Monday, August 1, 2022

Beli Katil Dan Tilam Secara ONLINE Dari ZINUS Malaysia

Hi Korang,

Genap 13 tahun ktorang guna katil dan tilam yang sama.

Masa ktorang beli dulu pun, baru -baru kahwin ermm bayangkan cam nelah rupanya. Dengan springnya dah keras, dengan berbunyi-bunyi bila berpusing-pusing masa tidur, itu belum kira vakuum untuk hilangkan pijat bagai kann ermm memacam lagi lah.


Seriously lately ni memang takde masa nak pi survey harga tilam dgn katil lah, yelah penat wei. Jalan terbaik, kak lily google kat internet nie. Banyak jugak option tilam ni tapi kak lily tak berkenan plak.

Tup-tup terperasan blogger Kolin pi survey tilam kat ZINUS Malaysia, so apa lagi terus kak lily pi check it out jugak, yang ampun memang banyak pilihan dan rambang mata yer. Lantas kak lily tanye kat mana showroom Zinus Malaysia.

Tapi sebelum tuh, kak lily sambung check it out kat laman web www.zinus.com.my , yang sememangnya fokus pada jualan katil dan tilam ( bed frame & matress )


Ruang pameran ( Showroom ) ZINUS Malaysia , Puchong

Kalau korang nak tau yang showroom ZINUS Malaysia yang terletak bersebelahan IOI Mall. Showroom ni berada di aras 1 di alamat No 1-1, Jalan Merbah 1, Jalan Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. Dibuka Isnin-Jumaat 10am-8pm , Sabtu/Ahad/Cuti Umum : 12pm-8pm. Sebelum pi boleh sahaja korang hubungi terlebih dahulu Customer Service : 011 3129 9882.

Haruslah kak lily waze je kan sebab tak familiar sangat dengan area Puchong nieh.



Showroom ini terletak di tingkat atas dan bila kak lily masuk jer, terus kak lily rasa excited dengan pelbagai design bed frame dan katil yang di pamerkan. Banyak pilihan rekabentuk, saiz sama ada single, queen, king atau day bed , double bed semua pun ada. Menggunakan kemasan metal dan kayu yang sangat aesthetic sesuai untuk tema modern dan kontemporari Mudah di suai padan dengan tema dekorasi yang korang minat kerana ia sangat simple dan minimalis designnya.









Pelbagai jenis tilam yang di pamerkan di sini, dari saiz single hingga lah king dengan ketebalan mengikut citarasa masing-masing sama ada spring atau foam buat lah pilihan yang korang nak. Memang puas hati membuat pilihan disini kerana layanan staff sangatlah ramah dan baik menerangkan setiap satu keistimewaan ciri-ciri produk ZINUS.


So kak lily pilih iCoil Hybrid 2.0 ‘Cool’ Series 14” (36cm) Box Top Mattress dengan Westley Metal & Wood Platform Bed Frame

Dengan bertaglinekan "Worlds's #1 Online Mattress Furniture Brand" walaupun di jual secara online namun korang boleh juga melihat dengan mata sendiri di showroom kemudian buat tempahan secara online.


FREE DELIVERY Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

Ye betol!!

Lepas je korang order samada secara fizikal mahupun online ke semua tilam yang tebal-tebal tu dan juga katil akan di hantar secara pos khidmat courier sampai ke depan pintu dalam kotak telah di compressed kan.


Jadi korang tak perlu risau dah bab penghantaran dan ia datang dalam kotak yang saiz sederhana di mana tilam-tilam setebal 12" sekali pun ia datang dalam kotak yang sederhana saiznya. Muat lah dalam lif sekiranya tinggal di unit apartment atau kondo. Ini kerana ia akan di vacuum packed dengan "compressed technology" kan tilam-tilamnya, sampai rumah baharulah korang buka dan ia kembali ke saiz asal.

Jom Pasang Katil dan Tilam Zinus Malaysia Ni

So settle pilih tilam dan katil, team Zinus pun uruskan proses penghantaran produk.

