Tuesday, March 10, 2026

D’Herbs Lancar Brandfilm Raya 2026 “Ya, Abah Saya Security”

Hi Korang,

D’Herbs Holdings mempersembahkan Brandfilm Raya 2026 bertajuk “Ya, Abah Saya Security”, sebuah karya istimewa yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupan usahawan terkenal tanah air, Dato’ Aliff Syukri bersama arwah ayahnya yang pernah bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.


Brandfilm ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya. Namun seiring dengan perjalanan masa dan kehidupan, beliau akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana itu tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.

Melalui penceritaan yang menyentuh hati, “Ya, Abah Saya Security” mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan terhadap ibu bapa, ia merupakan satu mesej yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Dato’ Aliff Syukri, brandfilm ini dihasilkan sebagai penghargaan terhadap arwah ayahnya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.



“Bila kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya fikir tentang diri sendiri. Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan mereka. Kisah ini sangat dekat dengan hati saya, dan saya harap ia dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana,” katanya.

Tayangan perdana brandfilm tersebut telah berlangsung di GSC IOI Mall Damansara dan dihadiri oleh rakan media, influencer serta tetamu jemputan khas.



Brandfilm Raya D’Herbs 2026 ini dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media sebagai agensi media dan diterbitkan oleh Tangerine Film sebagai syarikat produksi.


Melalui karya ini, D’Herbs berharap mesej yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa serta insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

Brandfilm “Ya, Abah Saya Security” akan dilancarkan kepada umum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui platform digital rasmi D’Herbs pada 12 Mac 2026.

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!