Friday, May 30, 2025

guardian Perkenal MYguardian Rewards - Revolusi Pembelian Harian dengan Keutamaan pada Kesejahteraan

Hi Korang,

guardian Malaysia secara rasminya telah melancarkan inovasi terbaharunya dalam penglibatan pelanggan - program MYguardian Rewards melalui aplikasi guardianMY. Ia merupakan sebuah platform kesetiaan generasi baharu digital sepenuhnya, digamifikasi dan diperibadikan, direka untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia bagi setiap pembelian serta meningkatkan pengalaman membeli-belah ke tahap yang lebih tinggi.


Program ini telah dilancarkan dalam sebuah majlis penuh warna-warni di Kuala Lumpur, diserikan dengan fiesta belon udara panas dan konsert secara langsung oleh kumpulan hip-hop legenda, KRU. 

Pelancaran ini memperkukuhkan misi guardian untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk “Serlahkan Kecantikanmu”, melalui kesejahteraan, nilai dan kegembiraan dalam kehidupan seharian.



“Platform MYguardian Rewards lebih daripada program kesetiaan, Ia adalah ekosistem digital yang intuitif, dibina khusus untuk pelanggan kami. Ia direka khas untuk ANDA, pelanggan guardian, menawarkan ganjaran dan pengalaman eksklusif yang diperibadikan serta-merta dengan setiap imbasan. Paling hebat, ia adalah PERCUMA!” jelas Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei

Teraju Digital: Satu Aplikasi. Ganjaran Serta-Merta.


MYguardian Rewards direka bentuk mesra pengguna dengan elemen ganjaran serta-merta seperti:

● Mata ganjaran dan rebat serta-merta semasa pembayaran - di stor fizikal dan dalam talian.

● Penyertaan automatik dalam peraduan dengan setiap pembelian.

● Tawaran harian menarik

● Hadiah istimewa sempena bulan kelahiran yang diperibadikan

● Student Pass Tuesday - pelajar berumur 21 tahun ke atas akan menikmati diskaun tambahan 10% setiap Selasa dengan menunjukkan kad pelajar mereka.


Sebagai ganjaran permulaan, ahli yang mendaftar akan menerima 10X mata ganjaran untuk pembelian pertama serta baucar Guardian bernilai RM250 secara percuma.

Gerakan yang Mencetus Gelombang


Sejak pelancarannya awal Mac lalu, MYguardian Rewards telah mencetus fenomena dengan lebih 3 juta rakyat Malaysia mendaftar, menjadikannnya salah satu program kesetiaan paling popular di Malaysia, dengan lebih RM5 juta dalam bentuk ganjaran tunai telah diagihkan setakat ini.

“Ini bukan sekadar program kesetiaan - ia adalah penghargaan kami kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka,” tambah Priscilla. “Dengan guardian, anda bukan sekadar berbelanja - anda melabur dalam kesihatan, kesejahteraan, dan kini, ganjaran anda sendiri. Dan kami berhasrat untuk menjadikan MYguardian Rewards sebagai program ganjaran #1 di negara ini.”

Malam Penuh Kenangan





Untuk meraikan pelancaran rasmi ini, guardian menganjurkan acara istimewa MYguardian Rewards Fiesta di TRX, menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pengalaman belon udara panas, reruai interaktif, dan konsert penuh bertenaga yang diterajui oleh kumpulan hip-hop legenda KRU, menjadikannya malam yang tidak akan dilupakan oleh para peminat dan ahli.

Melangkaui Sekadar Ganjaran


“Di guardian, kami percaya kecantikan dan kesejahteraan harus seiring dengan tanggungjawab,” kata Priscila. MYguardian Rewards mencerminkan visi kami untuk membina komuniti yang lebih sihat dan lebih berkeyakinan - disamping menjadikan setiap pengalaman membeli-belah seakan sebuah perayaan. Kami mahu pelanggan untuk “Serlahkan Kecantikanmu. Utamakan kesejahteraan, ganjaran, dan masa hadapanmu.”



Daftar untuk MYguardian Rewards di aplikasi guardianMY hari ini dan mula kumpul ganjaran anda!





#MYguardianRewards
#OwnYourBeautiful
#MYguardian
#MYguardianRewardsFiest

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!