Monday, May 22, 2023

Nestlé Malaysia Bawa Kembali NESCAFÉ Classic Kopi Kedah

Hi Korang,

Demi terus menggembirakan penggemar kopi Malaysia, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 berwajah baharu! Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.


Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia serta meningkatkan punca pendapatan komuniti peladang tempatan, program tersebut dimulakan pada 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA), untuk memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil. Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem penanaman kopi lebih hijau, program ini juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.



Menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, para peladang tempatan boleh menyemai anak benih kopi dengan penuh keprihatinan dan secara bertanggungjawab untuk menghasilkan biji kopi bermutu tinggi yang memenuhi cita rasa dan aroma unik Malaysia. Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Sejak 2019, kami telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan. Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan. Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”

“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini dengan para pengguna,” tambah Aranols.

En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi. Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”


Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia. 

Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati.


5 Kudapan dari Malaysia Timur untuk Memeriahkan Sambutan Kaamatan & Gawai Anda

Hi Korang,

Kemeriahan menjelang tiba di Malaysia Timur apabila warga tempatan bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka. Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun.

Sungguhpun Tadau Kaamatan dan Hari Gawai meraikan tamatnya musim menuai padi, sebenarnya terdapat perbezaan ketara dari segi tradisi dan upacara antara dua perayaan ini. Tadau Kaamatan meraikan hubungan antara Pencipta dan Ciptaan, yang diceritakan melalui lagenda pengorbanan Huminodun - seorang gadis cantik yang sanggup mengubah tubuhnya menjadi makanan dan tanaman subur bagi menyelamatkan manusia daripada kebuluran. Hari Gawai pula bertumpu pada persembahan dan upacara yang menzahirkan kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah ruah, di samping meraikan umat manusia, ‘semangat’ padi, dan unsur-unsur lain yang melambangkan alam semula jadi.

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak hairanlah makanan merupakan antara aspek yang paling dinanti-nantikan. Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat karib sambil menikmati pelbagai makanan lazat. Namun, harus diingat bahawa pemakanan tanpa kawalan semasa perayaan boleh menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan dan kegelisahan. Kerana itu, pengamalan snek bijak yang merujuk kepada tabiat makan dengan niat dan perhatian, memfokuskan pada detik sekarang, dan menikmati makanan dengan semua pancaindera untuk mengelakkan terlebih makan amatlah disarankan.

Di sini, mari kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba, dan sambil-sambil itu terapkan juga amalan snek bijak ketika menikmatinya:


1. Kuih Sarang Semut atau Kuih Jala
Sumber: Pengguna Facebook - Senia Raniah

Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan Kuih Karas dari Semenanjung Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu, dan gula. Ia digoreng panjang dan nipis, dan memiliki tekstur yang lembut dan sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai Kuih Jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur dan rasanya yang lazat. Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih Sarang Semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.


2. Penganan
Sumber: Hantara Blog – Che Nom

Penganan dari Sarawak merupakan makanan tradisional yang dibuat dengan menggoreng adunan tepung beras, gula, dan santan. ‘Kek mini’ ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut lagi kenyal. Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ianya makanan bergoreng, amalkan kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.


3. Hinompuka (Kuih pulut kukus)
Sumber: Pengguna Facebook – Debbie Debra D

Hinopuka merupakan makanan tradisi Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit yang dibalut dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal. Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim, dan ada juga yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis. Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan yang sesuai bagi anda yang menggemari perisa yang lebih halus. Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkanlah kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan. Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.


4. Tebaloi
Source: Facebook User – Tebaloi Mukah Sarawak

Tebaloi atau biskut sagu merupakan makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo. Diperbuat dari tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik. Nikmati kepingan tebaloi anda dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya yang unik hasil dari panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.


5. Bambangan
Sumber: Pengguna Shopee – astcatalieya

Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga. Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, dan boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan seperti Hinava Ginapan untuk Tadau Kaamatan. Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka. Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan dengan penuh perhatian dan lebih perlahan untuk meningkatkan kepuasan makan anda.

