Hi Korang,
Tengok betapa sibuknya aku sampai hamper terlupa dengan event blogger gathering ni.
Asyik buka kat hotel je, sekali sekala buka kat restoran plak makan steamboat dan yong tao foo pun best jugak.
Aku berkesempatan untuk je majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, media dan geng bloggers yang lain anjuran EwanaFM di Pak John Restoran E-Curve Damansara ni. Sebelum ni aku pernah ke sini pun food review, so dah taulah tempatnya kat mana kan.
Kira aku sampai cam on time gituh, so dapatlah tempat sebelah blogger makan Madi. Ermm best ni ada sparing partners. Confirm makan macam-macam kan. Ok orang keep coming, sampai penuh dengan orang je dalam area restoran PakJohn ni. Syukur ada seat tau..
Ok ok citer pasal event plak.
bos besar EwanaFM
Pelancaran Album Raya Ewana Fm dan Raikan anak-anak yatim
Aku pun jarang-jarang dengar radio Ewana FM (online streaming) ni but ramai bloggers yang citer not bad jugak pengisiannya coz kita boleh berinteraksi cara langsung dengan DJ yang bertugas 24 jam tanpa henti siarannya. Banyak segmen yang dibuat oleh Ewana FM ni yang takkan membosankan pendengarnya dengan kaletah DJ radio yang ada.
Jadi kalau korang nak dengar korang bolehla pergi ke http://www.ewana.fm/
FACEBOOK : Ewana Fm
Dan pada 10 Julai 2014, Ewana Fm telah melancarkan Album Raya 2014 mereka. Ramai artis yang turut serta memeriahkan majlis ini seperti Ana Rafali dan ramai lagi.
Ktorang dan semua para hadirin diperdengarkan lagu-lagi dari album tersebut tau, nyanyi LIVE lagi ek
Selain itu juga, majlis diraikan bersama-sama anak-anak yatim dari Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah di Cheras. Kanak-kanak ini mendapat sumbangan sebanyak RM3000 dari Pak John Steamboat. Ermm dapatlah diorang ni buat belanja di hari raya nanti.
Mari citer pasal makan plak, haruslah korang tertunggu-tunggu kan
ni baru letak untuk di grill
ktorang pilih kuah tomyam untuk steamboat, pedas tapi sedap
makan tempura dan dimsum sementara tunggu steamboat masak
Disebabkan ini kali kedua aku ke restoran PakJohn ni, so selok belok kawasan ni aku dah hafal dah. Kat mana dessert, bahan-bahan yong tao foo, bahan grill, ice-cream, waffle, buah-buahan kan. So kita serbu tempat-tempat yang di jangka akan menjadi hot item kan.
So untuk hidangan ramdhan buffet 2014, Pak John Steamboat menyajikan beberapa hidangan istimewa yang bersesuaian dengan bulan puasa iaitu Rendang Ayam, Rendang Daging, Kepak Ayam Coke, Nasi Tomato, Tempura Sayuran, Pulut Ayam Sambal XO dan Bubur Ramadhan.
Di antara yang aku suka adalah
Rendang ayam
Rasanya enak, cukup segala rempah ratusnya macam style mak-mak kita masak
Dimsum
Pelbagai jenis dimsum yang ada dalam buffet line ni, semua sekali aku ambil dan rasa
Kepak ayam Coke
Ini terbaek, nampak macam ayam kicap tapi perisa coke. Tak berapa manis dan sesuai dengan tekak aku
Pulut sumbat sambal XO
Ini kira macam makan pulut panggang gituh, sambalnya tak berapa pedas dan pulut pun lembut
Waffle ice-cream
Ya ampun, ini memang hot item. Sebab sedap tak terhingga, wafflenya garing dan di tambah dengan ice-cream coklat yang marbeles. Ermm meleleh plak air liur ni kan.
Untuk pilihan steamboat dan Yong Tau Foo, ada 4 jenis hidangan sup iaitu Tomyam Soup, Curry Soup, Chicken Soup, Miso Soup dan Beef Bone Pepper Soup. Korang boleh pilih sup yang mana berkenan kat tekak korang kan.
Terima kasih juga kepada komuniti Hai Blogger terutama Halim Brother yg banyak bagi peluang kepada para bloggers especially aku untuk rasai pengalaman ini. Seronok buka ramai-ramai dengan bloggers ni sambil main masak-masak kan.
Meh tengok video ni
Nak pi jugak, meh klik kat link bawah ni untuk segala details ye
Website :
Facebook :
Cawangan Pak John Steamboat
Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913
ATAU
Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898
Tetiba mood lapar datang plak ek!
Iday pernah makan dekat e-curve sehari sebelum puasa hari tu. Banyak betul pilihan makanan dan sup. Iday suka. lagi pon murah dan berbaloi-baloi. hehehe :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak lily, terliurnya sheila tengok T____T"
ReplyDeleteNampaknya bila bulan puasa lagi hebat dan happening diorang nie...hope ada lagi macam anjuran ewanafm dan pak john restaurant....
ReplyDeleteAs-salam. Wahh .. seronoknya nampak majlis ni. Ada retis lagi. :) Hmm meraikan anak-anak yatim, bonus buat amal di bulan ramadhan.
ReplyDelete