Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Belajar Jaga Muka @Avene Beauty Workshop
Hi Korang,
Lepas je dari main masak2 kat Restoran Rebung pagi tuh, aku dengan kelam kabutnya terus ke 2nd event plak. Nasib baik jarak dari Bangsar ke Jalan Yap Kwan Seng tu not so jauh sangat kan dan aku managed sampai lebih kurang 15 minit cam tu dengan kelajuan 90km/j je. Ok kan tak lah merempit sangat kot kan.
Masuk2 je kat lobby Fullhouse Cafe ni dah nampak dah sign 'Avene Beauty Workshop' ni. Hah, lega pun belum start lagi. So cari2 tempat duduk, lagi terperanjat coz majoritinya female chinese kan. Sudah! aku sorang je melayu. Ermm tak per cekalkn hati duk dekat one of NN bloggers yang aku kenal lah kan. So duk diam2 je lah.
Tengah duk layan FB kat IPAD, ada orang tegur plak. La rupanya Posh76, dia pun datang sorang gak. Sesama tak de geng kan. Disebabkn amoi NN blogger tu prihatin, dia dapat tukarkan meja ktorg jadi sebelah menyebelah. Ada pun geng, so borak2 lah sampai event start.
Actually Avene Beauty Workshop ini adalah untuk memperkenalkan produk Avene untuk Kulit Sensitif. Bagus tak? Aku memang dah tergolong dalam group ni so sememangnya sangat bersesuaianlah dengan aku.
So event di mulakan dengan kata2 aluan dari Cheryl, Avene Senior Manager dan diikuti oleh Mr Avene's Trainer Mr. Damien Tavernier. Beliau menceritakan mengenai pelbagai jenis kulit sensitif dan cara penjagaannya dengan menggunakan produk Avene ni. Walaupun screen projector tu kecil nau rasanya disebabkan silau but aku still leh tangkap lagi apa yang dia cakapkan.
Abis dengan presentation, acara yang di tunggu. Test produk Avene ni lah kan. So ktorg dah di siapkan dengan sorang satu make-up station berserta produk Avene sekali.
Teruslah ktorg di ajar cara menggunakan produk Avene ni kan.
Teruslah ktorg di ajar cara menggunakan produk Avene ni kan.
Memula bersihkan muka
Seronok jugak muka dibelai2 gitu kan. Terasa begitu berharga plak kulit muka aku yang lebar ni kan. Lepas siap acara jaga muka tuh.
Ktorg di hidangkan dengan late lunch. Not bad jugak menunya. Eh, sebelum balik sempat lah bercamwhore kejap kan.
Mix Grill Seafood
Ktorg di hidangkan dengan late lunch. Not bad jugak menunya. Eh, sebelum balik sempat lah bercamwhore kejap kan.
Teman setable, Posh76
Dengan Shazwani Hamid
Sebelum balik, moh kite collect goodies bag dulu. Orang dah kasi free mestilah amik kan. Berguna oo produk2 nie, buat muka aku jadi bersih lah. Dapat aku rasakan.
So terima kasih to Avene for this educational event. Banyak betul aku belajar mengenai kulit muka ni kan.
Lepas nie, agak2 aku dah boleh jadi skin analyst ek... hehehhhe
Lepas nie, agak2 aku dah boleh jadi skin analyst ek... hehehhhe
Monday, October 24, 2011
Masak2 Dengan Chef Florence Tan @ Restoran Rebung, Bangsar.
Hi Korang,
Weekend lepas aku dapat jemputan ke Sessi demontrasi masakan bersama Chef Florence Tan kat Restoran Rebung Bangsar. Sessi masakan ini adalah anjuran Majalah RASA dan BestariFood yang merupakan pengeluar produk masakan yang terkenal dengan perencah ayam goreng yang sedap sekali.
Aku pi dengan Zurie, salah sorang geng GTBMY kan. Saja nak kasi dia explore sket camne nak cover event kan. So sementara menunggu event start, kitorg mengexplore segala tempat kat dalam Restoran Rebung ni. Actually restoran in split into 2 tempat satu memang tempat dining hall yang besar dan satu lagi untuk private2 function gitulah kan. Deco2nya menarik gak, more to barang2 lama dan antik.
Simple je set demo ni kan
Bagus produk ni, marilah cuba kan
Pembantu Chef Florence dari Bestari Food
Ok event start dalam kul 11 cam tu coz dek menunggu peserta yang lambat kan. Janji orang Malaysia betul. Even Chef Florence Tan pun kul 9 pagi dah sampai tau. So marketing manager Bestari Food Mr Eddy, membantu Chef Florence memperkenalkan segala jenis produk perencah masakan keluaran syarikat nya.
So sambil memasak, Chef Florence sempat juga tanya2 soalan sambil bagi ktorg hadiah lagi. Best tu bertambah lah dapat produk Bestari ni kan. Dapat jugak aku hadiah kecik kan. Then ktorg di bagi rasa segala makanan yang di masak tadi.
Aku sempat rasa ayam goreng spicy, cauliflower tempura dan cucur udang je. But totally sedap lah. memang ikut tekak aku lah kan.
Sebelum balik, sempat jugak lah aku dan Zurie bergambar dengan Chef Florence Tan ni. Ala buat kenang-kenangan katanya. Bukan senang nak jumpa chef terkemuka ni kan.
Then, terus je ktorg pi collect goodies bag kemudian pi makan plak kat area dining hall kan.
Ternyata memang aku gemuk kan hahahahahah
Sebelum balik, sempat jugak lah aku dan Zurie bergambar dengan Chef Florence Tan ni. Ala buat kenang-kenangan katanya. Bukan senang nak jumpa chef terkemuka ni kan.
Then, terus je ktorg pi collect goodies bag kemudian pi makan plak kat area dining hall kan.
Dapat ni dalam goodies bag
Ada resipi istimewa lagi disertakan jugak tau
So terima kasih kepada Bestari Food dan Rasa kerana bagi peluang kat aku untuk enchance lah skill memasak aku dengan produk Bestari ni dan juga many thanks to Restoran Rebung sebab bagi ktorg makan masakan kampong yang sangat pedas tapi sedap sekali.