Hi Korang,
Memandangkan
bulan September ni bulan kelahiran aku, rasa-rasanya nak gak cari perfect gift
untuk hadiahkan diri sendiri kan. Tak boleh nak harapkan orang lain je bagi
hadiah kan, kecuali Mr Big yang mesti kasi aku hadiah tak kira masa ye.
Teruk punya
wife ek
So aku
mencari sesuatu yang dapat mengembirakan hati dan selesa serta sedap mata
memandang. Ewah, macam nak cari kekasih gelap plak. Oit tak terlintas langsung
di hati ni tau.
Mungkin aku
nak hadiahkan diri aku sendiri, 2-3 helai dress, sepasang kasut, 1 handbag dan
2-3 aksessori gituh tak kiralah rantai ke, earings ke, fancy cincin kan. Bukan
apa, lama benau tak bershopping asyik duk sibuk pi event ke hulu hilir je.
Bukan apa
segan plak asyik pakai baju recycle kalau pi event kan. Walaupun orang tak perasan
tapi aku sendiri rasa malu. Mr Big cakap aku ni bukan artis pun, orang bukan
kisah pun. But for me, even t-shirt pun aku memang jarang recycle kalau pi
event.
Ishk
perangai cam diva sangat, padahal poyo je lebih hahahahaha
Penat dah
rasanya berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Dah bukan 1-2 shopping
centre malah lebih dari 3 mall sekali aku berjalan weekend lepas sampai penat
kaki mak aku siap dia kata ko pi cari sendiri, biar mak duk minum je dengan
laki ko tuh. Sudahnya tak de beli apa pun, setakat belikan baju untuk anak
sedara aku yang nak balik next week nanti.
Itulah
orang pompuan, memang leceh. Ntah apa yang duk belek pun tak tau lah, kata Mr
Big kan. Sebab tu dia malas nak ikut aku lagi berjalan kecuali pi beli barang
dapur je.
Then dia
duk suggest, why not you buat je online shopping di Zalora Malaysia. Kan senang
memacam ada.
Ye tak ye
plak. Aku memang jarang membeli belah barangan wanita secara online ni. Yelah
takut macam-macam jadi kan.
Tengok baju
dan kasut memang cantik-cantik tapi memandangkan saiz badan aku yang
sedang-sedang aje dan comel ni, maka tak beranilah aku nak beli kan. Walaupun
kita boleh pulangkan balik dalam masa 30 hari but aku malas nak pi pejabat pos
tuh.
Ntahlah dah
carba marba plak dalam hati aku ni nak beli apa, padahal dah plan bagai.
Sudahnya semuanya jadi rambang mata dibuatnya.
Kena fikir
dulu sebelum gatal klik kat website Zalora Malaysia ni, check it out budget
dulu samaada cukup ke idok nak beli banyak barang ni. Tapi sekali sekala
belanja untuk diri sendiri apa salahnya berlebih sket kan.
Korang
tunggulah nanti apa pilihan hati aku, jadi ke tak aku online shopping ni ek.
Hi kak lily :) . Im new comer lifestyle/beauty blogger hehe~. Aqey nak share from my opinion la dh prnh beli kt zalora,baju dia lawa memang lawa xpi masa tgk2 kt real hmm faham2 jela ~_~
ReplyDeletehi kak lily im still new in lifestyle/beauty blogger new comer lgi :) . Btw aqey dah prnh beli kt zalora brg yg dia tnjk dalam tu kemain lawa dup-dup sampai inalilah ~_~ xlawa mana sgt.
ReplyDeletewhoaaa.... dah jadi duta Zalora la pulak skang yea...sempoi laaa
ReplyDeleteOk la tu beli hadiah untuk diri sendiri =)
ReplyDeleteThank you for sharing this post and i hope keep posting.
ReplyDelete