Hi Korang,
Citer pasal cuti-cuti Malaysia di Lembah Klang sajor
Kali ni aku nak citer kat korang tentang percutian hujung minggu kitaorang di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Terima kasih atas jemputan ye, seronoknya tiap-tiap minggu tidur hotel kata member aku
Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) kini merupakan salah satu hotel yang mendapat akreditasi piawaian Hotel 5 Bintang Halal pertama di Asia Tenggara
Selaras dengan moto “Southeast Asia’s First 5 Star Hotel Accredited with the Highest Halal Friendly Rating by Crescentrating”,, GBWHSA sekarang mengalu-alukan semua pelancong seluruh dunia. Walaupun pendekatannya adalah Halal, ianya telah diterima baik oleh Kumpulan majoriti rakyat Malaysia, diikuti oleh Jepun, Cina dan India sebagai golongan teratas senarai tetamu hotel.
Pengurus hotel, Tuan Haji Mohd Ghazali Sayed Ibrahim berkata, “All our guests are excited with the hotel’s Halal-Travel Friendly concept. Being accredited with ISO AR3363 and OHSAS SR0405 is just one of our strategies in ensuring the quality and delivering good value of services for all guests. All guests walk away and returns with more than satisfaction value.”
Sebanyak 341 bilik kesemuanya yang terdiri daripada 280 deluxes rooms, 58 deluxe suites, 2 special care rroms dan a Presidential Suite, di reka mengikut konsep moden kontemporari dengan tiga warna yang berbeza tema, hijau, maroon dan biru. Di aras BlueWave Club, lengkap dengan Lounge Club peribadi khas disediakan untuk memenuhi keperluan business travelers.
Of courselah memula sekali, jemput tengok bilik kitaorang untuk weekend tuh ye
comey kan
dia ni kena tunggu abis aku amik gambar baru boleh baring kat katil ek
connecting door untuk ke bilik sebelah, kalau bawak family amik bilik ni
Kesemua bilik di lengkapi dengan IDD lines, wifi, satellite TV channels, mini fridge, coffee and tea, personal in-room safe, bathtub with shower, hair dryers dan electronic looks.
Jom aku bawak korang melawat bilik-bilik lain ek.
Deluxe Room (Single Twin Bed)
Ni untuk mereka yang datang dengan kengkawan ke, sorang ke kena outstation kan. Sesuai bilik ni. Comey je tak de besar mana pun.
Bluewave Club Floor (Deluxe Suite)
Sekali 3 bilik kitaorang pi melawat ek,warna-warni tema biliknya kan. Luas luas luas seronok ooo bila masuk ke dalam bilik ni. Bilik airnya pun unik sket cam tersorok gituh.
Presidential Suite (King Size)
Ini merupakan bilik paling mahal di Grand BlueWave Hotel ni, berharga 7,500 semalam. Normally VVIP, Politician yang menginap bilik ni sebab semua facilities ada macam bilik meeting luas, ada business centre sendiri, ada small kitchen dan jakuzi yang awesome. Berbaloilah dengan harganya kan
Abis dah room tour di Grand BlueWave Hotel ni, sempat jugak kitaorang tinjau beberapa kemudahan yang ada macam swimming pool, playland for kids, gimnasium.
Ok itu baru suku je aktiviti eh ada lagi tau aktiviti yang best-best kitaorang attend. Kalau citer kat sini memang penat korang nak baca so stay tune ekkkk
Jom kita ke
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5511 8811
Thank you Grand BlueWave Hotel untuk staycation yang best ni, dah lah best yang bertambah lagi best dapat bercuti dengan kengkawan sekali hehehehehe
alaaaa nak jugakkk, apesal tak dapat nih! jellynyaaa.... muahahaha....
ReplyDeletecantiknya bilik hotel ini
ReplyDelete