Friday, May 20, 2022

NESTLÉ LIVELY™ Tea Sambut Hari Teh Sedunia Bersama Duta-duta Jenama Baharu!

Hi Korang,

Para penggemar teh di seluruh dunia pasti menanti-nantikan ketibaan 21 Mei 2022 kerana Hari Teh Sedunia akan disambut pada tarikh tersebut bagi mengiktiraf kepentingan dan manfaat meminum teh. Di Malaysia, NESTLÉ LIVELY™ Tea ingin menjemput warga Malaysia untuk turut serta meraikan sambutan ini dengan menikmati teh berais berinovatif dengan perisa hebat lagi menyegarkan ini yang dibancuh dengan keajaiban ekstrak botani. 


Bersempena sambutan yang bermakna ini, warga Malaysia boleh mengambil kesempatan untuk mengenali dan menikmati NESTLÉ LIVELY™ Tea sepanjang kempen berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Julai 2022.

Daripada memberi ketenangan dan rasa yang menyegarkan, teh sentiasa menjadi pilihan minuman popular bagi kebanyakkan orang, terutamanya apabila ingin berehat seketika daripada kesibukkan harian. Apabila dihidang panas, teh boleh memberikan keselesaan dengan segera manakala teh berais pula berupaya menghilangkan rasa dahaga dalam sekelip mata. NESTLÉ LIVELY™ Tea akan meningkatkan pengalaman memimum teh anda ke tahap yang luar biasa dengan rangkaian minuman tehnya yang dibru dengan keunikkan ekstrak botani yang diperolehi daripada herba tradisional dan buah-buahan yang telahpun digunakan oleh masyarakat kuno selama berkurun-kurun kerana manfaatnya. 


Di samping itu, NESTLÉ LIVELY™ Tea juga mengandungi gula yang rendah berbanding dengan minuman teh berperisa buah yang lain, sekaligus menjadikannya satu pilihan yang enak dan mempunyai kandungan yang bermanfaat.

Sempena Hari Teh Sedunia kali ini juga, NESTLÉ LIVELY™ Tea turut berbesar hati untuk mengumumkan pelantikkan dua duta jenama baharu iaitu pelakon Uyaina Arshad dan DJ radio Ng Kar Yoon daripada saluran MyFM. “Kami berasa cukup gembira untuk bekerjasama bersama dua duta jenama terkemuka ini dalam berkongsi falsafah positif NESTLÉ LIVELY™ Tea dimana seseorang itu harus tahu bila untuk berehat seketika agar dapat menenangkan diri dan kekal focus, terutamanya apabila berdepan dengan jadual harian yang padat. Kedua-dua duta jenama kami ini terkenal dengan bakat dan semangat dalam karier masing-masing. Mereka juga memiliki semangat sehaluan seperti NESTLÉ LIVELY™ Tea, iaitu sentiasa mengejar kecemerlangan dalam apa jua yang mereka lakukan dan pada masa sama memberi motivasi dan inspirasi kepada peminat-peminat mereka untuk menikmati kehidupan ini dengan sepenuhnya sambil tidak lupa menjaga kesejahteraan masing-masing. Kami yakin tenaga positif yang duta-duta jenama kami bawakan akan membantu memperkasakan lebih ramai warga Malaysia untuk menjaga kesihatan diri dan mengetahui lanjut bagaimana teh bancuhan ekstrak botani kami boleh membawakan rasa nikmat dan detik kesegaran dalam kehidupan seharian mereka,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad. Iklan yang menampilkan kelibat Uyaina Arshad and Ng Kar Yoon akan ditayangkan di pelbagai platform bermula Mei ini.




NESTLÉ LIVELY™ Tea boleh didapati dalam tiga varian teh hitam berperisa buah yang mengasyikkan, kesemuanya mengandungi ekstrak botani yang unik. NESTLÉ LIVELY™ Orange Guarana Tea adalah minuman teh yang dibru dengan ekstrak Guarana, iaitu sejenis tumbuhan-tumbuhan yang berasal dari hutan Amazon, bersama elemen masam kulit oren yang dahulunya digunakan oleh Puak Guarani di hutan Amazon untuk menajamkan deria mereka sebelum keluar memburu. Nikmati varian yang menyegarkan ini apabila anda ingin mengembalikan fokus.

NESTLÉ LIVELY™ Raspberry Lemon Balm Tea pula dibru dengan sentuhan perisa rapsberi bersama secebis rasa balm berpudina yang juga dikenali sebagai “Atma Jiwa” (“Elixir of Life”) dan digunakan selama berkurun di Eropah kerana memberi kesan melegakan. Ia pastinya sesuatu yang anda perlukan untuk detik ketenangan dan renungan.

Tercari-cari minuman untuk merangsang tenaga dan semangat untuk bertahan sepanjang hari? Apa kata dapatkan sebotol NESTLÉ LIVELY™ Pear Schisandra Tea, yang dibru dengan campuran perisa pear dan beri schisandra. Digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk selama berkurun lamanya, beri Schisandra berries dipercayai mampu menjana keseimbangan semulajadi Yin dan Yang dalam tubuh badan seseorang.

NESTLÉ LIVELY™ Tea boleh didapati di Aeon, CU Mart, Shell dan Shopee/Lazada dalam bentuk botol 450ml. 



Instagram: @mylivelytea

No comments:

Post a Comment

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!