Monday, January 25, 2016

DAKUBAN Kena Diet Jugak Walaupun Kucing, Pentingnya Pemakanan Bercampur.

Hi Korang,


Dak Uban ni memang pantang nampak makanan, bau makanan dan ktorang sibuk nak makan pun ikut jugak nak makan tapi yang best tu bila time aku tengah masak. Wah dia pun ikut sama sibuk tengok aku masak, mana tau kot-kot aku boleh bagi dia makan on the spot ek. 

Ermm memang taklah kann.

cepatlah nak makan nieee

Dulu aku selalu gak bagi dia makanan yang ktorang makan but lepas dah dapat advise doctor terus ktorang stop bagi dia makan sebab ada certain-certain makanan manusia langsung tidak bersesuaian dengan kucing. Kang mati Dak Uban ni mau meraung dibuatnya.

Tau tak?

Apa yang korang berikan kepada haiwan peliharaan amat penting untuk memastikan kesihatan dirinya. Tidak seperti manusia, kucing memerlukan diet tinggi-lemak, kaya-protein dengan beberapa nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan dan tumbesarannya, memberikan anda seekor kucing yang gembira dan sihat. Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat.

wei ni biskut kering kite tau

Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka. Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur.

jangan amik wet food kite ni lahhh

Korang boleh memberikan kucing korang makanan basah sebanyak dua kali dan makanan kering sebagai hidangan ketiga setiap hari atau pilih untuk mencampurkannya dalam setiap hidangan. Makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat.

apa lagi ni, janganlah amik ek

Program pemakanan-bercampur turut disarankan untuk pengurusan berat badan. Kajian menunjukkan yang memberi diet kelembapan tinggi kepada kucing korang mengurangkan selera makan berbanding kucing yang hanya diberi makanan kering. Sekurang-kurangnya 25% kalori keseluruhan kucing korang daripada pengambilan makanan harian sewajarnya datang daripada makanan basah. Tambahan lagi, pemakanan bercampur adalah bermanfaat tinggi jikalau kucing korang berdepan masalah saluran kencing, di mana 70% kalori keseluruhan diambil hanya daripada makanan basah.


Memberi kucing anda makanan basah meningkatkan pengambilan air lantas memulihkan kesihatan saluran kencing. Kandungan air yang tinggi di dalam makanan basah mencairkan air kencing sambil meningkatkan kekerapan membuang air kecil, kedua-duanya mengekang formasi kristal mineral atau batu karang. Selain itu, makanan basah telah diketahui menggalakkan metabolisme sihat kerana kucing mampu menelan dan menghadam makanan tanpa perlu mengunyahnya. Protein, lemak dan karbohidrat yang sihat dan seimbang mampu meningkatkan metabolisme kucing anda dan menggalakkan penghadaman yang mudah. Sama seperti makanan basah, makanan kering juga memiliki nutrisi lengkap dan seimbang dengan manfaat tambahan untuk membaiki kebersihan mulut kucing. Tekstur rangup makanan kering membantu membersihkan gigi kucing anda dengan menyingkir plak dan tartar, lantas menggalakkan kesihatan mulut yang baik.

Kucing 10 pound yang sihat memerlukan 220 ke 350 kalori setiap hari, di mana 40% daripada kalori itu perlu datang daripada protein daging atau ikan. Diet yang tidak baik kurang mineral itu yang boleh menambah masalah kesihatan kucing korang. Antara mineral penting yang diperlukan kucing anda adalah sodium, kalsium, fosforus dan magnesium. Kira-kira 20% protein dalam diet yang seimbang akan digunakan untuk pertumbuhan metabolisme dan lagi 12% adalah untuk penyenggaraan tubuh kucing

tak menyempat nak makan kan, Dak Uban ni ek

Bila memberi kucing makan, adalah penting untuk mengambil kira usia dan berat badannya kerana kucing memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk setiap peringkat dalam hidupnya. Banyak iklan makanan kucing mampu memenuhi keperluan kucing untuk peringkat usia berbeza – daripada anak kucing ke dewasa malah yang tua. Justeru, adalah amat digalakkan untuk membeli produk yang sesuai untuk usia kucing anda. Memantau pengambilan makanan dan menetapkan diet bersama doktor haiwan membolehkan anda mengawal berat badannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com

Nampak tak?

