Saturday, March 27, 2010

My Date Night

Morning korang,

Nie nak cerita pasal my Date Night antara aku dengan mrBig. Masa bercinta dulu memang kitaorang selalu dating malam disebabkan siang tu kitaorang busy kerja. So time malam lah masa untuk ktrog memadu kasih. Ishk korang nie, kesitu 18SX je kan korang fikir ek?

Normally atau port yang selalu ktorang hang out adalah dalam area Petaling Jaya. Nak tau sebab apa? PJ nie kawasan tengah diantara KL dan Subang Jaya. Masa tu mrBig duk KL, aku plak kat area Ara Damansara tu. So area PJ adalah tempat yang paling perfect untuk jumpa. Maklumlah masing-masing nak jimat, kumpul duit untuk kawinlah katakan. Lagipun mrBig training rugby kat Padang Utara, seberang jalan je dengan Amcorp Mall nie.
So selalunya dalam kul 9pm kitorang jumpe kat Amcorp Mall. Kitorang tengok wayang kat situ, kat sini crowd pun tak ramai dan harga tiket pun murah sket. Eventho masa tu umah mrBig betul2 dekat gila dengan KLCC, tahan ktorg melepak kat Amcrop Mall, semata2 nak jumpa aku dan semestinya nak jimat. Selalunya lepas abis wayang, ktorg akan dinner kat A&W restaurant kat dekat Amcrop Mall tu kan, sebab ia 24jam so lama boleh hang out sket, kekadang tu sampau kul 4-5pagi. Selalunya ktorg borak2 sambil makan. Sebab tu korang perasan tak, size badan ktorag sesame membesar bagai johan, mana taknya asal dating je supper kat A&W, dah sama besar dengan perut maskot tu kan.

Pas tu ktorg akan lepak kat tepi padang sebelah A&W nie. Actually ramai gak orang lepak malam2 kat padang nie. Ada yang jogging dalam padang nie, yang main RC car kat pathway nie. So ktorg leka melayan kerenah orang-orang yang berada kat sini. Korang ade ke dating cam nie? tak de kan. Nie experience tau.
 Ini adalah diantara my date night yang aku rasa pelik tapi best. Yelah masa tu, duk sorang diri kat KL ni, dengan tak de sesiapa kan, family aku kat JB masa tu. SO nasib baiklah mrBig ada untuk jadi peneman setia aku .

So bila dah kawin nie, terasa jarang plak ktorang kesana. Yelah nak buat apa lagi kan. Tapi bila ktorang lalu area PJ nie, mesti ktorang singgah lepak kejap untuk mengimbas kembali time2 masa bercinta dulu. Seronok tau sebenar nya. Amcrop Mall nie banyak menyaksikan kejadian pelik tapi benar, tragis, gembira antara aku dengan mrBig. Nak citer? Nantilah bile ade time aku citer kat korang tau.

Sebenarnya aku tulis entry pasal my date night, kerana ia merupakan contest untuk ahli-ahli Glitterati Nuffnang iatu untuk menonton Premiere Screening - Date Night ni secara percuma. Bila aku baca dalam sinopsisnya mesti kelakar kan.
Kalau korang nak tau lagi, nuffnang berikan pass2 percuma nie kepada 90 ahli Glitterati bersama partner mereka untuk menonton movie nie secara percuma di TGV I Utama. Segala details korang boleh click kat sini:


So cepat2 korang tulis entry nie, dan hopefully kite borak berjumpa di sana.

p/s: mintak2lah dapat tiket ek.


15 comments:

  1. Waaa.... untuk la awak dapat title GLITTERI...

    ReplyDelete
  2. Hihihi.... post entry pasal contest movie upernya.... ;-)

    ReplyDelete
  3. tak leh join this one, outstation...sedih....

    ReplyDelete
  4. waaah. gua bukan gliterrati. gua curang punya ahli :))

    ReplyDelete
  5. teringat kenangan manis yer..akak pulak byk kenangan di Serdang..hubby habis study dulu terus cari keje area kl n dpt kat PJ..pastu akak study di UPM..selalu lepak mines, area bangi cemtu :)

    ReplyDelete
  6. masa study uia pj dulu i dok pi gak armcorp mall tu hehe...
    anw dekat2 situ best kan..

    ReplyDelete
  7. hohohohoh , romantik gak rupenye . hahahak .
    nanti nk ikut jejak la..hahahak

    ReplyDelete
  8. Gud luck lily...mana tau ada rezeki kita jumpa d sana

    ReplyDelete
  9. salam
    off topik
    anda beautiful sila terima
    http://yuitsumuni.com/2010/03/28/beautiful/

    ReplyDelete
  10. @sharinginfo
    mesti tulis

    @kisah remaja
    ala sesaje je

    @hazman
    entry movie la nie

    @Alynn
    la kenape cam tu ek

    ReplyDelete
  11. @Liza
    x pe lain kali cuba lagi

    @Tihara
    nanti tulislah entry kat blog ek

    @Lady of leisure
    best kan PJ

    @Aus
    sila ikut jejak!seronok tau

    @Natasha
    hopefully kite jumpe sane ek

    @K Fid
    kite pun dah tag awak gak tau!

    ReplyDelete
  12. ai selalu dating dgn abby kt taman jaya

    ReplyDelete
  13. hehehe. part perut dah sama mcm Root Bear tu yang buat i tersenyum2 tu.
    anyway, x kisah la mcm mana pun rupa kan? janji cinta smpi mati.

    ReplyDelete
  14. @Matjoe
    ye ke? x penah jumpe pun ek!

    @Isabelle
    ye betol! memang dah same pun skrg nie

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!