Friday, July 1, 2022

GUARDIAN anjur FUN RUN September ini

Hi Korang,

Kempen ‘Live Health Smart’ Guardian untuk menggalakkan kehidupan sihat menerusi pilihan bijak akan diakhiri dengan Guardian Fun Run pada 17 September 2022 di Kuala Lumpur.


Angela Teo, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Malaysia dan Brunei, Asia Tenggara berkata: “Kempen ‘Live Health Smart’ yang berlangsung pada 27 Jun hingga 31 Julai dan Guardian Fun Run merupakan respon kami terhadap hasil penemuan Kajian Kesihatan Kebangsaan Guardian kami yang telah dikendalikan sepanjang bulan April dan Mei 2022 untuk menentukan aspek kesihatan yang paling penting untuk para pelanggan.




Beliau berkata, penemuan utama daripada kajian tersebut menunjukkan bahawa 74% daripada responden bersenam untuk kekal cergas dan sihat. Mereka menyedari kepentingan senaman sejak pandemik Covid-19 melanda. Mereka juga inginkan gaya hidup yang seimbang, pemakanan bernutrisi yang baik dan makanan tambahan. Responden juga berkata bahawa senaman yang baik menyumbang kepada tidur malam yang lena.

Jadi, semua aktiviti berorientasikan kesihatan kami adalah selari dengan visi dan janji Guardian untuk membantu pelanggan menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera, tambah beliau.

Seperti namanya, Guardian Fun Run, yang akan diadakan di MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang), Selangor, bakal dipenuhi dengan pelbagai acara yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak.

Ia menjanjikan suasana keriangan karnival dan akan memuatkan Permainan Karnival, persembahan pentas, produk percuma untuk dicuba, trak makanan dan cabutan bertuah dengan hadiah berjumlah RM10,000 untuk dimenangi (hanya layak disertai oleh peserta larian fizikal).

Sebahagian daripada hasil yuran pendaftaran akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Suriana, sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berdedikasi dalam membantu kanak-kanak B40 ke arah penyediaan Pusat Permainan dan Pembelajaran mereka yang seterusnya di Balakong.

Terdapat tiga kategori larian, iaitu Larian Keluarga 3km, Larian Neon 5km dan Larian Maya 5km yang membolehkan pelanggan kami yang berada di luar Lembah Klang untuk turut serta.

Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar pada 27 Jun hingga 24 Julai 2022. Dari 25 Julai hingga 15 Ogos 2022, tiket akan dijual pada harga RM60 untuk dewasa untuk kategori Larian Neon 5km. Untuk mendaftar, hanya imbas kod QR Guardian Fun Run yang terdapat pada semua platform media sosial Guardian, laman web dan stor dalam talian atau muat turun aplikasi digital ‘HEYJOM’ di Apple App Store untuk mendaftar.


Angela berkata: “Kami berharap ramai rakyat Malaysia dan peminat kecergasan akan mendaftar bersama keluarga mereka untuk menjadikan acara ini meriah dan menyeronokkan. Pengambilan Pek Larian telah dijadualkan pada 10-11 September 2022 dan semua peserta yang berdaftar akan menerima banyak hadiah. Jadi daftar awal.”

“Selain itu, nantikan promosi ‘Live Health Smart’ istimewa Guardian pada bulan Julai ini untuk tawaran luar biasa untuk semua barangan keperluan kesihatan anda di samping video-video dan webinar kesihatan di semua platform media sosial Guardian,” tambah beliau.




Untuk maklumat lanjut tentang Guardian Fun Run, sila ke Laman Acara di Facebook Guardian.

Facebook: @Guardianmy

Instagram: @Guardianmy

YouTube: @Guardian MY

Telegram: @GuardianMY

#GuardianMYApp
#guardianMY
#guardianfunrun2022
#No1StoreMalaysia

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!