Thursday, May 7, 2015

Makan Bubur Nasi Berlauk D’Laila MMA SANTAI CORNER NILAI

Hi Korang,

Aku selalu ketinggalan keretapi kata K Laila tuan punya D’LAILA MEE UDANG ni ek.

Mana taknye bila time bebudak #BloggerKakiMakan ni pi review aku manjang ada hal, yelah weekend kan aktiviti bersama keluarga tu penuh. 

So Ahad malam hari tuh, masa aku on the way balik dari Melaka Mr Big terus je masuk exit Nilai kan. Dia yang teringin sebenarnya nak makan asam pedas telur ikan mayong. Ermm ok kan sajor, dapatlah aku makan menda lain nanti kan hehehhee


Sesampai kedai K Laila, orang tak berapa ramai tapi kaunter depan tu orang bersilih ganti datang sampai aku nak borak pun tak sempat. Kejap nak melayan aku kejap customer order, sekejap staff tanye something kan. Ermm jawabnya duduk dulu lah fikir apa nak makan. 

La ternampak pulak Bubur Nasi Berlauk kat sebelah tepi ni, rupanya K Laila ada menu baru which is aku sendiri pun tak ingat langsung. Bebudak ni ada cakap hari tuh tapi aku yang lupa semedang kan.

Terus terlupa akan telur ikan mayong bila nampak bubur nasi berlauk ni kan.




Hah amik ko memacam jenis lauk ada. Ada 20 jenis lauk kata Kak Laila, kan dia yang masak.


Permulaan aku amik 2 jenis lauk je, Mr Big pun sama gak 2 jenis lauk. Tak sama lauk so nanti boleh tukar-tukar rasa. Makan makan makan. Licin semangkuk. Rehat kejap borak-borak sambil mata laser duk peratikan gelagat orang yang makan kat situ kann hehehehe


Ok makan bubur untuk 2nd round pulak. Kali ni aku tak letak lauk pun, makan gituh je. Sedaplah coz bubur K Laila ni memang dah ada perasa ayam. Walaupun kosong tapi sedap so makan sampai tak ingat dunia lagi. Kalau musuh ketat lalu belakang memang baik punye dia boleh tikam kan hahahahaha.

Itulah dia kisah bubur nasi berlauk K Laila, simple sajor tapi nice. Sedap dimakan di kala suka, duka, sihat, demam, sakit tekak bagai. Tak selera boleh makan kosong cam tuh, kalau berselera lapar hah hangkut lauk apa yang ada kan. Anak-anak suka la ni, senang mak-mak nak suap makan. 

Korang kalau teragak nak makan bubur nasi boleh lah ke sini ek

D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER 
( SILA WAZE )
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337


Waktu operasi : 6.00 petang – 12 tengahmalam

Tuan punya kedai K Laila sudi melayan tekak korang kan, nak makan mee udang boleh, mee kupang boleh, bubur nasi berlauk boleh, masak lauk-lauk kampung boleh. Pendek kata menepati citarasa korang lah kan.

Alamak lapo pulak….

Cik Lily Terfikir : Cuba kedai K Laila ada kat opis aku ermm confirm hari-hari singgah makan kan.


4 comments:

  1. alahaiii jelesnya hati ini... hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. buat terliur. nasi bubur kat rumah tu dah bape minggu tutup pergi mana ntah x muncul2 ..

    ReplyDelete
  3. whoaaa.... berselera jugak kan makan nasi bubur berlauk tu....tapi makan kosong macam tu je pun dah sedap kan...

    ReplyDelete
  4. seronok tengok menu2 situ, macam2 ada..

    teringin nak try tapi tak tau la bila kan.. tambahan jauh

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!