bukit Kiara Equestrian Club

Hi Korang,

Rezeki datang lagi. Kali ni menang tiket tengok wayang pacak kat Bukit Kiara. First time masuk area Bukit Kiara ni dan first time gak tengok wayang secara berjemaah ni.


Prepare lah apa yang patut, makan minum, air dah sejukkan dalam chiller bag, tempat nak lepak aku dah pre-order kat Paperlounge. Tinggal bayar je masa show nanti. Sampai-sampai je ya allah parkingnya boleh tahan jauh gak.


Berpeluh gaklah ketiak berjalan kan eventho ada shuttle disediakan. Ktorg jalan slow-slow sambil bercamwhore kat area ni. Mentang2 riding school punya tempat, berlambak2 kuda aku nampak but semua tengah makan dinner.


Sesampai je kena register dulu, then baru dapat masuk indoor arena tuh. Masuk2 je terus nampak satu kawasan lapang yang dah ramai orang duk berpiknik depan screen beso. 


Aduiyai rupanya ada menda yang aku lupa bawak, which is 'TIKAR'. Mampus aku, menda penting aku leh lupa. So nak tak nak, duk jelah kat kerusi yang ada. So tak dapat lah rasa cam ne feel tengok wayang pacak kan. huhuhuhuhuhu.


Malam tu ada tiga filem yang di tayangkan iaitu KungFu Panda 2, Thor dan The Unborn Child.  Ktorg cuma tengok 2 movie je coz yang ketiga tu citer hantu. Takut ooo.


Ermm gerai jual makanan memang banyak sungguh. Dari popcorn sampai ke baked potatoes, eh macaroon pun ada but dia jual mahal lah. Ada ke sekeping tu RM5 henggit. Sapo nak beli kan.


Anyway thanks to Hypp TV coz sudi bagi ktorg tiket wayang ni. Mintak-mintak ada lagi peluang tengok wayang pacak yang best ni kan.

CLP notes : Tak abis pun bekal makan aku bawak, air je abis coz haus sangat walaupun berangin malam tuh.