Hi Korang,
Setelah dua tahun selepas tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan di seluruh negara disebabkan penularan wabak Covid-19, pada hari ini, kapal persiaran pertama iaitu, Kapal persiaran Royal Caribbean, Spectrum of the Sea daripada Singapura kembali melabuh di Port Klang Cruise Terminal pada hari ini.
Kapal Persiaran SuperStar Aquarius merupakan kapal persiaran yang terakhir membuat persinggahan di Negeri Selangor pada bulan Mac 2020 yang lalu, dan membawa 1500 orang penumpang. Pada hari ini, Port Klang Cruise Terminal kembali menerima persinggahan kapal persiaran daripada Spectrum of the Sea dari Singapura yang membawa lebih 3000 penumpang kapal beserta lebih 1500 kru kapal.
Sempena dengan kembalinya persinggahan kapal persiaran di Port Klang, pihak Tourism Selangor bersama-sama pihak Port Klang Cruise Terminal Sdn Bhd mengambil langkah proaktif mengadakan sesi sambutan dengan menyediakan beberapa pengisan menarik untuk para penumpang dan para pelancong yang melabuh di Port Klang pada hari ini. Antara aktiviti yang menarik yang disediakan adalah seperti persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor, penyediaan kaunter informasi pelancongan, aktiviti mencanting batik, Food Truck dan demonstrasi kraftangan Orang Asli Mah Meri.
En Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Sebelum penularan pandemik Covid-19, Negeri Selangor telah menerima lebih 500,000 orang pelancong pada tahun 2019 dan sebanyak lebih 300,000 orang pelancong pada tahun 2020 melalui persinggahan kapal-kapal persiaran di Port Klang Cruise Terminal. Hal ini menunjukkan betapa besar potensi pasaran melalui segmentasi pelancongan ‘cruise’ atau kapal persiaran. Selepas pelaksanaan dasar pembukaan semula pintu masuk negara pada 1 April 2022 yang lepas, telah memberikan sinar baharu kepada Industri pelancongan khususnya pelancongan ‘cruise’. Dengan kemasukan kembali kapal persiaran antarabangsa ke Negeri Selangor pada hari ini, ianya akan memberi impak positif dari aspek peningkatan ekonomi dan akan memacu perkembangan industri pelancongan negeri Selangor.”
“Para penumpang akan turun singgah di Port Klang dalam masa 8 jam. Pada hari ini, pihak Tourism Selangor dan pihak Port Klang Cruise Terminal Sdn Bhd juga bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan bagi membawa sebahagian penumpang kapal untuk sesi lawatan ke beberapa tarikan pelancongan di Kuala Lumpur dan Negeri Selangor seperti di daerah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat. Pihak Tourism Selangor juga bekerjasama rapat bersama agensi pelancongan dan pihak berkuasa tempatan (PBT), untuk memastikan penumpang yang singgah ke Port Klang ini, akan melawat ke tempat pelancongan kita dan berbelanja di Negeri Selangor.” tambahnya lagi.
Kapal-kapal persiaran dijangka akan mula membuat persinggahan ke Port Klang Cruise Terminal pada setiap hari jumaat setiap minggu bermula pada bulan ini. Tourism Selangor sebagai agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor memberi penekanan yang khusus dalam mempromosikan produk pelancongan Negeri Selangor dalam segmen pelancongan ‘Cruise’.
Pihak Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor Cruise Festival 2022, pada 29 hingga 30 Oktober 2022 di Port Klang Cruise Terminal yang akan mempromosikan pelancongan ‘cruise’ di Negeri Selangor. Antara pengisian acara yang akan berlangsung adalah seperti pelancaran kaunter informasi pelancongan, Persembahan Kebudayaan, Festival Makanan, Borneo Street, Demonstrasi Kraftangan, Acara sukan Berbasikal dan banyak lagi.
Acara pelancongan ini diharapkan menjadi salah satu medium utama dalam memasarkan lagi produk pelancongan Negeri Selangor melalui pelancongan ‘cruise’ ke peringkat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!