Hi Korang,
Lama tak citer pasal makan-makan ek
Asyik citer pasal event je, boring plak korang baca kan. Aku pun kekadang boring gak tapi nak buat cam ner mak kan kaki event noks so tulis sajor lah.
Last week team #BloggerKakiMakan dapat undangan makan-makan ke salah satu restoran di IoI City Mall Putrajaya ni. Ermm dekat dengan area rumah so ktorang set time for dinner. Blogger Hazman dengan Sohouque Explorasa tak dapat join sebab ada hal huhuhuhu. Tak perlah bertiga pun ok gak kan.
Simple je deco dalam restoran NINE CHEFS ni.
Yelah datang untuk makan tak kan nak serabut otak tengok hiasan-hiasan yang tak bersesuaian kan. Sementara nak tunggu makanan sampai, sempat je ktorang interview owner restoran ni Mr Tan. Muda-muda lagi dah ade restoran ek hebat lah..
Unikkan nama restoran NINE CHEFS, so aku pun tanyalah kenapa NINE CHEFS. Ada 9 orang chefs kat kitchen time tuh hehhehe bukanlah wei. Sebenarnya NINE CHEFS ni merupakan penjelajahan beberapa orang chefs ke seluruh negara iaitu 9 negeri khususnya untuk mencari rahsia makan-makan tempatan/tradisional dan di upgradekan di dalam bentuk ala fusion. Yelah makanan turun temurun nenek moyang kita kan, mestilah kena di warisi supaya tak lekang dek hujan, tak lapuk dek panas.
Kedondong Asam Boi, Apple Asam Boi dan Nine Chefs Coffee. Kopi tu aku punye lah kan
Coconut Blend - specialty kat sini
Watermelon lychee
Minuman pilihan kitorang iaitu Kedondong Asam Boi, Coconut Blend, Apple Asam Boi dan Nine Chefs Coffee Special.
Mari mulakan dengan Appetizer (Pembuka Selera)
Fried Salted Egg Sotong (RM15.90)
Fruit Rojak (RM12.90)
Deep Fried Chicken Wings served with House Dip (RM15.90)
Ketiga-tiganya ranggup, crispy, garing dan sewaktu dengannya. Sedap di makan ketika panas-panas especially sotong tu lah. Rojak not bad, ikan bilis ranggup.
Kemudian Main Dish (Menu Utama)
Nasi Lemak Combo (RM23.90)
served with sambal, hard-boiled egg, roasted peanuts, fried anchovies, and keropok
Nasi Kerabu served with Daging Salai (RM19.90)
served with salted egg, solok lada, sambal and keropok
Masak Lemak Daging Salai (RM18.90)
served with salted egg, sambal and keropok
Ikan Pari Bakar (RM18.90)
served with salted egg, sambal and keropok
Kerabu Fried Rice served with Chicken Wings and Percik Sauce (RM16.90)
Fried Laksa (RM15.90)
Sambal sotong kat nasi lemak tu masyukk, tak sedap walaupun nampak merah kan. Nasi goreng kerabu tu unik, rasa still ada. Siapa sangka laksa boleh di goreng, awesome sungguh la kan. Portion daging salai pun beso, daging banyakk
Dan di akhiri dengan Desserts (Pemanis Mulut)
NineChefs Pisang Cheese Combo (RM16.90)
Nampak cam biasa je, tapi sedap oo sebab gabungan cheese, oreo dan chocolate tu yang menaikkan lagi rasa pisang goreng tu tau. Rasa tak cukup je kalau betul-betul lapar hehehehhe
Hah amik ko makan kemain banyak lagi kan. Memula nampak sket je tapi bila sepinggan datang non stop rasa cam mau pengsan hehehhehe. Nasib baik datang berlima kalau bertiga je ermm payah nak abiskan kesemua menu-menu makanan yang hebat ni.
pompuan gemuk memang kuat makan
Walaupun menu tradisional ini di fusionkan tapi rasa tetap original. Sama je dengan rasa asal, itu yang aku salute. Pandai sungguh chef-chef belajar menu-menu tradisional ni kan.
Ok sebelum balik, ktorang team Blogger Kaki Makan ni menghadiahkan Pannet sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan kepada NINE CHEFS kerana sudi menjemput kami.
Hopefully kalau ada lain kesempatan, mesti ktorang singgah lagi kemari.
Kalau korang nak singgah ini alamatnya :
NINE CHEFS
GE11, Ground Floor,
Symphony Walk,
IOI City Mall, Lebuh IRC,
IOI Resort City,
62502 Putrajaya
Telefon : +603 8959 8026
Website : www.ninechefs.com.my
Facebook : www.facebook.com/ninechefs
Instagram : www.instagram.com/ninechefs
BUSINESS HOURS
Mon – Thu, Sun: 10am - 10pm
Fri - Sat: 10am - 11pm
All the best to restoran NINE CHEFS. Semoga berjaya menghidangkan all time Malaysian favourite menu yang bakal menjadi sebutan orang ek.
Aku of course akan singgah kemari lagi kan.
salted egg sotong tu macam telah menggangu jiwa illy, kena terjah ni satu hari :)
ReplyDelete