Tuesday, February 17, 2015

Pizza Hut’s PASTRY CROWN Pizza Blogger Party

Hi Korang,


Citer pasal makan sedap lagi ek..

Agak-agak korang sakit tak hati bila bukak blog aku time tengahari. Ade je gambar makanan kan? Hehehehe janganlah marah. Biasalah tu kan


Lagi sekali dapat jemputan daripada Pizza Hut Malaysia. Ms June ni beria-ria mengajak ktorang lagi, katanya penyeri majlis huhauhauahuahua porahh, macam ko pelawak sangat Cik Lily oit!

Arghh sudah..

sementara tunggu orang lain sampai

photoshoot time, pizza jadi model ek

hah gumbira semuanya anak-anak ek

Pizza Hut Blogger Party ni diadakan pertama kalinya di outlet terbaru mereka iaitu Quill City Mall, alah dekat Sheraton Imperial Hotel tu je. Senang kan. Untuk kali ni, Pizza Hut memperkenalkan pizza terbaru mereka iaitu PASTRY CROWN Pizza.


Sebelum tuh, ada speech sket dari En Yusof dari Pizza Hut team. Lembut je En Yusof ni, cakap lemah lembut je tak macam ktorang bloggers kan.

Keunikan pizza Pastry Crown ini terletak pada kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi pastri mentega garing keemasan.



Dengan gabungan limpahan topping ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella dan sos istimewa BBQ Tennesse, piza Pastry Crown ini pasti memberikan anda kejutan dalam setiap gigitan melalui keenakkan citarasanya yang luar biasa.

Hah gituh sekali rasanya. 

Punyalah seronok makan sampai tak pandang kiri kanan kan, lepas 1 keping tambah lagi 1 keping. Aku sendiri pun makan 3 keping. Ermm Mr Big tak tau dah berape keping dia makan, walaupun duk sebelah aku kan. 

ade sessi lousang gak tau, sempena CNY

eh termenang instagram contest plak hehehe

ada game, amik guli guna chopstick

dah kenape ko kilfi mally, seronok tengok orang main game ek

groufie with marsha milan

over tau budak berdua kat depan tu ek

sekarang aku plak yang over ek

Pizza Pastry Crown baru ini boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran mulai 28 Januari sehingga 31 Mac 2015, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati piza yang pasti akan membangkitkan selera anda hari ini!

Dengan tambahan hanya RM6.00, korang turut berpeluang untuk menikmati hidangan piza Pastry Crown ini melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. 

Korang juga boleh menikmati Big New Year Box (sesuai untuk 3 ke 4 orang) pada harga yang istimewa iaitu RM47.90 (jimat RM11.80) dan kombo ini mengandungi Piza Pastry Crown (saiz biasa), 6 ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul spicy chicken fingers and 2 sup cendawan.

Jomlah pi makan pizza ek...

12 comments:

  1. baru teringat nak rasa pizza baru ni...mabless tengok

    ReplyDelete
  2. dah try pastry crown hari tu.. cheese di mana sahaja.. hehe

    ReplyDelete
  3. sakit woiii ....mau tak sakit nengok ko makan pizza! sakitnya tuh disini ...*tunjukkatperut* hahaha :D

    ReplyDelete
  4. wow!! kemain nampak meriah semua ni... Pizza hut tetap di hati....

    ReplyDelete
  5. lama xpekena pizza hut ni terliur pulak tengok ",

    ReplyDelete
  6. seghonoknyaaaa... teringin nak makan lousang tu jugakk

    ReplyDelete
  7. rasa cam nak cari Pizza jugak nih..hehehe..Ramai nya blogger yang ada..meriah..

    ReplyDelete
  8. Salam. Hee seronoknya dapat makan pizza free.

    ReplyDelete
  9. lama tak makan pizzaaa... asyik order tutttt je. ada menu baru ni, boleh leer try

    ReplyDelete
  10. Hurmmm...nampak selebet aku dalam nie... dengan tak sihatnya tapi sebab pizza ni sedap terus okey je time balik aritu....hehehehe

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!