Wednesday, April 24, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 di Malaysian Petroleum Club KLCC

Hi Korang, 


Satu lagi tempat yang kak lily discover untuk buffet Ramadan bagi tahun ini. Ini merupakan pertama kali kak lily naik ke atas Menara Petronas ni tau. 

“Malaysian Petroleum Club” adalah salah sebuah Kelab yang berprestij di Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1991. Ia terletak di dalam bangunan Menara Berkembar KLCC di Aras 41, 42 dan 43 di Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan juga merupakan Menara Berkembar yang tertinggi di dunia pada abad ini. 


Bagi Iftar untuk tahun ini, berberapa pembaharuan telah dibuat dimana kanak-kanak dibenarkan untuk masuk bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah berbuka disamping dapat melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu malam. Ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada semua warga dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berpengalaman menikmati keindahan Menara Berkembar KLCC dari Aras 43. Bagi pengujung yang berbuka disini, mereka juga berpeluang untuk memasuki Sky Bridge di aras 42 secara percuma (Tertakluk pada Terma). 











Di Malaysian Petroleum Club, mereka menyajikan pelbagai pilihan makanan segar yang terhidang di Meja Buffet kami yang melebihi 100 jenis pilihan makanan yang terdiri daripada juadah makanan Malaysia dan juga luar negara. Untuk kanak- kanak, kami ada menyediakan makan khas untuk mereka dan kami juga mempunyai makanan yang dimasak secara lansung (Live Cooking) disamping makanan utama (Main Dish) yang disajikan khas daripada Chef yang berpengalaman iaitu Chef Shahrul dan Chef Shukor. 






Seperti yang sering digemari oleh kebanyakan pengunjung, kami juga menyediakan “Kambing Golek” khas bagi penggemar Kambing yang datang. Makanan yang akan disediakan akan berubah pada setiap hari. 









Disamping menjamu juadah lazat yang terhidang, kami juga menyediakan alunan muzik santai daripada Band Akustik yang berpengalaman dari kumpulan “Seri Cahaya”. 

Menjurus kepada terma dan syarat bangunan, mereka juga menitik beratkan kepada syarat etika berpakaian dimana pakaian seperti T-Shirt Kolar Bulat (Round Neck T-Shirt), Seluar Jean Koyak (Fancy/ Torn Jean), Selipar (Sandal), Seluar Pendek (Short Pants) atau pakaian yang menjolok mata adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam bangunan. 

Untuk buffet ramadan ni, ianya bermula dari Isnin, 6hb Mei, 2019 – Sabtu, 1hb Jun, 2019 dari pukul 6.30 petang – 10.00 malam termasuk hari Cuti Umum dan ditutup pada hari Ahad. 


Harga buffet ramadhan 2019 ni adalah 

EARLY BIRD : RM98nett dewasa pembelian voucher sehingga 30hb April 2019 

Harga Walk In : RM128nett (dewasa) dan RM68nett (kanak-kanak 5-12 tahun) 

Untuk tempahan Buffet Ramadan 2019 boleh hubungi di talian +603-2166 3200 atau +6017-646 6183(WhatsApp sahaja) atau Joe di talian +6016-264 3122). 

Jom kita ke :- 

Malaysian Petroleum Club 
Level 41, Tower 2, 
Petronas Twin Towers, 
Kuala Lumpur City Centre 
50088 Kuala Lumpur



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel dan basement. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!