Tuesday, November 24, 2026

Terokai Dunia Penuh Keajaiban di 118 Mall Sempena Sambutan KRISMAS LEGO® terbesar di Malaysia

Hi Semua,

Dunia dongeng The Living Storybook kini menjadi kenyataan di 118 Mall, menjanjikan pengalaman penuh keajaiban buat para pengunjung! 

Baru sahaja membuka pintunya pada 1 November 2026, destinasi beli-belah terbaharu di Kuala Lumpur ini mengajak pengunjung menyelami kemeriahan musim perayaan dalam suasana yang diinspirasikan daripada kisah dongeng, dengan tarikan istimewa hasil kerjasama bersama The LEGO Group: LEGO Santa’s Toy Factory.


Mulai hari ini sehingga 27 Disember 2026, The Atmosphere di Aras 4, 118 Mall tampil dengan suasana perayaan yang memukau, menghimpunkan dua dunia penuh keajaiban dalam ruang seluas 15,000 kaki persegi. Pengunjung berpeluang menyelami dunia kisah dongeng yang dihiasi pelbagai dekorasi perayaan yang unik dan menarik, di samping meneroka kreativiti dan imaginasi tanpa batas menerusi aktiviti permainan LEGO yang menyeronokkan. Tarikan istimewa ini menjanjikan pengalaman bermakna buat seisi keluarga, tanpa mengira usia.

Berlatarkan kubah kaca spektakular berdiameter 88 meter, tarikan perayaan ini menampilkan pesona yang berbeza sepanjang hari. Pada waktu siang, ruang ini diterangi cahaya matahari semula jadi yang menembusi kubah kaca, manakala menjelang malam, paparan visual berwarna-warni pada skrin LED menghidupkan suasana perayaan dengan penuh kemeriahan.


Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Dato’ Ir. Ts. (Dr.) Izwan Ibrahim, ketika berucap pada majlis pelancaran tarikan perayaan 118 Mall bersama media, berkata, “Sempena sambutan akhir tahun yang julung kali diadakan ini, kami ingin mempersembahkan sesuatu yang istimewa dan mampu mencetuskan imaginasi, di samping memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati kemeriahan musim perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana unik di presint ikonik Merdeka 118. Sebagai sebuah destinasi bertaraf dunia, Merdeka 118 menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah di 118 Mall. Kami berharap kunjungan ke pusat beli-belah ini turut membuka peluang kepada orang ramai untuk meneroka pelbagai tarikan lain di sekitar presint. Sambutan ini merupakan permulaan kepada lebih banyak detik istimewa yang bakal kami hadirkan di Merdeka 118 untuk dinikmati bersama, tanpa mengira usia.”

Sambutan Perayaan Menakjubkan: Sebuah Kisah Krismas

Setiap kisah dongeng bermula dengan sentuhan magis, dan di 118 Mall, pengembaraan ini bermula di The Living Storybook Portal. Pintu gerbang ini mengalu-alukan pengunjung ke sebuah dunia yang diinspirasikan daripada kisah dongeng kegemaran ramai, dihiasi helaian buku cerita bersaiz gergasi, dekorasi perayaan klasik serta pelbagai hiasan unik yang menarik untuk diabadikan dalam gambar. Suasana ini menjadi latar yang cukup indah buat seisi keluarga merakam detik kemeriahan musim perayaan dan mencipta kenangan manis bersama.


Meneruskan pengembaraan, pengunjung akan melalui Canopy Walkway yang berkilauan, dihiasi deretan pokok perayaan yang menjulang tinggi, dedaunan menghijau serta aneka perhiasan berkilau, sebelum tiba di Giant Book Staircase. Struktur tangga berbentuk buku gergasi yang cukup mengagumkan ini menjadi tarikan utama, sekali gus menawarkan sudut bergambar yang istimewa buat para pengunjung.


