Wednesday, August 7, 2013

Mencari Workshop Kereta Bukannya Mudah, Untung Ada CARAMA

Hi Korang,

Yeah, dapat pun tulis tips SAYANGI KERETA ANDA. I like!

Aku bila bab nak cari workshop untuk service kereta ni memang payah.

Lebih-lebih kat tempat yang aku tak biasa. Macam kat area Bangi ni, aku belum jumpa lagi workshop yang betul-betul aku kenal mekaniknya. Sebab tu aku biasa pi service kereta kat area Sri Rampai, tempat rumah lama aku. Dah biasa kat situ.

Di antara masalah kita sebagai owner kereta bila bab memilih workshop ni ialah

1. Kita tak tau betul ke kita bayar harga yang betul dengan service yang kita buat tuh.

Memang ye, payah nak jumpa website yang senaraikan harga spare parts dan tempat service kan. Itu yang takut kita terlebih bayar tuh.


2. Kita tak sure boleh ke kita percaya dengan mekanik kereta tu kan

Itulah dia, memang banyak workshop dan mekanik dalam KL ni. Kekadang tu nampak mekanik ni cam iya iya je tapi ntah betul ntah tidak kan.


3. Kita tak pandai langsung bab kereta ni 

Yelah kalau kat sekolah dulu ada belajar kan bagus. Tak de plak subject kereta dalam sylibus. Sebab tu kita tak pandai.


Kalau tak caya, korang tengoklah graph yang aku letak tu kan.

Betul tak ? haruslah betul.

Ok ok pernah dengar CARAMA tak?

La tak pernah ke, meh aku citer sket lah untuk pemahaman korang ek.

Dengan masalah-masalah yang aku citer kat atas tu tadi, CARAMA telah mengajak aku untuk bantu rakyat jelata marhaien kita-kita ni mendapatkan mekanik yang di boleh di percayai. CARAMA yang akan di lancarkan dalam bulan ni, merupakan satu laman web yang direka khas untuk kita-kita yang buta pasal kereta ni mendapatkan maklumat, informasi mengenai workshop kereta, harga spare parts, mekanik dan memacam lagi.

Lagi plak tuan punya kereta boleh memilih workshop kereta berdasarkan kualiti, specialization, kemudahan, rekomen dari experts dan juga review dari tuan punya kereta yang lain

Sempena Hari Raya yang tak sampai 24jam lagi ni, CARAMA ada bagi tips keselamatan kereta yang aku rasa bagus untuk aku kongsikan pada korang.



Cuma 8 langkah je sebelum balik kampung.

Ok selamat sampai ke kampung halaman korang yang di cintai

Aku ni pun lepas kerja kang baru terhegeh-hegeh nak balik kampung. Tapi tak per biar lambat asal selamat.


2 comments:

  1. Aku dh test ari tu masa cari bateri kereta.. Memang mudah

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Rakan-Rakan Blogger ..
    Blogwalking Malam Raya...hehehehe.

    Dari Hanif Idrus Blog and Family.
    Thanks be my friend

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!