Monday, October 31, 2016

Program ‘ReNew+’ Dari CompAsia, Membolehkan Telefon Pintar Mampu DiBeli Setiap Tahun

Hi Korang, 

Syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung iaitu ComputerAsia Sdn Bhd (jenama 'CompAsia') pada hari ini melancarkan satu program pemilikan yang bijak digelar “ReNew+’’ yang dijangka dapat mengubah cara bagaimana pengguna akan menjual-beli telefon pintar mereka di negara Malaysia, Singapura dan Filipina. 


Pelancaran ReNew+ ini adalah merupakan satu langkah perintis yang tidak pernah diterokai oleh mana- mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu. 

Baru-baru ini aku sempat ke media launch bagi program terbaru dari CompAsia iaitu ReNew+. 


CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaikpulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, mengubah suai dan seterusnya memasarkan semula peralatan elektronik pengguna yang terpakai ini. Perkakasan elektronik yang dibaikpulih untuk penggunaan semula adalah termasuk pelbagai komputer riba, komputer meja, laptop, monitor, pelayan web, komputer tablet dan telefon pintar yang akan dijual menerusi kedai online sendiri (www.comp-asia.com) dan juga melalui rangkaian pengedaran yang terdapat di seluruh negara. Pada hari ini dan empat tahun kemudian, CompAsia telah berjaya melebarkan sayapnya menembusi pasaran Singapura dan kini Filipina dalam usaha merealisasikan matlamatnya menerajui industri ini sebagai pembekal peralatan elektronik dan telekomunikasi gunasemula yang terunggul dan juga profesional di rantau Asia. 


Kemunculan ReNew+ yang pertama pada hari ini telah membolehkan telefon pintar baru semakin mampu dibeli pada setiap tahun. Program naik taraf (upgrade) yang lebih bijak ini telah memperkenalkan tawaran produknya yang pertama – pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru dan disamping itu juga pembeli dapat memulangkan iPhone mereka in selepas selesai pembayaran 12 bulan mereka bagi melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan susulan upgrade maupun dikenakan sebarang yuran pembatalan. 

Pembeli hanya dikehendaki membeli iPhone terbaru ini dari kedai online CompAsia (www.compasia.com) ataupun dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ ini. Dianjurkan melalui Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka. Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak. 


Secara ringkas, ReNew+ yang bercorak unik ini direka khas untuk menawarkan pilihan yang lebih bijak kepada pengguna yang ingin menaiktaraf telefon pintar mereka setiap tahun. Namun ia tidak serupa dengan pelan tradisional lain yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan kerana ReNew+ ini membebaskan pengguna daripada terikat kontrak dengan syarikat telokomunikasi selama dua tahun. Program upgrade ini amat fleksibel sekali kerana ia membenarkan pengguna bebas memilih samada syarikat telekomunikasi sendiri maupun bersambung semula sahaja dengan yang sedia ada. Yang amat menarik sekali ia memudahkan pengguna bebas untuk menukar syarikat telekomunikasi walaupun selepas 

12 bulan tanpa sebarang kerumitan susulan pembatalan kontrak dua tahun dengan syarikat tersebut. 

So bagaimana cara ReNew+ dilakukan? 


Langkah 1: Beli telefon iPhones terbaru di CompAsia's online store (www.compasia.com) atau dari mana-mana store yang menyertai program ini. 

Langkah 2: Buat bayaran menerusi Maybank Credit Card dan sertai Maybank's EzyPay untuk plan interest percuma sehingga 24 bulan. 

12 bulan kemudian... 

Korang dah boleh ‘trade-in’ dan dapatkan iPhone keluaran terbaru tanpa upgrading atau termination fees! 


"Pada tahap permulaannya, ReNew+ dilancarkan hanya untuk menawarkan program upgrade bagi telefon pintar iPhone sahaja memandangkan terdapat permintaan tinggi di pasaran jualan semulanya dan juga peranti ini merupakan iOS premium yang berharga tinggi dan masih tidak mampu dibeli orang ramai terutama mereka dari pasaran Asia yang sedang membangun. Selain itu, pengguna iPhone didapati lebih cenderung dan kerap kali menaiktaraf telefon pintar mereka jika dibanding dengan pengguna jenama lain," ujar Julius Lim, Ketua Pegawai Eksekutif CompAsia. 

Harganya bagaimana pulak? 


IPHONE 7 | IPHONE 7 PLUS 

32GB: RM160/month | RM190/month 

128GB: RM185/month | RM215/month 

256GB: RM210/month | RM240/month 


Lim turut mengumumkan, "ReNew+ yang dianjurkan oleh CompAsia ini akan menawarkan lagi satu program upgrade istimewa pada awal tahun ini khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android. Program ini akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baru yang sama mewah tetapi berjenama lain.”

ComputerAsia Sdn Bhd
Suite 2.04 Level 2,
Wisma Academy,
No. 4A, Jalan 19/1,
46300 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Website: my.compasia.com
Facebook: fb.com/CompAsiaMY
Twitter: @compasiamy
Instagram: @compasiamy

Business Hours:
Monday – Friday, 8.30am – 6.00pm 
Closed on Saturday, Sunday and Public Holiday



2 comments:

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!