Sunday, January 6, 2013

Terlebih Borong TUPPERWARE

Hi Korang,

Inilah akibatnya kalau kaki shopping tak ingat.

Aku ni memang pantang sket kalau ada orang kata barang ni baik, barang tu bagus semuanya aku nak cuba kan. So member Buddyz aku ni sibuk duk promote product TUPPERWARE kat aku ni.

Malas nak layan bebelan dia, aku terus je beli dengan dia. Ada je yang baru harus dia inform aku, kira macam aku ni loyal customer dia la.


Jadi masa cuti-cuti Malaysia hari tuh, aku pun pi collect kat umah dia semua Tupperware ni. Hah ko, sekali sekotak beso dia kasi kat aku. Rupanya dah banyak aku beli sampai tak de tempat nak letak kat umah ni. Mr Big cakap jual je la kat sesiapa yang nak, kurang sket semak kat umah ni.

Korang kalau minat boleh bagitau aku yang mana satu minat di hati. Harga usah kuatir,aku boleh bagi ansuran mudah tau, yelah Tupperware ni kan mahal. Aku paham.

Nanti bagitau ek




11 comments:

  1. dulu mase x kawen lagi, pelik tgk ibu suka sangat kumpul tupperware, tah hape yg best nye tah..sekali dh kawen baru lah tahu, patutlah ibu aku suke dulu..
    kiteorang siap panggil tupperware tu anak angkat ibu, yelah, marah betul if tupperware die hilang or tertinggal

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/bukan-setakat-senggugut-teruk-hilang.html

    ReplyDelete
  2. serius banyak ! bila nak pakai ni? heee

    ReplyDelete
  3. Kawan ada plan nak beli tupperware, jap nak habaq kat dia :)

    ReplyDelete
  4. saya nak beli tupperware yang mane cik lily putih nak jual ler..mmg la mengidam.. cube email gambor or post gambar kat blog yg mane nak dijual n rege nyer. kalau nak private message.. email la kat saya.. aann6485@gmail.com. thank youuu..hehe

    ReplyDelete
  5. hihihi... byk gak tupperware. tapi yang utk freezer tu, ada 1. best rupanya yang itu!!!!

    ReplyDelete
  6. Jenama Tupperware ni sekarang sangat cantik la kan? Warna pun dah macam-macam. Sapa tak tergoda nak beli.

    ReplyDelete
  7. same la kiterr... kalu masuk kotak, adala kot dalam 3 kotak barangan tupperware... now dah stop beli sbb dah kena bebel... kuikuikuiii...

    ReplyDelete
  8. cantik2 dan comel2..brand tupperware sgt2 terjamin kualitinya kan...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!