Sunday, July 31, 2022

Kak Lily Enjoy Buah Blueberry Dari U.S. Highbush Blueberries Yang Kaya Dengan Pelbagai Kebaikan

Hi Korang,

Biasa makan blueberries??

Mesti jarang kan ke tak pernah rasa langsung. Maklumlah buah import ni mesti kita kurang mengenalinya. Saiznya kecil sedikit daripada anggur, berwarna biru dan rasanya sangat sedap yang mempunyai pelbagai vitamin yang berkhasiat untuk keperluan badan kita.


Ianya adalah buah blueberry dari U.S Highbush Blueberries, dan kini sedang berlangsungnya Kempen "Boost of Blue" bersempena dengan musim buah blueberry bermula dari April sehingga September 2022.

Kempen 'Boost of Blue' bertujuan untuk mewar-warkan kebaikan buah blueberry terutama pada kesihatan badan. Selain daripada dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menikmati blueberi dan jadikannya sebagai sebahagian daripada diet sihat.



Ini terutama dari jenama U.S. Highbush Blueberry yang sememangnya buah blueberry yang ditawarkan memang segar dan sedap.

Kebaikan Menikmati Buah Bluberi

Buah blueberry walaupun saiznya kecil tetapi ianya mempunyai banyak manfaat serta kebaikan. Antaranya buah blueberry mengandungi prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan usus. Selain itu ianya juga kaya dengan anti oksida dan phytoflavanoids. Buah blueberry ini juga merupakan sumber vitamin K dan C, jadi tidak hairanlah ia sentiasa menjadi pilihan utama doktor dan pakar pemakanan.

Secara teperinci buah blueberry ini mengandungi fosforus (2% daripada nilai harian), kalsium (15%), dan mangan (20%). Rasanya yang manis dan mudah dinikmati sama ada segar segar atau beku. Bagi saya sendiri buah blueberry sangat praktikal, kita tidak perlu kupas, hanya bersihkan terlebih dahulu dan terus masuk ke dalam mulut.

Buah blueberry berasal dari Amerika Utara, telah menjadi sebahagian daripada kehidupan di sana selama 13,000 tahun. Belukar tinggi pertama blueberry telah ditanam untuk pengeluaran komersial pada awal 1900-an.

Dan hari ini, U.S.Highbush menanam hampir 1 bilion paun blueberry di Amerika Utara setiap tahun. Ianya menjadi tanaman warisan bertahun lamanya. Kini semua masyarakat di seluruh dunia boleh menikmati blueberry yang banyak manfaat ini.

Buah blueberry bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pembuka selera, minuman, sebagai sebahagian daripada hidangan utama dan juga pencuci mulut. Biarpun biasanya kita menikmati buahan ini secara segar tetapi sebenarnya kita juga boleh nikmati dalam keadaan beku atau kering.

Kita boleh cuba resepi bluberi yang sedang viral di Tik Tok, antaranya seperti oatmeal pencuci blueberry tanpa perlu dimasak pun!!


3 Resepi Mudah Menggunakan U.S. Highbush Blueberries

Ini antara 3 resepi yang telah kak lily cuba sendiri dengan menggunakan U.S Highbush Blueberries.


Fresh Blueberry Smoothie

Bahan-bahan:

1/2 cawan buah blueberry segar
Yogurt
Oat

Kaedah:

Kisar yogurt dan oat
Masukkan buah blueberry. Kisar semula
Akhir sekali boleh campur sedikit buah blueberry ataupun buahan lain.
Sedia untuk dinikmati


Dried Blueberry Party Mix

Bahan-bahan:

100gram Salted Pretzel
100g dark chocolate
200g blueberry kering
100g roasted almond


Kaedah:

Potong kecil dark chocolate (jadikan saiz yang mudah digigit)
Campurkan semua bahan didalam satu mangkuk.
Gaul rata
Simpan didalam bekas kedap udara



Homemade Frozen Blueberry Jam

Bahan-bahan:

600g blueberry frozen
450g gula halus
50g pectin

Kaedah:

Campurkan blueberry frozen bersama gula. Biarkan seketika (20 minit)
Panaskan.
Penyek-penyekkan sehingga sebati
Masukkan gula lagi dan Pectin
Gaul rata.
Kecilkan api, masak sehingga adunan likat,
Simpan didalam botol yang bersih.


Jom Dapatkan. U.S. Highbush Blueberries Hari Ini

U.S. Highbush Blueberries adalah salah satu jenama buah blueberry terbaik di dunia. Kaya dengan nutrien, boleh dimakan begitu sahaja tidak kira usia.