Kita tak boleh bagi makan sewenang-wenangnya, takut nanti cepat plak perginya kan. So memang jadi tabiat aku untuk bagi Dak Uban ni makanan bercampur di antara kering dan basah.

argh majuklah lambat sangat nak makan ni

Setiap aku cuma bagi dia makan makanan basah 2 kali je iaitu waktu bangun pagi tuh dan juga malam, time ktorang makan tu dia pun makan sekalilah so tak de lah kes ayam kena curi dari pinggan tu makan kan hahahahha. Untuk makanan kering tu memang senantiasa aku standby dalam food container dia, jadi bila dia lapar je so dia boleh makan kat situ. Kira makanan dia time ktorang tak de rumah lah, tong tuh mesti penuh selalu dan aku akan pastikan Mr Big check tong tu sebelum dia keluar. Kang kalau kosong mati kering plak Dak Uban tu kan hehehehe.

Korang pun boleh praktikkan jugak tau..



Sunday, January 24, 2016

DOCLAB Face Ampoule

Hi Korang,

Nak citer sket ada menda baik ni yang aku nak share dengan korang tau..


DocLab tu apa? 

DocLab adalah sebuah produk kecantikan yang dirumuskan dan dihasilkan di Korea Selatan. Walaupun dihasilkan di Korea Selatan ,bahan bahan yang terkandung dalam DocLab ni bebas daripada alcohol, bebas daripada silicone, bebas daripada paraben, bebas daripada bahan bahan yang berasaskan binatang. Jadi ia sangat selamat digunakan pada kulit wajah kita. 

DocLab Face Ampoule diformulasi dari Korea Selatan.


Ia bertindak sebagai booster untuk membantu penyerapan skincare yang kita gunakan agar lebih cepat bertindak pada kulit. Ia juga mampu membaiki kulit rosak akibat dari penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia mahupun kesan selaran matahari.

Kandungan Hyaluronic Acid yang tinggi yang membantu kulit kering agar sentiasa lembab semulajadi. DocLab Face Ampoule juga mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Kandungan Doclab Face Ampoule:

~Diperbuat dari bahan semulajadi.
~Tanpa bahan kimia, tanpa alkohol dan bebas dari bahan dari binatang.
~Hyaluronic Acid:membantu masalah kulit kering.
~Ekstrak ginseng: untuk membantu menangani masalah garis-garis halus dan kedut.
~Ekstrak tumbuhan semulajadi.
~Vitamin E: Anti oksidan semulajadi dan kombinasi formula yang berasaskan bahan botanikal.
~Arbutin: Untuk mencerahkan kulit tanpa kesan sampingan.
~Witch Hazel Extract and Aloe Vera Leaf Extract untuk memelihara kelembapan kulit wajah.


Ampoule ni biasanya dalam bentuk cecair dan jernih. 

Ia tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan kimia, sebab itu ia harus disimpan dalam bekas kaca kecil yang kedap udara untuk menjaga kualiti bahan bahan yang terkandung di dalamnya. Ampoule ni lebih efektif berbanding serum. Ia sangat sangat sesuai untuk wanita yang ada masalah pigmentasi dan ia juga membantu dalam melambatkan proses penuaan... Seeloknya wanita yang berumur 30 tahun ke atas perlu memakai ampoule ataupun serum sebab pada umur itulah masalah penuaan dan hyperpigmentation akan berlaku... gitu.. dah macam pakar kecantikan pulak bila bercakap... Yang bestnye ampoule yang ada pada DocLab ni memberikan kesan yang lebih cepat berbanding serum. Ia membuatkan kulit kita menjadi halus, tegang dan tidak berminyak.. 


DocLab ni didatangkan di dalam sebuah kotak khas dan mempunyai 5 ampoule yang comel.. Satu botol ampoule untuk sekali penggunaan. Korang boleh guna seminggu sekali. Kalau nak dapatkan kesan yang pantas gunalah hari hari... hihi.. Satu botol ampoule tu boleh guna ke seluruh muka dan leher. Cukup malah lebih tapi kena habiskan tak boleh simpan cecair tu bila dah patahkan ampoule tu. 

Fungsi istimewa Doclab Face Ampoule :

~ Memelihara lembapan kulit.
~ Memperbaiki sel dan struktur kulit.
~ Mengembalikan kolagen pada kulit.
~ Menghilangkan jeragat dan bintik hitam di wajah.
~ Mengurangkan kedutan, garis-garis haus dan kesan penuaan
~ Mengatasi masalah kulit kering
~ Meningkatkan ketegangan dan keanjalan anda
~ Membantu makeup anda kekal lebih lama dan lebih menyerlah.
~ Membantu kulit anda menyerap produk penjagaan kulit lain seperti dengan lebih berkesan.

Cara penggunaan Doclab Face Ampoule ada 3 cara :

Siang:

~Cuci muka seperti biasa.
~Gunakan toner.
~Sapukan ampoule pada seluruh wajah.
~Setelah kering, ulangi sapuan beberapa kali sehingga habis satu botol.
~Boleh gunakan pelembab dan sunblock sebelum mengenakan make up.

Treatment:

~Cuci muka seperti biasa.
~Gunakan toner.
~Sapukan ampoule pada seluruh wajah.
~Setelah kering, ulangi sapuan beberapa kali sehingga habis satu botol.
~Gunakan masker.
~Sapukan pelembab.

Malam:

~Cuci muka seperti biasa.
~Gunakan toner.
~Sapukan ampoule pada seluruh wajah.
~Setelah kering, ulangi sapuan beberapa kali sehingga habis satu botol.


Cara membuka botol Doclab Face Impoule:

~Gunakan tisu atau sapu tangan untuk mematahkan leher botol kaca DocLab Face Ampoule.
~Patahkan di bahagian leher botol yang bertanda gelang berwarna putih.
~Satu botol kecil DocLab Face Ampoule hanya untuk sekali guna.
~DocLab Face Ampoule yang telah dibuka tidak boleh disimpan lebih dari 24 jam.
~1 kotak mengandungi 5 botol untuk lima hari.
~Kesan seawal 5 hari penggunaan.
~Tiada kesan sampingan.

Cara menyimpan DocLab Face Ampoule:
~Jauhkan dari panas matahari atau tempat panas.


Harga sekotak yang di dalamnya mengandungi 5 botol ampoule ni adalah RM138.00

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk DocLab ini bolehlah melayari laman web mereka di 


atau follow instagram mereka di 

dan "like" fan page mereka di 

Berminat memiliki wajah yang cantik mulus persis artis Korea? Bolehlah order DocLab hari ini juga seperti tertera di bawah: 

@
012-6864355 
(WA/TA/MSG CIKLILYPUTIH)



ye jangan tak caya, aku pakai then nampak kulit muka lebih baik so why not aku jual kan hehehhehe. Ok nanti aku buat review lah, now busy sket lah...



Friday, January 22, 2016

Lepak Di Kedai Kopi Karat, Bangi Seksyen 3

Hi Korang,

Sebenarnya banyak lagi kedai makan yang aku tak explore kat Bangi ni.


Salah satu sebab kedai tu ramai orang datang masa ktorang pi, review makanannya lousy, tak de masa dan tak kene dengan tekak ktorang. 

So banyak dah bebudak ni propose aku suruh pi Kedai Kopi Karat ni but jadual malam senantiasa penuh je, then satu malam tu ktorang tak tau nak makan apa, apa lagi merayap-rayaplah sampai ke mari. 

Masuk-masuk cam terperanjat sket




Sebab ingatkan kedai barang antic ek, decornya semuanya barang-barang lama. Aku pun cam jakun sket amik gambo sampai kena cuit dengan Mr Big, cakap duduk dulu order then baru amik gambo kan.. species pompuan jakun sungguh.

Menunya simple. Makanan dulu tradisional cam lempeng, ubi rebus, biskut tongkat dan memacam lagi. Eleh menu goreng-goreng dan western pun hado lah jugak. 

Of courselah kena order




Kopi kampung secawan kan, pekena plak dengan biskut tongkat keras ni. Cicah kaw-kaw then terus ngap masuk mulut. Lembut je lalu kat tekak dah tak yah nak kunyah, dasar pemalas ek hahahahha. Minum sorang secawan ermm enak.

Kemudian baru makanan sampai, tengoklah ktorang order

Mushroom soup

Mix grill

Nasi goreng ayam

Tapi ayam dah habis so nasi goreng kosong sajorlah. Kosong kosong pun siap telur goreng, keropok dan sambal belacan bagai ek.

Oklah not bad

Memang tak boleh nak predict selera Mr Big ni ek. Bila dah lepas waktu dinner tu, kebanyakan menu yang ‘signature’ tu dah abis. Jadilah makan ni kan, janji kenyang. Sambil makan tuh, lepak-lepak yang lagu dulu-dulu masyuk gak. 

So far harga sangat sangat sangat berpatutan untuk ktorang yang kuat makan ni. Harga bawah 45.00 tu boleh sangatlah untuk dinner ktorang berdua kan. Tapi kalau family ramai selalu makan luar kopak jugak kan kocek. 

Ok ok ni tompeknyee:

Kedai Kopi Karat  
No. 28A Jalan 3/70 
Seksyen 3 tambahan, 
Bandar Baru Bangi

Phone:+60 12-244 0885
Hours Open today · 10AM–11PM


Tapi kopinye memang awesome, style kampung-kampung. Diorang brew sendiri ni coz lain daripada yang lain. Tak yah tapis pun, once minum serdak tinggal kat bawah.

Selamat menjamu selera