Pengembaraan diteruskan ke Enchanted Forest, dengan hiasan bertemakan alam semula jadi dan gemerlapan lampu yang mewujudkan suasana bak dunia fantasi. Di sini, seisi keluarga boleh bergambar di atas Santa Sleigh yang dihiasi indah, manakala Wishing Tree setinggi 40 kaki tersergam megah sebagai simbol harapan dan kegembiraan sempena musim perayaan ini.


Bagi menambah kemeriahan sambutan, pengunjung turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama Santa di Meet-and-Greet Corner serta mengasah kreativiti menerusi pelbagai bengkel aktiviti sempena Krismas. Antara aktiviti yang disediakan termasuk membuat hiasan gantung Krismas bertemakan kisah dongeng, menghasilkan perhiasan Krismas daripada bahan kitar semula, membina miniatur perkampungan Krismas serta mereka cipta lampu hiasan daripada bahan terpakai.

Pengunjung boleh bertemu dan bergambar bersama Santa dan Santarina pada 28 November, 5 Disember dan 6 Disember, pukul 3:00 petang, serta pada 29 November, pukul 6:00 petang. Bagi yang ingin menyertai bengkel kreatif, sesi akan diadakan pada 29 November, 5 Disember dan 6 Disember, pukul 4:00 petang. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang musim Krismas untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Majlis pelancaran tarikan perayaan pada 19 November 2026 turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh 85 ahli koir daripada The Philharmonic Society of Selangor (The Phil), yang mengalunkan lagu-lagu Krismas dan menghidupkan suasana perayaan di The Atmosphere.



Selain menyemarakkan kemeriahan sambutan, persembahan ini turut mencerminkan komitmen The Phil yang sekian lama menjadikan muzik sebagai medium untuk menyumbang kepada masyarakat. Menerusi pelbagai persembahan dan inisiatif kemasyarakatan, persatuan ini giat menyokong usaha kebajikan di samping memupuk penghayatan terhadap seni muzik serta memelihara warisan muzik Malaysia.

Sepanjang tahun 2026, antara inisiatif kebajikan dan kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh The Phil termasuk menyalurkan sumbangan kepada Persatuan Orang Buta Malaysia (Malaysian Association of the Blind) serta menganjurkan konsert percuma untuk orang ramai bagi meraikan warisan muzik Malaysia. Selepas selesai proses audit tahunan, The Phil akan meneruskan tradisinya dengan menyalurkan hasil kutipan kepada badan kebajikan terpilih pada tahun hadapan, sekali gus menyemarakkan semangat memberi dan membantu meningkatkan kesejahteraan golongan yang memerlukan.

Pengembaraan Meriah di LEGO Santa’s Toy Factory

Menambah kemeriahan sambutan akhir tahun ini, 118 Mall menjalin kerjasama dengan The LEGO Group untuk membawakan acara bertemakan Krismas LEGO terbesar di Malaysia setakat ini. Meliputi ruang seluas 5,769 kaki persegi, LEGO Santa’s Toy Factory mengajak para pengunjung untuk menyertai pasukan pembantu Santa dan menerokai suasana kilang pembuatan hadiah yang meriah. Pelbagai tarikan menanti pengunjung, termasuk binaan LEGO berwarna-warni, dekorasi bercahaya, minifigure LEGO bersaiz manusia serta cabaran membina LEGO secara interaktif.




Pengembaraan bermula apabila pengunjung menyertai pasukan pembantu Santa dan menghias Factory Mission Badge mengikut kreativiti masing-masing sebelum meneruskan misi untuk menyelesaikan empat cabaran interaktif:

- Team Photo – Pilih minifigure LEGO kegemaran anda, dapatkan kad pengenalan minifigure (Minifigure ID Card) dan sertai pasukan LEGO Santa’s Toy Factory secara rasmi.