Boleh dapatkan buah blueberi U.S. Highbush Blueberries yang berkualiti di pasaraya-pasaraya seperti AEON, Jaya Grocer dan TF Value.


Wednesday, July 27, 2022

Revenue Valley X myBurgerLab collaboration brings new range of burgers to The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack and Nice Catch

Hi Everyone,

Fast casual dining restaurant operator Revenue Valley Sdn Bhd and the ever popular myBurgerLab have teamed up to tantalise the tastebuds of foodies in Malaysia with an array of delicious offerings in The Manhattan FISH MARKET (MFM), Tony Roma’s, NY Steak Shack and Nice Catch by MFM.

With each brand bringing their uniqueness to the table, literally, from fresh ocean catch to juicy Australian beef and sizzling sensations to myBurgerLab’s signature charcoal buns and delectable sauces, this latest collaboration brings a delicious mash-up which promises to be a delightful gastronomic experience.

Seafood fans can enjoy a new, and limited-time-only range of fish burgers at The Manhattan FISH MARKET with Mike’s Salsa Burger (RM19.90), Hot Reef & Chick (RM28.90) and Snappin’ Budu Burger (RM33.90). Fresh Cherry Snapper is battered and fried, and is paired with either sauteed mushrooms and Green Salsa sauce; fried chicken thigh and myBurgerLab’s signature Red Sauce; or grilled prawns with a dash of slightly spicy Budu Mayo for an east coast flavour, tucked into the famous charcoal buns and served with a side of Hand-cut Chips.

Beginning 4th August, meat lovers can indulge in the additions to the handheld menu with Tony Roma’s X myBurgerLab creations featuring juicy grilled beef patties and delicious salsas served alongside fries. The decadent Royal Stacked Burger (RM59.90) features double Australian beef patty topped with cheese, both Green Salsa and Spicy Red Salsa and piled up within charcoal buns; while the Chucky Ring Burger (RM45.90) is a delicious pairing of a juicy grilled beef patty with crunchy golden onion rings, cheese and Spicy Red Salsa.


Loaded Chick Burger (RM38.90) comes with one crispy deep fried chicken breast patty complemented with a choice of Green Salsa or Red Salsa tucked in charcoal buns. Chicken fiends can load it up even more with two pieces of crispy chicken patties for an additional RM6.


NY Steak Shack customers will now be able to enjoy myBurgerLab’s chargrilled patties served up in classic handheld or the shack’s famous sizzling style. Bob’s House On Fire Burger (RM34.90) is complemented with Red Sauce served with sauteed mushrooms and cheese while The Dancing Hulk Burger (RM29.90) comes with Green Salsa and is paired with a sunny side up and cheese for extra happiness.


Those looking for some hot action can head over to Nice Catch by MFM for a quick bite on the go with the new Hot Binge Cornador (RM9.90) and Hot Mess Bait Hotador (RM12.90) that is topped with the Nice Catch X myBurgerLab spicy hot sauce. Come September, there would be two more hotadors on the menu – FrankTastic and Hen Solo – for continued excitement.

Available for a limited time only, the new menu is a medley of different flavours which showcases the best of all brands.


Daniel Chan, Group Chief Executive Officer for Revenue Valley said, “Malaysians today are more adventurous when it comes to food and are always on the lookout for something new. With this exciting collaboration with myBurgerLab, we have created a range of mouth-watering products that feature the specialties of the respective brands.”

“Homegrown brand myBurgerLab is at the top of the game in the burger scene and are known for their innovative and delicious creations thus it was a great experience teaming up with them to create new tantalizing burgers for our customers. We have a shared passion for serving good food, be it burgers, steaks or fresh seafood and that will always be our guiding light”, added Chan.



Chin Ren Yi, co-founder and Managing Director of myBurgerLab, said, “It was a privilege to be given the opportunity to work alongside industry leader, Revenue Valley, on a collaboration of this scale. This not only serves as a validation for the hard work we have put in over the past 10 years, but also allows us to learn from experienced industry players. Developing products with Revenue Valley that incorporated the best of both our worlds was both a challenge, and a whole lot of fun.”

Visit The Manhattan FISH MARKET, Tony Roma’s, NY Steak Shack and Nice Catch by MFM outlets to check out the exciting new flavours today. Also available for contactless take away and delivery on GrabFood, ShopeeFood and foodpanda. 

For more information, visit :




Sunday, July 24, 2022

Rangkaian Acne Solution Kit Daripada FANBO, Khas Untuk Mereka Yang Mengalami Masalah Jerawat

Hi Korang,

Keadaan cuaca sekarang ni di negara kita merupakan asbab kepada masalah kulit muka cepat berpeluh, berminyak dan melekit seterusnya jerawat semakin menjadi-jadi keluarnya.

