Hi Semua,
SOFY, jenama penjagaan feminin terkemuka di bawah Uni-Charm
Corporation, hari ini memperkenalkan inovasi terbaharunya, SOFY Ultra Silk. Tuala wanita ultra nipis ini diperbuat daripada sutera tulen berkualiti tinggi,
memberikan pengalaman yang sangat lembut dan selesa.
Kini boleh didapati secara
eksklusif di Watsons Malaysia di seluruh negara, SOFY Ultra Silk direka khas
untuk membantu mengurangkan iritasi kulit akibat geseran, sekali gus
membolehkan wanita bergerak lebih bebas dan menjalani rutin harian dengan lebih
selesa serta yakin.
Menurut Unicharm Penetration
Survey, dua daripada lima wanita Malaysia mengalami iritasi kulit ketika haid.
Sebanyak 32% pengguna yang kerap mengalami ruam kulit di bahagian celah paha
mengaitkan iritasi tersebut dengan geseran yang disebabkan oleh bahan plastik
keras pada bahagian sisi tuala wanita, terutamanya ketika berjalan dan
bersenam. Inovasi terbaharu SOFY direka
khas menggunakan Sutera Mulberi Gred 6A dari Suzhou dan
mempunyai ketebalan ultra nipis, iaitu hanya 0.06 cm. Ia direka untuk
menangani masalah ini dengan mengurangkan geseran pada kulit, sekali gus
membolehkan wanita bergerak dengan lebih bebas dan selesa sepanjang hari.
“Di SOFY, visi kami adalah
untuk memperkasakan wanita agar berasa ‘So Me, So Free’, kerana haid tidak
seharusnya menjadi penghalang kepada wanita untuk menjalani kehidupan dengan
selesa dan yakin. Pelancaran SOFY Ultra Silk yang baharu ini membuktikan
komitmen jenama untuk terus berinovasi bagi memenuhi keperluan wanita yang
sentiasa berkembang, serta menyediakan penyelesaian yang membolehkan mereka
bergerak bebas, kekal positif dan meneroka setiap kemungkinan,” kata Encik
Shigeto Yamanaka, Group Managing Director, Uni-Charm Corporation Sdn Bhd.
“Kami juga berbangga dapat
bekerjasama dengan Watsons Malaysia, yang mempunyai komitmen kukuh dalam
menyokong kesejahteraan dan penjagaan diri wanita secara menyeluruh. Nilai ini
amat selari dengan visi SOFY. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat
memberikan lebih banyak sokongan kepada wanita agar mereka berasa yakin, selesa
dan bebas setiap hari,” tambah beliau.
Nikmati
sutera tulen terunggul bersama SOFY Ultra Silk. Dicipta khas untuk wanita yang ingin
kekal selesa dan yakin sepanjang tempoh haid, SOFY Ultra Silk menawarkan
pengalaman penjagaan haid premium yang menggabungkan kelembutan, keselesaan dan
perlindungan yang boleh dipercayai. Direka
dengan teliti untuk menyokong pergerakan harian, SOFY Ultra Silk membolehkan
wanita menjalani hari mereka dengan lebih selesa, daripada bekerja dan
menguruskan rutin harian, sehinggalah kekal aktif serta menikmati detik-detik
yang paling bermakna.
Produk Tumpuan
SOFY Ultra Silk – Nikmati
SUTERA TULEN TERUNGGUL
SOFY Ultra Silk ialah
tuala wanita super ultra nipis, dengan ketebalan hanya 0.06cm, diperbuat
menggunakan Luxury Oriental Silk bagi membantu meminimumkan geseran antara paha
dalam. Ini membantu mengurangkan iritasi kulit, membolehkan wanita menikmati keselesaan
yang lebih baik serta bergerak dengan bebas sepanjang hari.
·
Luxury
Oriental Silk: Permukaan diperbuat
daripada Sutera Mulberi Suzhou Gred 6A untuk memberikan sentuhan yang sangat
lembut.
·
Super
Ultra Slim 0.06cm: Reka bentuk super
ultra nipis dengan 3X lebih pengudaraan untuk memberikan rasa seperti tidak
memakai tuala wanita.
·
Triple
Absorbent Layer: Menyerap 30% lebih
pantas bagi memastikan permukaan kekal kering serta membantu mencegah
kebocoran.
Sempena pelancaran ini,
SOFY Ultra Silk akan membawakan #theFinestPureSilk Roadshow kepada para
pengguna dengan kerjasama Watsons Malaysia.
Roadshow ini menawarkan
pengalaman interaktif kepada pengguna untuk mengenali SOFY Ultra Silk dengan
lebih dekat melalui pelbagai aktiviti menarik, termasuk:
·
The Silk
Lab: Ruang khas untuk pengguna
meneroka dan mengetahui lebih lanjut mengenai SOFY Ultra Silk.
·
The Silk
Wall: Pengguna boleh mengambil
gambar bersama pek SOFY Ultra Silk bersaiz gergasi atau berkongsi detik
kegemaran mereka dari roadshow di media sosial.
·
Oriental
Scents Bar: Pengguna boleh
berkreativiti dengan menghasilkan uncang herba mereka sendiri secara DIY.
Jadual
Roadshow adalah seperti berikut
|
Launch
Roadshow |
9–13 September 2026, FF, V-Boulevard (di
hadapan Brand Outlets), Sunway Velocity |
|
Substances
Roadshow |
21–27
September 2026, LG2, Orange Avenue (di hadapan Watsons), Sunway Pyramid |
|
Substances
Roadshow |
28
Oktober–1 November 2026, Aras 1 (di hadapan Watsons), 1 Utama |
SOFY Ultra Silk baharu boleh didapati dalam
pilihan panjang 25cm dan 29cm pada harga RM11.90. Pengguna boleh mendapatkan
SOFY Ultra Silk di cawangan Watsons di seluruh negara atau membeli dengan mudah
secara dalam talian melalui Watsons
Online.
Untuk maklumat lanjut mengenai
SOFY dan acara terbaharunya, ikuti SOFY di halaman Facebook,
Instagram dan
TikTok.
No comments:
Post a Comment
Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!