Tuesday, March 22, 2011

Kalau Tak Ada Air

Hi Korang,

Hari ni ada free sket so dapatlah menulis lagi. Cerita pasal semalam plak. Pasal kat office lagi.

Office aku nie yang for sure korang perasan kat atas bukit kan. Dahlah atas bukit cantik plak pemandangan dia, sebijik macam kat Cameron Highland cuma tak de strawberry dan daun teh je.

Dulu masa site nie baru nak bukak, ya allah memang payah betul nak dapat air. Maklumlah saluran air belum ada lagi ktorg kena beli air tau. Selalunya lori air yang hantar ktorg air tu lari schedule kan. Selalu jugak akak cleaner aku ni tadah air hujan untuk nak buat cuci2 bagai kan. Ktorg pun ikut tumpang guna air yang dia tadah tu.

Bila musim panas, kalau tak de air. Mak datok nak membuang apa yang patut cukuplah payah. Aku kena keluar dari site dan cari memacam petrol pump. Pernah sekali tuh, sampai 5-6 kali kena keluar dari site sebab sakit perut yang amat.

Itu dulu, sekarang tak lagi sebab ktorg dah dapat paip air bermeter. So senanglah nak memerut.

Tapi semalam, lain plak citernya.

Tengah syok2 nak minum tetiba akak cleaner cakap tak de air. Aduh kejadian lama berulang kembali. Time tu plak aku nak terbuang air plak.


Nak tau apa aku buat?


Aku amik botol kosong, kemudian amik air dari mesin RO water tadah sampai penuh. Trus aku pi melepaskan hajat. hehehhehehhe.. Nasib baik diorg ni semua tak nampak. Kalau tak mampus aku. Bila orang tanya, tak de rasa nak buang ke? Aku senyum je jawab tak de padahal... paham2 sendiri lah ye.

Ermm korang jangan ikut perangai buruk aku ni tau dan hargailah air tu. Jangan nak membazir je.



P/S : Entry ni sempena Hari Air Sedunia 2011.

4 comments:

  1. kat mana sitenyer nih cik lily
    kalau xder air memang azab ler kan

    ReplyDelete
  2. dugaan betul kalo takde air kan

    ReplyDelete
  3. sinonim hr ni dengan laki aku.maklumlah orang air.sampai sabtu ahad ni pun kena kerja sempena hari air sedunia ni..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. kalau darurat, kena istinjak laa.. tapi nak mandi.. fuuuhhh... camner laaa rasanya
    Deejay Radio Baru!

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!