Monday, August 10, 2026

Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Emasi Sri Semantan Cawangan Ke 21 di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Salam Semua,

Kedai Emas Sri Semantan (KESS) merupakan sebuah perniagaan emas yang berpangkalan di Temerloh, Pahang dan diasaskan oleh Mohamad Hafizal bin Haji Mahmood. Menurut profil syarikat, beliau berasal dari Temerloh dan mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan serta pengalaman keluarga yang telah lama terlibat dalam perniagaan emas dan ianya mula berkembang menjadi rangkaian kedai emas yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2020 dengan fokus kepada emas preloved dan pemilikan emas yang lebih mampu milik.

Bermula di Temerloh, KESS telah berkembang kepada rangkaian cawangan di pelbagai negeri di Malaysia. Laman rasmi syarikat menyatakan ia mempunyai puluhan cawangan yang menawarkan produk emas 916 dan 999.9.

Pada tahun 2026, pihak syarikat menyatakan hasrat untuk terus mengembangkan perniagaan dengan sasaran membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.


Pembukaan cawangan baharu di Nilai, Negeri Sembilan ini diharap dapat merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat serta menawarkan lebih banyak pilihan kepada masyarakat khususnya penduduk di sekitar Negeri Sembilan amnya serta Nilai dan sekitarannya secara khusus.

“Kita telah pun meniti separuh tahun 2026 dengan begitu cemerlang sekali dengan sokongan padu daripada seluruh komuniti Emas Sri Semantan dan saya begitu yakin dan optimis sekali menuju ke penghujung tahun ini, lebih banyak kejayaan yang akan dicapai oleh seluruh warga yang terlibat dalam perniagaan ini.


Menuju ke penghujung tahun 2026, kita semua merasa optimis bahawa sasaran untuk membuka sekurang-kurangnya 30 buah kedai emas akan mencapai sasaran, lnsyallah. Dengan rasa penuh kesyukuran atas segala pencapaian cemerlang yang sudah diperolehi, saya begitu terharu terhadap sokongan, dokongan, kepercayaan serta semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam menjadikan perniagaan ini dicemburui oleh rakan-rakan dalam industri ini”
sepatah kata dari Mohamad Hafizal bin Haji Mahmood selaku pengasas Kedai Emas Sri Semantan.

“Saya berasa amat terharu melihat sambutan dan sokongan yang luar biasa daripada ahli-ahli Emas Sri Semantan serta masyarakat umum. Mereka yang setia bersama Emas Sri Semantan semenjak perniagaan ini dimulakan disebabkan rasa percaya bahawa Emas Sri Semantan akan terus melangkah dan maju ke hadapan walaupun diuji, diragui dan dipandang rendah di dalam industri ini.


Dengan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya emas sebagai aset yang mampu menjadi benteng ketika waktu sukar dan sandaran untuk masa hadapan, kami akan terus berusaha untuk memperkasakan Emas Sri Semantan sebagai satu wadah perjuangan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat Malaysia khususnya di kalangan kaum bumiputera.”

Semenjak dari dahulu lagi, emas telah digunakan sebagai barang hiasan yang tidak ada tempoh matang dengan permintaan yang sentiasa meningkat seiring dengan perkembangan manusia. Selain digunakan sebagai hiasan, emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. 




Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut. Kini, emas juga menjadi pilihan sebagai simpanan untuk pelaburan jangka panjang. Sehubungan dengan itu, Emas Sri Semantan memberikan pilihan dan alternatif kepada masyarakat untuk membeli emas dengan harga yang sangat berpatutan dengan kualiti yang dijamin setaraf dengan kedai emas yang lain.

"Oleh itu, saya dengan penuh rendah hati ingin mengajak seluruh ahli, rakan niaga dan masyarakat untuk terus bersama Emas Sri Semantan, terus menyokong dan terus menyebarkan kesedaran ini kepada lebih ramai insan. lnsya-Allah, dengan niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan, kami berazam untuk menjadikan Emas Seri Semantan sebagai Syurga Emas Preloved Nombor Satu di Malaysia - sebuah platform yang bukan sahaja dipercayai, tetapi memberi manfaat sebenar kepada masyarakat.

Akhirkalam, saya mngambil kesempatan ini untuk menyeru semua yang bersama Emas Sri Semantan untuk terus berusaha mengembangkan lagi perniagaan ini agar dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang dan menjadi asbab kepada kesejahteraan serta kejayaan kita semua"



Di antara promosi yang menarik bagi pembukaan Kedai Emasi Sri Semantan Cawangan Ke 21 di Bandar Baru Nilai adalah :

Diskaun Hebat: 
Nikmati diskaun RM20/gram untuk barang kemas 916!

Cabutan Bertuah Utama: 
Berpeluang memenangi sebuah kereta BMW! Setiap pembelian barang kemas bernilai RM500 ke atas layak menerima tiket cabutan bertuah.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memborong barang kemas berkualiti tinggi sambil berpeluang membawa pulang hadiah impian.

Ajak keluarga dan rakan-rakan serbu beramai-ramai!


No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!