Hi Korang,
Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz Al-Quran dan akademik yang berkonsepkan kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.
Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738 Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai ¼ ekar. Ia diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani.
Pada 13 Jun 2011 MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting, Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Dan pada 1 Januari 2013 MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat – Penor, Kuantan Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat.
Kini (Mei 2017) MABIQ mempunyai lebih 165 pelajar, 12 orang guru sepenuh masa, 4 orang guru akademik separuh masa, 8 orang kakitangan pentadbiran dan 16 orang kakitangan restoran MABIQ.
Sempena di bulan Ramadan yang mulia ni, pihak MABIQ membuka tawaran penajaan berbuka puasa bagi pelajar tahfiz MABIQ ini. Hanya RM10 bagi setiap seorang pelajar dan terdapat 165 orang pelajar di tahfiz MABIQ ni.
Segala sumbangan boleh dibuat melalui cek dan akaun di atas nama
MAAHAD BAHASA dan ILMU AL-QURAN
Ini adalah butiran no akaun bagi pembayaran
Akaun Maybank Islamic 556 011 011 889
Akaun CIMB 86 013 078 02
Akaun Bank Islam 060 190 100 854 83
Akaun Muamalat 060 100 033 027 14
Tujuan bangunan ini didirikan adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.
Untuk korang nak tau lebih lanjut mengenai tawaran berbuka puasa dan lot wakaf ini, korang boleh hubungi
Ustaz Jamal 016-954 1234
Ustazah Umee 016-953 5699
Di alamat Lot 2087, Jalan Pantai, Kg Sepat, 26060 Penor, Kuantan Pahang.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma semoga pahalanya mengalir sepanjang zaman, Insya Allah.
alhamdulilah
ReplyDelete