Hi Korang, 
Ubat gigi MISMIS berperisa pudina koko? 
Mesti kali pertama korang dengar kan, ermm kak lily pun sama gak. Tup-tup terjadi jakun plak heehhe 
MISMIS??
Comey nau bunyinya kan.
Menurut Puan Wanie (Pengasas MISMIS), perkataan MISMIS adalah 'kata singkatan' daripada slogannya iaitu Make It Smile. Dari 3 perkataan ini maka terlahirlah MISMIS, bunyi yang sangat unik dan mudah diingat.
ok MISMIS!!
Produk terbaharu jenama Mismis   adalah  Ubat Gigi Premium  Pudina Koko dengan kerjasama penyelidikan  dari Syarikat NFA Techonology  Sdn Bhd dan Lembaga  Koko  Malaysia.   Produk  ini  menggunakan   bahan  aktif polifenol-tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococcus  Mutan dan S.Sanguis,  penyebab  nafas berbau dan  penyebaran  karies gigi. Penambahan bahan iaitu lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya oleh Vitamin E, dapat membantu  meningkatkan aktiviti agen antibakteria daripada  masalah kaviti  mulut 
Ubat Gigi Semulajadi Premium MISMIS Pudina Koko | 100g
Ubat gigi ini tidak mengandungi Paraben, SLS dan flourida. la juga alternatif bagi pengguna yang mencari ubat gigi yang berasaskan bahan semulajadi. Tidak lupa juga aroma koko yang mengharumkan dan menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang menggunakannya.
Ubat Gigi Semulajadi MISMIS Ekstra Pudina Segar | 200g | 85g | 60g
Selain itu, produk yang sudah lama di kenali di pasaran  adalah ubat gigi MISMIS sejuk tambahan (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan  pada gigi.  lanya juga formulasikan tanpa bahan  paraben,  bahan  kimia  dan  pewarna  sintetik.  Diperbuat dari  bahan  pembuatan makanan  'food grade' dan selamat jika termakan semasa  memberus  gigi terutamanya untuk kanak-kanak. 
"Ubat gigi MISMIS  tanpa fluorida  dari ekstrak Polifenol   koko premium  terpilih  dengan campuran   ramuan   bahan  semulajadi  seperti  cengkih,   dan  minyak  zaitun   ini  akan mengekalkan senyuman  manis dan nafas yang segar anda sepanjang masa"  kata  Puan Noormawarni  Nordin selaku Pengarah Syarikat. 
MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan  berus yang lembut dan  separa  lembut.  Didatangkan dengaan warna warna menarik seperti  hijau,  merah jambu, ungu dan biru mengikut warna kegemaran korang. 
Diperbuat dari nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. la selamat untuk korang dan keluarga dan kini korang  boleh  memberus gigi tanya ragu. Berus gigi  MISMIS yang lembut dapat memberi tiga kali perlindungan dan  melindungi gusi daripada kecederaan, memberikan keselesaan serta menghilangkan bakteria dan plak. 
Produk MISMIS yang terbaharu adalah buat gigi MISMIS just for kids. Terdapat dalam 2 perisa, Chocolata dan Bubble Gummy.  la amat sesuai kepada keluarga yang inginkan produk  yang  bebas  dari  flourida   dan   selamat  jika  tertelan.   Buih   ubat  gigi  juga menggunakan dari sumber kelapa. 
MISMIS Multiple Action - Medium Soft
Juga terdapat pek kembara 2 dalam  1   yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semas mengembara dan Mismis ubat kumur Minty Leaf (mouthwash) yang akan dipasarkan tidak lama lagi. 
Ubat gigi dan berus gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati dari pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai runcit diseluruh  negara.  Mismis  boleh  juga  didapati  di  online  Watson,  Airasia (Rokki.com),Shopee,  Lazada  dan di semua online e-commerce. 
Sessi pemberi cenderahati produk MISMIS sebagai tanda penghargaan buat Dr Nurul Akmar (pemilik Klinik Pergigian Nurul Akmar). Penyampaian telah dilakukan oleh Pengarah Urusan NFA Technologies Sdn Bhd iaitu Puan Noormawarni Nordin.
Sedikit latar belakang NFA Technologies Sdn Bhd
NFA Technologies Sdn Bhd ditubuhkan sejak 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik,  mengeluar dan  memasarkan  ubat gigi  berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun. lanya mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi  Halal bagi semua segmen umur untuk seisi  keluarga, untuk semua peringkat umur dari kanak kanak sehingga dewasa.   Telah bekerjasama dengan  Lembaga  Koko  Malaysia  untuk  penyelidikan,  pemprosesan  dan penyelenggaraan bagi menggunakan polifenol  koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan  ubat gigi natural jenama MISMIS. 
Syarikat NFA Techonology  Sdn Bhd adalah salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program symbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation - (MTDC). Program Symbiosis adalah program dimana MTDC akan memilih lepasan siswazah    dan usahawan sedia ada untuk menjadi 'technopreneur' dengan mengkomersialkan produk berteknologi yang dihasilkan dari Research Institute (IR)/Universiti dengan latihan dan bimbingan yang berterusan dari MTDC. 
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS dipasaran, syarikat mensasarkan lebih  banyak  lagi  pasaraya-pasaraya  besar  ,farmasi  dan pengedar  runcit di  seluruh  negara  menyokong  dan  memberi  peluang  kepada jenama  MISMIS  untuk dipasarkan di premis mereka. MISMIS telah berjaya menembusi pasaran Maghribi dan dimasa akan datang bercita-cita untuk meluaskan pasaran di Negara Timur Tengah dan Jepun.  Usaha promosi dan  kesedaran tentang  penggunaan bahan  semulajadi  seperti polifenol   koko telah giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS. 
Jenama  MISMIS telah dikilangkan  oleh kumpulan  syarikat disahkan  memiliki sijil   Halal dan  Good manufacturing  Practice  - GMP (Praktis  Penghasilan  Prociuk  Berstandard). Matlamat   syarikat   adalah   untuk   menjadi   syarikat   yang   bersaing   maju   dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia. 
memasing tak sabar nak cuba ubat gigi MISMIS ni tau
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 
Website : 
Facebook: 
Instagram : 
 

menarik sangat ni dah la packaging pun comey je ^_^
ReplyDelete