Hi Korang,
Hari tu sempat gak aku ke event Pencarian Duta Schwarzkopf di Aeon BIG, Mid Valley Megamall. Schwarzkopf tu jenama produk penjagaan rambut la. International brand tuh.
So road show pencarian Duta Schwarzkopf 2012 berlangsung selama enam minggu dengan menampilkan produk-produk runcit penjagaan rambut, pewarnaan rambut dan penggayaan milik jenama itu. Sebagai syarat menyertai pencarian, seseorang hanya perlu membeli mana-mana produk runcit Schwarzkopf bagi melayakkan diri menerima tatarias percuma termasuk dandanan rambut, solekan dan sesi fotografi profesional. Semua yang menaruh harapan membawa pulang cetakan 4R percuma imej diri mereka yang baru, lengkap dengan bingkai gambar Schwarzkopf yang direka khas.
Daripada 243 peserta muda lagi memberangsangkan diambil dari jelajah Pencarian Duta Scwarzkopf yang diadakan di kolej-kolej utama dan universiti terpilih di Lembah Klang, 10 pemenang terpilih mempunyai pakej lengkap iaitu bergaya menarik, berkarisma dan berjaya menulis slogan kreatif mengatasi yang lain.
Untuk sepanjang 2013, Ooi Joshua, Loo Lyn Shia, Toh Han Ying, Leong Hung Jeng, Tan Xue Fen, Yap Foo Khiew, Shailini Nair, Tan Jia Tong, Nik Azrul Aimanshah b. Ibrahim dan Lee Sing Yee, akan dilimpahi dengan bekalan selama setahun produk-produk runcit penjagaan dan penggayaan Schwarzkopf dan dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis dan aktiviti publisiti korporat serta majlis rasmi
“Kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk pencarian ini. Daripada gambar-gambar peserta yang mengambil bahagian, boleh saya katakan bahawa golongan belia di Malaysia adalah sekumpulan muda-mudi yang jelita disertai personaliti cukup menarik; tiada kekurangan bakat di sini! Walau bagaimanapun, 10 Duta Schwarzkopf yang baru, dipilih berdasarkan keyakinan bersahaja mereka, personaliti yang mempesona dan bertenaga, yang kami percaya melambangkan jenama Schwarzkopf dengan tepat. Kami percaya mereka mampu mewakili jenama ini dengan baik,” kata Encik Markus Daburger, Pengurus Besar Henkel Beauty Care – Cosmetics Retail, Malaysia & Singapura, di majlis anugerah PencarianDuta Schwarzkopf 2012.
Produk-produk runcit Schwarzkopf, termasuk produk penjagaan rambut siri Extra Care, produk pewarnaan di bawah jenama Freshlight dan Palette serta produk penggayaan siri Got2b, kini boleh didapati di farmasi, hypermarket dan pasaraya terpilih bermula bulan Jun tahun lalu.
Produk-produk runcit Schwarzkopf juga boleh didapati di kesemua 26 cawangan Carrefour yang kini dikenali sebagai Aeon BIG, selepas pengambilalihan Carrefour oleh Aeon Co (M) Bhd baru-baru ini.
Ini adalah di antara produk terbaru keluaran Schwarzkopf
ULTIMATE REPAIR BI-PHASE TREATMENT SPRAY RM 29.90
Schwarzkopf Extra Care Ultimate Repair & Gloss Treatment is a light and easy spray containing liquid hair technology with liquid keratin to fill the gaps in the hair cuticle repairing the hair from the inside to the surface using identical particles. The mask treatment provides intensive repair results.
HYDRO COLLAGEN EXPRESS REPAIR DAILY TREATMENT SPRAY RM29.90
Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Leave In Conditioner delivers intensive regeneration and moisture that repairs the hair structure and smoothes the hair surface while leaving it completely comb-able.
Apa macam? Kalau pakai ni mesti rambut jadi cantik dan bermaya lah.
Produk-produk Schwarzkopf kini memberi peluang kepada kita untuk menikmati produk penjagaan dan penggayaan rambut profesional dan berkualiti pada harga yang mampu dimiliki.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Schwarzkopf di Malaysia, produk-produk serta perkembangan dan aktiviti 10 duta baru tersebut, layari laman Facebook Schwarzkopf Malaysia di https://www.facebook.com/SchwarzkopfMY
Ok ok jom cer cepat pi cuba ek
ala...terlepas la pulak sis...tapi memang suka event2 makeover cenggini...heee...bila lagi kan?
ReplyDeleterajin jugak sis ni gi event sana sini ek? saya dulu rajin...lepas x der kaki... terus duduk senyap2...ekekeke...
perghhh sialah yg terpilih utk menjadi duta mereka ini nnt ek.. mestiii cunnnn punya hehe
ReplyDeletehurmm.. harga pun okey tu...takde la mahal sangat tu...
ReplyDelete