Thursday, June 16, 2016

REVIEW | L'oreal Paris Revitalift Filler (HA) Essence & Cushion Cream

Hi Korang,

Dah lama tulis pasal produk L’Oreal ni ek tapi telupa nak publish hehehhe


L'Oreal Paris telah memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit tambahan iaitu Revitalift Filler (HA).

Pada masa ini, hanya terdapat 2 produk di bawah rangkaian ini, iaitu Micro Volumizing Essence and Revolumizing Cushion Cream. Kulit muda bukanlah semua tentang kedut atau garis-garis halus, tetapi ianya juga tentang kegebuan kulit. Selepas 10 tahun penyelidikan biologi, hari ini makmal L'oreal telah mencipta produk tersebut yang dirumus khas untuk rawatan anti-penuaan. Mikro-saiz asid Hyaluronic adalah mampu untuk menembusi jauh ke dalam kulit dan menyerap dengan cepat.

Hebat kan..

Itulah aku ni pun baru je tau

Ok aku citer secara ringkas mengenai kedua-dua produk ni ek.


Revitalift Filler (HA) Micro-Volumizing Essence

Kandungan intipati mengandungi 100mg asid Hyaluronic yang tulen. Packagingnya unik kan, panjang dan bulat, senang nak bawak ke mana saje. Digunakan pagi dan malam sebelum krim pelembap muka

Cara nak guna :-



Just pam 1-3 titik dan sapukan keseluruh muka termasuklah leher ye. Penting tu tau. Ianya ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit muka


Revitalift Filler (HA) Revolumizing Cushion Cream

Merupakan pelembap muka yang mengandungi asid Hyaluronic pekat yang ditambah dengan Fibroxyl.


Krim yang mempunyai tekstur yang lembut dan licin. Kulit terasa terhidrat dan sangat lembut semasa di sapu. Ia tidak berasa berminyak, bagus sebagai asas solekan. Walau bagaimanapun, ia mengambil sedikit masa untuk menyerap dan bau wangian adalah agak kuat. 

Bagi aku :

Aku sempat menggunakannya selama seminggu pada waktu malam je dan aku dapati garisan kulit muka ada berkurangan sket, agaknya kalau aku pakai lagi lama mesti hilang terus fine lines tuh semua.


Kepada mereka yang duk tercari-cari krim anti penuaan ni, boleh mencuba produk terbaru daripada L’Oreal Paris ni kan, sesuai bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas ek.

Untuk info lanjut, korang boleh check it out di

Website : 

Facebook : 




3 comments:

  1. harganya pun mesti hebat jugak kan..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Menarik gak produk ni.. Tapi syg Kak Diamond tak serasi dgn rangkaian produk Loreal.. Huhu~
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!