Hi Korang,
Mengumumkan berita gembira buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian!
Artis K-pop Cha Eun-Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini. Kerjasama serantau terbaharu ini – Mister Potato x Cha Eun-Woo – adalah sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato yang akan diadakan sehingga pertengahan Ogos 2022.
Kempen ini bakal menyaksikan nama dan imej atau gambar bintang ini dipaparkan pada pembungkusan kerepek kentang, bahan di tempat jualan dan paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang. Mister Potato akan melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai dan menerusi aktiviti yang diadakan, dan juga menghadiahkan cenderahati yang ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang tersenarai di atas.
“Mister Potato dengan sukacitanya mengalu-alukan penyertaan Cha Eun-Woo dalam keluarga kami, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan pemuda yang dinamik ini. Cha memang disukai oleh peminat kerana pelbagai bakatnya dan beliau membawa tenaga dan keceriaan ke dalam seni lakonan dan juga nyanyian di pentas. Selain itu, dengan gaya hidup yang aktif dan cita rasanya yang luar biasa, Cha menjadi pilihan duta jenama yang paling sesuai bagi kami,” kata Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker.
“Ulang tahun ke-30 kami mengingatkan setiap detik yang menarik dan menyeronokkan yang ditempuhi jenama kegemaran ramai ini dan kami terhutang budi kepada pengguna kerana kesetiaan dan sokongan mereka selama ini. Kami tetap komited untuk menjadi sebuah syarikat yang berani dan inovatif dan terus merangka pelbagai rancangan menarik pada masa depan,” tambahnya.
Cha Eun-Woo, yang merupakan anggota kumpulan penyanyi lelaki Korea iaitu Astro, mempunyai bilangan peminat dan pengikut setia yang ramai di pasaran utama di serata Asia Tenggara. Pakatan antara Mister Potato dan bintang berbakat ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna makanan snek yang muda agar berusaha mengejar impian dan cita-cita mereka sebagaimana artis pujaan mereka menerusi muzik dan hiburan Korea.
Kempen Mister Potato x Cha Eun-Woo baharu juga mempersembahkan “The Ridiculous Mix”, yang memaparkan kaedah unik Cha mencampurkan aneka perisa dan tekstur kerepek kentang Mister Potato yang sedia ada untuk pengalaman menikmati kerepek kentang yang lain daripada yang lain. Sempena pelantikan duta jenama terbaharu ini, pelakon dan penyanyi pemenang anugerah tersebut akan muncul dalam tiga video Mister Potato “Ridiculous Mix” yang disiarkan di halaman rasmi Mister Potato di pelbagai saluran media sosial.
Satu video menunjukkan Cha mencampur kerepek kentang Mister Potato Crisps perisa Ubi Keledek dan perisa Asli sementara dalam satu lagi video beliau menggabungkan dua tekstur berlainan iaitu kerepek kentang hiris Mister Potato Crisps perisa Barbeku yang sedap rangup dengan kerepek kentang potongan beralun Mister Potato Syok Wave Chips perisa Ayam Goreng Berapi yang pedas.
Kita semua pernah mendengar tentang Gelombang Korea, tetapi Mister Potato kini memberi peluang kepada pengguna dan peminat budaya pop Korea Selatan untuk menikmati keenakan rasa Mister Potato Jinjja Syok. Bagi mencerminkan “Gelombang Korea”, Jinjja Syok menggandingkan kerepek kentang potongan beralun dengan perisa umami misteri untuk pengalaman yang benar-benar unik. “Jinjja” dalam bahasa Korea bermaksud “benar-benar”, manakala “syok” dalam bahasa santai Malaysia antara lain bermaksud “menarik hati”. Pek edisi terhad ini dengan imej Cha akan dijual dalam set pek 65g pada harga runcit RM2.90.
Jenama kerepek kentang terkemuka Malaysia, Mister Potato ialah pemimpin pasaran bagi kerepek kentang dan tidak asing dalam usaha menjalin pakatan global, termasuk kerjasama dengan Manchester United dan Chevrolet – jenama Mister Potato merupakan rakan snek global rasmi juara Liga Perdana Inggeris tersebut dari 2011 hingga 2013.
Mister Potato telah dilancarkan pada 1992 untuk menawarkan snek kentang lazat kegemaran ramai yang diperbuat daripada ramuan berkualiti dan sekali gus memperkenalkan muchacho dengan topi sombrero kegemaran kami kepada rakyat Malaysia. Jenama tersebut kemudian menambah sentuhan warna kepada rangkaiannya pada 2017 menerusi perisa Ubi Keledek Ungu baharu yang membawakan kelainan yang menyelerakan tetapi dengan keenakan dan kerangupan yang sama di samping rasa manis semula jadi dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.
Rangkaian Mister Potato termasuk Mister Potato Chips, Mister Potato Crisps dan Mister Potato Crunch. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol. Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister, paket dan kotak. Pilihan perisa yang disediakan termasuk:
• Mister Potato Crisps – Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;
• Mister Potato Chips – Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu;
• Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips – Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood;
• Mister Potato Crunch – Garam Himalaya, Krim Masam dan Bawang, dan Keju.
Produk Mister Potato boleh didapati dalam pek 65g hingga 150g, kotak 100g dan kanister 125g hingga 145g dan dijual pada harga RM2.90 dan ke atas.
Semua produk Mister Potato boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Mister Potato Chips, sila telefon talian khas percuma MAMEE-Double Decker 1-300-22-6263 atau menghantar mesej WhatsApp ke +606-231 6362 antara jam 9 pagi dan 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, menghantar e-mel ke careline@mamee.com.my atau melayari visit https://mamee.com/. Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun media sosial jenama di Facebook (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/)
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!