- Snowman's Gift Racer – Uji kemahiran anda dengan membina kereta luncur salji mini menggunakan bata LEGO. Lancarkan hasil binaan anda dari landasan dan lihat kereta luncur mana yang mampu bergerak paling jauh untuk menghantar hadiah dalam masa terpantas.

- Gingerbread's Bakery – Serlahkan kreativiti anda dengan menghias corak biskut Krismas menggunakan bata LEGO berwarna-warni.

- Santa's Sorting Station – Uji ketangkasan dan kemahiran koordinasi anda dengan mengarahkan bata LEGO yang meluncur melalui pelbagai laluan ke dalam bekas yang sepadan dengan warnanya.

Peserta akan menerima cop pada Factory Mission Badge masing-masing bagi setiap cabaran yang berjaya diselesaikan. Kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun layak menebus set LEGO Make & Take eksklusif, sama ada Holiday Ornament Cataclaws atau 30692 Christmas Chimney Fun with Santa, manakala peserta berusia 13 tahun dan ke atas akan menerima baucar LEGO eksklusif. Ganjaran ini tertakluk kepada ketersediaan stok .

Bagi menambah kemeriahan, pengunjung turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama maskot LEGO Santa dan LEGO Reindeer pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh kempen, serta pada 24 dan 25 Disember. Sesi ini akan berlangsung pada pukul 1:00 petang, 4:00 petang, 6:00 petang dan 8:00 malam.

Pengunjung yang membuat sebarang pembelian di ruang jualan LEGO turut berpeluang menyertai aktiviti Santa’s Gift Launcher pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Disember, serta pada 24 dan 25 Disember, pukul 1:15 petang dan 8:15 malam. Menerusi aktiviti yang menyeronokkan ini, peserta berpeluang menyambut hadiah LEGO eksklusif yang dilambungkan ke udara dan membawanya pulang. Sebanyak 50 hadiah disediakan bagi setiap sesi, dengan penyertaan mengikut giliran.


Pengurus Besar The LEGO Group bagi Singapura, Malaysia dan Peruncitan Pelancongan Asia Pasifik (APAC), Nina Patricia Da Costa, berkata, “Musim perayaan merupakan masa untuk menggembirakan insan tersayang dengan hadiah istimewa. Menerusi LEGO Santa’s Toy Factory, kami berharap dapat memupuk minat terhadap permainan LEGO dalam kalangan keluarga serta menggalakkan mereka meneroka kreativiti dan imaginasi tanpa batas melalui aktiviti bermain bersama. Kami teruja dapat menjadi sebahagian daripada sambutan akhir tahun 118 Mall yang julung kali diadakan ini. Dengan menghimpunkan dua tarikan perayaan yang unik di bawah satu bumbung, kami berharap dapat mewujudkan suasana yang meriah dan menyeronokkan untuk dinikmati bersama oleh pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.”

Nikmati Ganjaran Perayaan Eksklusif

Sempena musim perayaan ini, 118 Mall turut menawarkan promosi Hadiah dengan Pembelian (Gift with Purchase atau GWP) sebagai penghargaan kepada para pengunjung. Dengan perbelanjaan minimum RM500 yang dikumpulkan menerusi maksimum tiga (3) resit pembelian pada hari yang sama, pengunjung dapat menebus set hadiah LEGO® eksklusif*. Lebih istimewa, pengguna Kad Maybank atau Maybank Scan & Pay hanya perlu berbelanja minimum RM400 untuk menikmati tawaran ini.

Sama ada membeli hadiah buat insan tersayang mahupun memenuhi keinginan sendiri, 118 Mall mengajak pengunjung untuk Hayati Kisah Anda pada musim perayaan ini dengan meneroka tarikan baharu, mencipta kenangan indah bersama dan membawa pulang hadiah istimewa. 

Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan perayaan, bengkel dan promosi yang ditawarkan, layari https://118mall-kl.com atau ikuti @118mall di Instagram dan TikTok.

*Penebusan hadiah tertakluk kepada ketersediaan stok serta terma dan syarat yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!