Hi Korang,
Bila Michelle The approved aku untuk review MIVVA Beauty box ni, aku bukan main suka lagi. Mana taknya, dapat cuba pelbagai produk kecantikkan yang bagus dan berkualiti tinggi.
Untuk April edition ni bertemakan GALAXY.
Wah macam angkasawan nak terbang ke bulan plak kan.
Tengok ni kotaknya bukan main cantik lagi, amat sesuai di panggil beauty box coz gambar-gambar depan kotak tu semuanya kosmetik.
Jom tengok apa ada dalam MIVVA beauty box ni
1. B.LIV Off With Those Heads Blackheads Sebum Gel (RM139 for 30ml / RM179.90 for 45ml)
Merupakan gel untuk menghilangkan bintik putih dan bintik hitam di kulit muka. Selalunya kat hidung yang banyakkan. Aku dah cuba, tak rasa sakit pun. Rasa hidung putih je lepas guna tau.
2. BEAUTYMATE Purifying and Brightening Nano Essence (Full-sized!) @ RM69.90 (30ml)
Contains Gentiana Lutea Root Extract and Black Pearl Powder that can effectively brighten and hydrate skin, minimize melanin and spots, and improve dull skin tone.
Dapat botol saiz besar tuh. Aku cuba sket je dulu, not bad. Cepat je serap ke dalam kulit once aku sapu kat muka. Rasa ringan je muka, bau pun sedap.
3. TIMELESS TRUTH Charcoal Deep Whitening Mask (Full-sized!) @ RM10 per piece
Membantu mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam dan melembap sambil menyerap kotoran degil. Ni yang tak sabar nak cuba.
4. Keratin Silk Protein Hair Care
Hair Shampoo @ RM49.90 (620ml)
Hair Pack @ RM49.90 (500ml) / RM79.90 (1000ml)
Contain keratin protein and silk protein which is the components of hair that keeps hair healthy and silky. It restores damaged hair due to frequent dye and styling.
Ini aku belum cuba lagi. Tapi mengikut kat beauty blogger OhFishiee, Cara pakainya, lepas bershampoo, letak hair pack tu ikut suka korang dan urut kulit kepala selama korang suka dan bilas. Lepas tu barulah letak conditioner. Jadi rambut korang tak delah terputus dengan mudah. Oh harus cuba, harus cuba!
5. SF BEAUTY Skin Perfect Glow Sunscreen @ RM125 (30ml)
An effective sunscreen to enhance your skin's UV protection, moisturizes skin and acts as concealer.
SF BEAUTY Skin Remover Cleansing Gel @ RM100 (150ml)
Cleanses your skin effectively, wet or dry! The 2-in-1 remover cleansing gel features a ground-breaking adhesive gel that removes your makeup, heavy or light, cleans dirt from pores and eliminate grease in one effective wash.
Ini salah satu brand baru ni. Set penjagaan kulit muka. Dia punya cleansing gel tu nampak bagus coz boleh tanggalkan make-up sekali tak kira tebal ke nipis solekan korang tuh.
6. O'SLEE Rosehip Beauty Solution Advance Formula III @ RM59.90 (100ml)
Contains 7 enhanced skincare benefits-- moisturising, whitening, UV-oxi protection, pore-refining, blackhead reducing, enhancing the absorption ability and relaxing.
Boleh digunakan sebagai toner muka tak pun losyen badan, wangi bau bunga ros. Lembut lagi.
7. STRIP Voucher: FREE Underarm Wax Treatment @ RM32.50
Apa lagi bolehlah pi buang bulu ketiak kan, bestnya
8. Hair Chalk
Ini benda baru. Masa memula bukak, ingatkan kapur papan hitam tadi. Then lepas baca kat GALAXY note card tu, baru tau ianya pewarna rambut. Cara guna, basahkan sket kapur dengan air kemudian dan boleh sapu kat rambut, boleh di tanggalkan bila terkena air.
9. Shopping List Notepad
Eh, ada shopping list notepad plak. Ini sudah bagus. Senang nak kepit kehulu kehilir,letak je dapat handbag. Selalunya kalau nak beli barang-barang dapur aku buat list. Maklumlah faktor usia yang membuatkan aku selalu lupa
Apa yang aku suka dengan MIVVA Beauty Box ni
1. Untung sesangat. Aku rasa total semua sekali dalam RM200++ cam tu, but kalau subscribe baru RM38 per box. Jimat kan
2. Banyak skincare yang aku jarang dengar namanya, so dapat merasa mencuba kan.
3. Dapat kotak cantik dan FREE. Boleh buat simpan sample lagi
Syiok kan.
Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni
Subscribe for a month at RM38 each,
or RM114 for 3 months with 190 points,
or RM228 for 6 months with 570 points.
More information available at www.MIVVA.com
Facebook: fb.com/MIVVAcom
Twitter: twitter.com/MIVVAcom
Instagram: instagram.com/ MIVVAbeauty
Memang serious murah lah bagi aku. Barang pun banyak dapat. Saiz kecik-kecik ni senang nak bawak travel. Betul kan.
Memang berbaloi! Ada register utk beauty box lain tak? Yang paling cepat habis lilacbox tu kan? huhu...
ReplyDeleteOrang perempuan suka la kalau benda-benda macam ni kan. huhu
ReplyDeleteBestnyer... Banyak plak tu barang yg ade kat dalam kota.. Paling penting kotak tu cantik!
ReplyDelete