Hi Korang,
Orang perempuan dengan menda-menda wangian ni memang tak boleh di pisahkan.
Tak kiralah berapa banyak losyen yang kita ada dalam koleksi kita still kita pi beli yang lelain kan, pendek kata pantang ada wangian baru terus dibelikan tanpa fikir panjang
Eh itu kak lily huahauhauhauhaua
Yelah selain dari wangian nak lembutkan tangan jugak kan bila kita pakai losyen ni.
Yang terbaru ni kak lily cuba pakai Losyen Haruman Badan daripada Enchanteur ni. Ya ampun kemain kuat bau wanginya ek, sambil semerbak satu bilik. Lebih-lebih lagi kalau guna kat office ni, sampai bos kak lily pun terbau-bau kuatnya losyen Enchanteur ni kan.
Losyen Enchanteur Radiant White
Pertama sekali adalah Losyen Enchanteur Radiant White. Ia dirumus khas dengan Vitamin C, dan Licorice Extract untuk meringankan dan melembapkan kulit korang sambil melindungi dari sinar UV. Untuk rangkaian Radiant White ni, ia mempunyai haruman Charming, Romantik dan Alluring. Kak lily guna haruman Alluring. Wei wangi sangat. I like!! Ada bau Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla berkrim untuk memberikan penjagaan kulit yang lembut. Masa buat entry ni pun kak lily tengah duk sapu di tangan ek
Losyen Enchanteur Satin Smooth
Losyen Enchanteur Satin Smooth diformulakan dengan Satin yang tidak berminyak, halus dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan pelembapan dan pemakanan yang optimum. Yang ni haruman Stunning. Ia merupakan aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds. Selain Stunning, ada 3 lagi haruman lain iaitu Charming , Romantik dan Alluring. Sapukan losyen setiap hari untuk kulit licin dan lembut.
Losyen Enchanteur 24H Moist
Untuk Losyen Enchanteur 24H Moist pula, of courselah kak lily ada semua sekali wei, wow kagum sekejap ek hehehehe Ia dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit.
Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda. Haruman yang ada dalam rangkain ini adalah Charming, Romantik dan Alluring.
Rangkaian Enchanteur Losyen Haruman Badan ini dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, hypermarket, dan farmasi serta kedai bawah umah kak lily pun ada jual gak tau
Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari social media seperti berikut :
Website :
Facebook ENCHANTEUR :
kita suka dengan wangian enchanteur ni..semuanya wangi-wangi
ReplyDeletejue suka radiant white. apa jenis white jue suka hahaha. wangi + bagi cerah kahkahkah. almaklum la diri tak berapa cerah
ReplyDelete