Mencuba kudapan-kudapan lazat ini merupakan cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan budaya sambutan Kaamatan dan Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. Dengan begitu banyak makanan lazat untuk dinikmati bersama orang tersayang, jangan lupa untuk mengamalkan tabiat snek bijak – bahagikan porsi kudapan sebelum makan, dan kurangkan atau elakkan gangguan untuk menumpukan sepenuh perhatian pada nikmat makanan anda. Amalan snek bijak ini sebenarnya boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira di mana jua, dan pada bila bila masa.

Amalan snek bijak semasa musim perayaan bukan sahaja membolehkan anda menikmati makanan anda dengan sepenuh hati, tetapi juga membantu anda menjalani gaya hidup lebih sihat. Menurut satu laporan tentang tabiat snek global oleh Mondelēz International, 78% orang pada hari ini lebih cenderung mengambil masa untuk menikmati snek mereka, manakala 61% berkongsi mereka meluangkan masa untuk membahagikan porsi makanan sebelum makan. Adakah anda salah seorang daripada mereka? 

Kenali amalan snek bijak serta manfaat-manfaatnya di www.snackmindful.com.

Sunday, May 21, 2023

Pusat Karaoke LOUD SPEAKER Cawangan KE-13 Kini Di Buka Di DATUM JELATEK

Hi Korang,

Mana dia kaki karok-karok yang hebat nieh...


Meh sini kak lily nak citer mengenai pusat karaoke Loudspeaker yang kini mula mencipta nama di Lembah Klang. Cawangan terkini jenama pusat karaoke terkenal Loud Speaker di pusat beli-belah Datum Jelatek di sini, berjaya menarik perhatian ‘kaki karaoke’ sekitar ibu negara sebagai lokasi berkaraoke yang eksklusif dan sihat.

Ini kerana, selain penerapan beberapa elemen terkini yang terdapat pada dekorasi dalaman cawangan ke-13 ini, ia juga menyediakan persekitaran karaoke tanpa alkohol sekaligus sesuai untuk dikunjungi oleh pelbagai bangsa.

Malah, lokasi cawangan baru ini ternyata lebih strategik kerana terletak di tengah ibu kota dan mudah diakses oleh transit aliran ringan (LRT) iaitu berlokasi di stesen Jelatek.


Pengerusi Loud Speaker, Encik Damien Soh berkata, Objektif penubuhan cawangan baru ini ialah sebagai memenuhi permintaan ramai peminat pusat karaoke berkenaan.

“Walaupun Loud Speaker sudah pun menjadi jenama terkenal dikalangan masyarakat berbangsa Cina, namun matlamat kami seterusnya ialah untuk menarik dan melayani permintaan khalayak yang pelbagai dengan menyediakan persekitaran karaoke bebas alkohol.

Objektif ini sejajar dengan pernyataan visi kami di Loud Speaker untuk menyediakan keseronokan untuk semua, tanpa mengira latar belakang atau etnik,” katanya.

Cawangan ke-13 ini, menyediakan kemudahan serba baharu dengan kesan pencahayaan dan muzik yang dipertingkatkan, serta skrin definisi tinggi yang besar tersedia di semua bilik Loud Speaker.

Kelebihan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana bertenaga tinggi semata-mata untuk memberikan kepuasan terbaik kepada setiap pengunjung yang datang ke Loud Speaker cawangan ini.

Sempat jugak menyumbangkan suara di Mini Studio nieh

Mini Studio

Tidak ketinggalan dengan kewujudan Studio Mini yang menjadikannya sesuai untuk kunjungan kumpulan kecil, umpama studio rakaman sebenar yang menawarkan pengalaman menyanyi bak artis rakaman terkemuka.

Cawangan pertama Loud Speaker mula di buka pada 8 Ogos 2009 iaitu di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.

Sehubungan itu, menurut Encik Damien Soh, pihaknya mensasar untuk mencapai 30 lokasi menjelang akhir 2024 dengan skim francais yang terancang. Tambahnya, cawangan baru di Datum Jelatek merupakan salah satu cawangan terbesar dengan keluasan melebihi 14,000 kaki persegi.

