Hi Semua,
Tourism Selangor sekali lagi telah membuka penilaian bagi Produk Pelancongan Ikonik Selangor untuk tahun 2025, yang melibatkan lima kategori utama iaitu Pelancongan Agro, Pelancongan Perubatan, Pelancongan Budaya & Warisan, Pelancongan Gastronomi (Makanan) serta Pelancongan Berasaskan Komuniti.
Inisiatif ini merupakan kesinambungan usaha yang dimulakan pada tahun 2024, apabila Tourism Selangor memperkenalkan sistem penilaian menyeluruh terhadap produk dan tarikan pelancongan di seluruh negeri. Sebanyak 20 tarikan telah diiktiraf pada tahunlepas, merangkumi kategori Alam Semula Jadi, Pengembaraan & Eko-Pelancongan, Pelancongan Buatan Manusia, Sukan & Rekreasi, serta Beli-Belah, Rekreasi & Gaya Hidup. Antara tarikan pelancongan yang telah menerima pengiktirafan termasuk Chocolate Museum, Farm in the City, HL Dragon Fruit Eco Farm, Skyline Luge dan Cloud Bass Paragliding Park di Kuala Kubu Bharu.
Penilaian ini diperkenalkan bagi membentuk asas kepada Program Akreditasi dan Pensijilan, sekali gus menjadi rujukan oleh pelancong domestik dan antarabangsa terhadap standard kualiti produk pelancongan di Selangor. Melalui pemantauan berkala dan penilaian di lokasi, Tourism Selangor memastikan setiap tarikan memenuhi keperluan aspek keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan pengalaman pengunjung. Usaha ini juga penting dalam mengukuhkan reputasi tarikan pelancongan Selangor di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, berkata pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri telah memberikan sokongan yang kukuh dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Selangor 2025, khususnya dalam memastikan tarikan pelancongan di daerah masing-masing mematuhi garis panduan negeri.
“Melalui penilaian Produk Ikonik Pelancongan Selangor, terdapat banyak tarikan pelancongan telah berjaya menambah baik aspek operasi dan perkhidmatan berdasarkan garis panduan yang diberikan. Ini membantu mereka bersedia untuk diangkat sebagai destinasi pilihan di Selangor. Tahun ini, kami menjangkakan sekitar 50 penyertaan, dan kami berharap usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan tarikan bertaraf tinggi, yang bukan sahaja menawarkan pengalaman yang baik, tetapi juga menjamin keselamatan, infrastruktur kukuh dan layanan yang memenuhi piawaian antarabangsa,” katanya.
Penyertaan bagi Produk Pelancongan Ikonik Selangor 2025 kini dibuka sehingga 29 Disember 2025.
%20Produk%20Ikonik%20Selangor%202025.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!