Hi Korang,
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah melancarkan peraduan Makan & Menang bagi produk makanan sejuk beku jenama LengQuas. Peraduan ini bermula pada 1 April sehingga 30 Jun 2021 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.
Majlis pelancaran pada hari ini telah dihadiri oleh Anggota Lembaga KOPETRO, barisan pengurusan, jemputan media dan juga jemputan yang terdiri daripada rakan korporat KOPETRO.
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KOPETRO, En. Ahmad Hazil bin Abd Lateff, peraduan ini adalah salah satu langkah KOPETRO untuk memperkasakan lagi jenama LengQuas dalam industri makanan tempatan.
“Sejak mendapat liputan media pada Disember 2020, permintaan terhadap produk LengQuas semakin memberangsangkan. Jadi kami menganjurkan pertandingan ini untuk memeriahkan lagi penjualan produk LengQuas, lebih-lebih lagi apabila Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi.”
21 Menu Ready-To-Eat LengQuas
LengQuas menyediakan 21 menu dan di antara produk menjadi jualan tertinggi adalah Paru Goreng Berlado, Daging Masak Hitam dan Daging Dendeng. Dijual pada harga serendah RM 6 sehingga RM 10. Harga bergantung kepada pilihan sama ada ayam atau daging.
Cara penyediaan juga mudah dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang microwave sahaja. Mudah!
Di antara menu Reasy To Eat Lengquas adalah:
1) Beef Stew
2) Chiken Glaze
3) Daging Lemak Kuning
4) Kari Daging
5) Daging Asam Pedas
6) Daging Dendeng
7) Kuah Kacang
8) Daging Masak Hitam
9) Ayam Masak Hitam
10) Rendang Ayam
11) Ayam Percik
12) Paru Goreng Berlada
13) Sambal Ikan Bilis
14) Ayam Masak Merah
15) Nasi Briyani Ayam Rendang
16) Nasi Putih Daging Masak Hitam
17) Nasi Minyak Ayam Percik
18) Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
19) Nasi Briyani Ayam Masak Merah
20) Nasi Ayam Kukus
21) Nasi Lemak Ikan Bilis
Cara-Cara Menyertai Peraduan Makan Dan Menang LengQuas
Ini yang di tunggu-tunggu ni kan, meh sini kak lily terangkan cara-caranya.
✅ Berbelanja minima RM20 untuk mana-mana produk LengQuas.
✅ Imbas kod QR yang tertera.
✅ Jawab solan mudah yang diberikan.
Selain itu, korang perlu menyimpan resit, ambil gambar resit untuk di muat naik di dalam borang dan kreatif menyediakan slogan. Mesti kreatif tau baru ade chance boleh menang.
Tambahnya lagi, penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk jenama LengQuas minimum RM20, imbas kod QR yang disediakan, jawab soalan mudah dan sertakan resit pembelian sebagai bukti penyertaan.
Selain dari penyertaan umum, KOPETRO juga menganjurkan peraduan buat pengedar-pengedar dan ejen-ejen sah LengQuas bagi menggalakkan persaingan mendapat jualan.
Bagi penyertaan umum, pemenang akan diumumkan selepas cabutan bertuah bulanan dijalankan, manakala bagi penyertaan ejen dan juga pengedar, pemenang akan diumumkan berdasarkan hasil jualan tertinggi setiap bulan.
Untuk membuat pembelian produk LengQuas, pelanggan boleh berhubung terus ke talian hotline KOPETRO Food Sdn. Bhd di 6017 - 3195764, atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.
Butiran lanjut mengenai peraduan Kempen Makan & Menang, boleh didapati dengan melayari akaun media sosial LengQuas:
KOPETRO
Website : www.kopetro.com.my
Facebook Page : www.facebook.com/kopetroberhad
Instagram : www.instagram.com/kopetroberhad
LengQuas
Facebook Page : www.facebook.com/lengquas.official
Instagram : www.instagram.com/lengquas.official
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!