“Di sini kami memiliki 47 bilik karaoke yang jauh lebih besar daripada kebanyakkan bilik karaoke dan tidak ketinggalan 6 Mini Studio yang menjadi keunikan di sini. “Kami juga mempunyai sebuah bilik VVIP terbesar kami yang berkeluasan lebih 1000 kaki persegi dengan dilengkapi tandas peribadinya sendiri.

“Reka bentuk bilik VVIP ini, mempunyai pentas dan tempat duduk dalam bentuk konsep lounge, yang menjadikannya sesuai untuk diubah bagi disesuaikan dengan apa-apa jenis majlis dan acara.

Bella Astillah

Dolla

Rief Daniel

Bagi memperkenalkan cawangan terbaru berkenaan, Loud Speaker telah menganjurkan Rumah Terbuka Loud Speaker yang telah dihadiri ramai selebriti popular seperti Dolla, Bella Astillah dan Rief Daniel.

Tidak ketinggalan beberapa bintang media sosial dan rakan media tempoatan untuk berhibur bersama-sama sempena pembukaan cawangan baru berkenaan.


Pada majlis berkenaan, Loud Speaker turut berbesar hati dengan menghulurkan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) hasil kutipan daripada kempen #JomSingOutLoud.

Kempen yang berjalan menerusi platform TikTok itu telah dilancarkan sejak 8 May lalu dan akan berakhir pada 31 May ini.

Untuk mengambil bahagian di dalam kempen berkenaan, pengunjung perlu melayari laman TikTok Loud Speaker iaitu https://www.tiktok.com/@loudspeakerktv kemudian gunakan hashtag #JomSingOutLoud di TikTok dan ikuti langkah seterusnya.


Sempena pembukaan cawangan baru, Loud Speaker turut menyediakan harga promosi sehingga 31 Mei ini, pada setiap Isnin hingga Khamis. Pelanggan yang hadir sebelum jam 5 petang, dapat menikmati harga tawaran RM13 seorang, manakala RM18 selepas jam 5 petang.

Satu keistimewaan yang lebih lagi adalah para pelanggan dapat menikmati promosi pembelian Pas Keahlian selama 12 Bulan dengan hanya RM12 (ORP: RM38) sahaja apabila mereka melakukan mana-mana pembelian sesi karaoke.

Bukan itu sahaja, semua ahli JOM K Kakee berpeluang menikmati faedah eksklusif tambahan, termasuklah promosi Hari Keahlian (Membership Day) yang akan ditawarkan pada setiap hari Isnin. Selain itu juga, mereka boleh bernyanyi selama 3 jam dengan hanya RM10 seorang sepanjang tarikh promosi ini berlangsung. 

Cukup berbaloi!





Jenis-Jenis Bilik di Loud Speaker Datum Jelatek

# 47 jenis bilik dengan pelbagai size:

- A. Small (4-6 orang)
- B. Medium (7 – 9 orang)
- C. Large (10 – 12 orang)
- D. VIP (14 – 17 orang)
- E. VVIP (Boleh memuatkan sehingga 40 orang)

# 6 bilik Mini Studio (1-2 orang)

Tambahan lagi, kesemua pengunjung dapat menikmati free-flow minuman dan ais krim bagi setiap sesi 3 jam karaoke yang dibeli oleh mereka, agar dapat merasai pengalaman seronok secara maksima di Loud Speaker.

Keistimewaan yang ditawarkan ini adalah untuk memberi ruang kepada para pengungjung untuk merasai kualiti karaoke yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari https://loudspeakerktv.my/ atau hubungi pihak Loud Speaker cawangan Datum Jelatek Shopping Centre di talian 03-3855 6088

Alamat:

Loudspeaker
L2-01, Datum Jelatek Mall, 
Jln Jelatek, Jelatek, 
54200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:

12 tengahari – 3 pagi (semua cawangan)
11 pagi – 2 pagi (Tropicana Mall dan MyTown)
11 pagi – 3 pagi (Johor)