Pada mulanya kak lily bimbang jugak, diorang tak boleh nak hantar sebab tak buat appointment untuk masuk ke rumah kak lily nieh. Eh tup-tup courier guy tuh call, cakap dah sampai kat lobby bawah terus berlari turun kak lily hah. Muat masuk dalam lift pun, sampai ke atas dia hantar ke depan pintu rumah hah.



So bermulalah proses pemasangan katil secara DIY, alah ikut jer instruction yang di berikan siaplah dia. Lagipun di sertakan sekali peralatan pemasangan hah.

Setiap komponen di label dan seiring dengan buku panduan pemasangan yang memudahkan step by step proses memasang lengkap katil-katil keluaran ZINUS ni.






Macam kak lily bagitau tadi, tilam setebal 14" ni datang dalam kotak yang telah di vacuum packed kan. Bila di buka kotak segulung tilam akan di buka dan di biarkan paling kurang 2 jam sebelum ia kembali kepada bentuk asalnya.




Kita memerlukan 48 jam untuk mendapatkan ketebalan maksimum sesebuah tilam selepas di buka dari gulungan vacuum packed. Walaupun nampak tebal, tilam iCoil Hybrid 2.0 ‘Cool’ Series 14” adalah ringan dan mudah untuk di alihkan ketika menukar cadar nanti. Tak lah berat kerana ia jenis foam bukan spring mattress tetapi mempunyai ciri keselesaan yang tersendiri antaranya memberikan keselesaan waktu tidur dengan kembali kepada poisi badan walaupun berlaku pergerakan.

Kalau korang sedang tercari-cari katil dan tilam untuk pindah rumah baru, untuk perkahwinan, atau untuk tujuan apa sekali pun jangan lupa singgah ke laman web www.zinus.com.my dan usya-usya lah dahulu design dan ciri-ciri keistimewaan setiap produk ZINUS. Kalau nak lihat sendiri dan rasai sendiri depan mata boleh juga ke showroom mereka di Puchong.


Khas untuk pembaca blog kesayangan kak lily ni, gunakan Kod Diskaun LP25 dan korang akan dapat potongan harga 25% dari harga pasaran dengan pembelian di www.zinus.com.my . Harga yang di pamerkan adalah sebelum diskaun. Mana nak dapat weii.. Jangan lupa penghantaran adalah PERCUMA seluruh Semenanjung menggunakan kurier .

Tilam-tilam di ZINUS Malaysia mempunyai waranti selama 10 tahun. Memang berbaloi sangat kak lily rasa dan korang juga boleh mencuba untuk tempoh percubaan selama 100 hari *tertakluk terma dan syarat. Range harga pula mengikut saiz katil dan tilam dari serendah RM299. Kesemua harga dan jenis korang boleh layari ke www.zinus.com.my di terangkan ciri-ciri keistimewaan setiap produk.

Usah risau tentang kualiti produk ZINUS kerana dari carian di internet di nyatakan ZINUS diterajui oleh Mr Lee Yun-Jae pemegang Yonsei Political Science & Diplomacy berasal dari negara Korea malahan ZINUS syarikat tersenarai di Korea Stock Exchange ( KRX ) malahan mempunyai hak paten lebih dari 20 inovasi produk dan trademark tersendiri.


ZINUS jenama yang di yakini dan dipercayai dengan lebih 1 juta review dari pengguna seluruh dunia dan mendapat pengiktirafan peringkat global dengan 4.5 star . ZINUS juga di kenali sebagai World #1 Online Mattress & Furniture Brand serta World Largest Mattress-In-A-Box Manufacturer. Sebenarnya Indonesia dan Singapura telah lama mengenali jenama ZINUS ni dan baru-baru ini sahaja ia memasuki pasaran Malaysia. Dan korang juga boleh dapatkannya melalui platform e-dagang Shopee dan LAZADA.



No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!