Bukan korang je mengalaminya even kak lily pun sama, walaupun dah masuk umur 40an ni tapi jerawat tetap juga keluar atas faktor-faktor di sebutkan tadi.

Kebetulan Kosmetik Fanbo yang telah bertapak sejak 1968 di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka dan tatarias wajah kini menawarkan rangkaian produk anti jerawat iaitu Fanbo Acne Solution Series

Kalau korang nak tau yang Fanbo terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini menawarkan Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo yang diformulasi khusus bagi kulit muka berjerawat dengan motto Beauty Without Worry.


Dilengkapi dengan bahan semulajadi dan aktif seperti Tea Tree Oil, Hydragenic Solution, Silver Active dan pro Vitamin B, set ini adalah sesuai bagi memulakan langkah untuk mendapatkan kulit muka yang sihat, segar, berseri dan menawan melalui lima langkah rutin penjagaan kulit muka.


Lima Langkah Rutin Penjagaan Kulit Muka Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo

Sekiranya kita mempunyai masalah kulit muka berjerawat, minyak berlebihan dan pori kulit yang besar, boleh mencuba lima langkah ini ye:

1. Fanbo Acne Solution Facial Foam - membersihkan minyak dan kulit muka yang mudah berjerawat dengan berkesan;

2. Fanbo Acne Solution Toner - menyegarkan dan menyingkirkan lebihan kotoran, minyak dan sebum;

3. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel - mengawal lebihan minyak dan melembutkan kulit muka;

4. Fanbo Acne Solution Acne Gel - mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat; dan

5. Fanbo Acne Solution Loose Powder - bedak non-comedogenic dan mengawal sebum.


Fanbo Acne Solution Facial Foam

Pembersih muka dengan buih lembut boleh membantu mencegah pertumbuhan jerawat dengan tiga langkah mudah iaitu:

1. menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan dengan lembut

2. membersihkan kulit tanpa mengeringkannya, melembapkan dan melembutkan kulit muka

3. menyegarkan dan membantu mengawal minyak berlebihan pada kulit muka dan membuatkan kulit lebih segar dan berseri.


Fanbo Acne Solution Toner

Selepas menggunakan pembersih muka, teruskan rutin penjagaan kulit muka dengan menggunakan toner yang berfungsi bagi:

1. menyegarkan dan membuang sisa kotoran, minyak dan sebum bagi mendapatkan kulit muka yang bersih

2. membantu mengawal minyak berlebihan dan memastikan liang pori kulit wajah bersih

3. membantu mencegah pertumbuhan jerawat dan mengecilkan liang pori.


Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel

Pelembap merupakan satu perkara penting di dalam rutin penjagaan kulit wajah. Fanbo Acne Solution Moisturizer Gel yang dibuat berasaskan air menjadikan tekstur pelembap ini mudah meresap ke dalam kulit muka di mana ianya:

1. membantu menjaga kelembapan kulit

2. meyegarkan dan membantu mengawal minyak berlebihan di wajah sehingga kulit terasa lembut

3. membantu memudarkan bekas jerawat sehingga kulit nampak lebih berseri.


Fanbo Acne Solution Acne Gel

Gel lembut yang diformulasikan agar mudah menyerap tetapi tidak melekit ini:

1. membantu merawat kulit berjerawat

2. menjaga kulit agar tetap bersih dan segar

3. mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat

4. membantu penyembuhan secara semulajadi tanpa membuatkan kulit menjadi kering.


Fanbo Acne Solution Loose Powder

Fanbo Acne Solution Loose Powder merupakan langkah terakhir untuk melengkapkan rutin perawatan dan penjagaan wajah di dalam siri Rangkaian Penyelesaian Jerawat Fanbo.

Bedak muka ini adalah:

1. non-comedogenic dan mengawal sebum

2. membantu menyerap minyak berlebihan pada kulit

3. tidak menyumbat liang pori dan memberikan padanan tona sekata dengan kulit muka.

Bedak muka ini diformulasikan agar ia terasa ringan dan lembut pada kulit wajah.



Keistimewaan Produk Fanbo

Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat:

1. membantu menyihatkan dan melindungi kulit kita;

2. membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya kulit kita mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta sendiri;

3. mesra wuduk. Ini memang awesome sangat sebab kita tidak perlu memperbaharui solekan selepas membersihkan muka;

4. formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya; dan

5. memfokuskan pada penyediaan dan asas yang berkualiti supaya kita dapat menyerlahkan gaya semula jadi diri sendiri.


Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:

LAZADA

SHOPEE

PG MALL


Untuk maklumat lanjut tentang produk Fanbo, korang boleh layari: