Tuesday, April 27, 2021

Buffet Ramadhan 2021 ‘Kembali Eratkan Jalinan’ Di TH Hotel Kelana Jaya

Hi Korang,

Kita sambung lagi senarai entri buffet ramadhan 2021 di www.ciklilyputih.com ini .

Setelah setahun lebih kita berehat dari buffet ramadhan akibat Pandemik Covid-19 ini sekarang ianya muncul kembali seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kali ini kak lily bawak korang ke TH Hotel Kelana Jaya untuk merasai sendiri menu-menu buffet ramadan yang di sajikan kepada kita.


Tema Bufet Ramadan TH Hotel Kelana Jaya pada tahun ini adalah ‘Kembali Eratkan Jalinan’. Tema ini dipilih kerana pada tahun 2020 tahun yang lepas, kita semua tidak dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. 


Hotel juga tidak dapat menyediakan juadah berbuka puasa untuk dinikmati oleh orang ramai. Justeru pada tahun ini, setelah kerajaan membenarkan hotel beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan, tema ini menggambarkan suasana waktu berbuka puasa yang dapat diraikan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.




Bufet Ramadan tahun ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan. Antara masakan tempatan yang boleh di nikmati ialah Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Kurma, Rendang Abe Aji, Sayur Pucuk Paku Lemak Kuning, Ikan Patin Tempoyak, Tulang Rawan Gulai Kawah, Daging Gulai Kawah, Asam Pedas Ikan Tenggiri, dan banyak lagi.



Tetamu boleh menikmati pilihan tempatan seperti Ulam-Ulam dengan Sambal Belacan, Budu, Cincaluk, Jeruk Buah-Buahan, Pelbagai Keropok, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Pegaga, Kerabu Perut, Kerabu Kacang Panjang, Telur Masin, Ikan Masin, dan sebagainya.




Tetamu juga boleh melihat barisan gerai yang menampilkan konsep berbeza semasa waktu berbuka. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah Gerai Middle East, Gerai Char Kuew Teow, Gerai Goreng-Goreng Rangup, Gerai Mongolian Beef, Gerai Shellout ‘Kava’, Gerai Noodle Station, Gerai Ais Leleh, dan Gerai Minuman Panas & Sejuk.

Tarikan utama Bufet Ramadan tahun ini adalah Kibas Golek!


Jarang sekali kita dapat lihat Bufet Ramadan menghidangkan Kibas Golek. Kibas Golek boleh dimakan bersama Nasi Arab Mandy atau dimakan begitu sahaja dengan sos pilihan iaitu Mushroom Sos, Black Pepper Sos, Mint Sos, dan Air Asam Bunga Kantan.



Selain hidangan bufet yang membangkitkan selera, tetamu juga berpeluang mencuba pemanis mulut yang lazat. Antara pemanis mulut yang dihidangkan adalah Sago Gula Melaka, Kuih Seri Muka, Kuih Koci, Pulut Panggang, Kuih Talam, Jelly Buah-Buahan Tempatan, Puding, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam dan sebagainya.

Bufet Ramadan TH Hotel dibuka setiap hari dari jam 6.00 malam hingga 10.00 malam dari 14 April 2021 hingga 12 Mei 2021. 

Harga bagi Bufet Ramadan 

RM69.90 bersih untuk dewasa
RM39.90 untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU.

TH Hotel Kelana Jaya juga menawarkan Promosi Hari Gaji berharga RM59.90 bersih untuk dewasa. Promosi adalah sah daripada 22 April sehingga 1 Mei 2021.

Untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut, hubungi Jabatan Jualan & Pemasaran di 03-7873 6297 atau melalui Whatsapp 014-7572808 (Bismi), 014-9585662 (Nadhira).

Jom kita ke :


TH Hotel Kelana Jaya
Tabung Haji Complex in Kelana Jaya
Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7873 6297


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :


Website :

Facebook Rasmi :
facebook.com/thhotel dan facebook.com/tahacafe

Instagram Link :
instagram.com/thhotelkelanajaya dan instagram.com/tahacafeofficial


Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan, food review bagi tahun 2021, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2021 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


#BuffetRamadan2021
#bukapuasadihotel
#hargabuffetramadan

Monday, April 26, 2021

Majlis Pelancaran Pesona Raya Noir 2021

Hi Korang,


Di bulan ramadan yang mulia ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pesona Raya Noir 2021, anjuran NOIR Health & Beauty Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berjaya mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan yang telah bertapak lebih lama dalam menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai.



Majlis pelancaran dan juga acara berbuka puasa ini dihadiri pengasas jenama Noir iaitu Puan Eriyca Baiduri yang lebih dikenali sebagai Madammu turut disertai oleh rakan niaga dan usahawan-usahawan Noir. Semua hadirin yang hadir begitu bergaya dengan berbaju kurung mahupun baju melayu mengikut warna tema yang diberikan iaitu pastel.

Kalau korang nak tahu yang pengasas Noir ini iaitu Puan Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu, mempunyai minat yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam berkongsi tips kecantikan telah membawanya ke dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan ini.



Mengekalkan keyakinan setiap wanita dalam mencapai kecantikan secara sihat dan selamat, Noir memperkenalkan 4 pakej-pakej istimewa untuk semua pelanggan setia Noir yang merangkumi produk-produk penjagaan wajah, makanan tambahan kesihatan dan kosmetik sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Istimewanya pakej yang ditawarkan ini memfokuskan kepada aspek utama menampilkan pesona wanita, Noir mengetengahkan pakej kecantikan dan kesihatan secara selamat dengan promosi produk Noir yang premium, halal dan selamat.

Yang penting, kulit tampil sentiasa muda dan anjal menerusi rumusan bahan-bahan yang sesuai dan terbaik untuk kulit wanita. Amalan Noir dalam mendapatkan wajah tampak berseri dan mencapai kecantikan secara alami, menggunakan unsur-unsur semula jadi. Memulihkan kesejahteraan demi kesihatan yang optimum dan kulit yang sihat dan jelita, dari dalaman.


Kenapa Perlu Dapatkan Pakej Pesona Raya Noir



Atas kesedaran masalah kulit wajah yang sering dialami oleh wanita, Noir melancarkan pakej-pakej kecantikan dan kesihatan istimewa pada bulan Ramadhan untuk membantu menyelesaikan masalah para wanita menjelang menyambut Aidilfitri.

Antara masalah kulit yang sering dialami oleh para wanita ialah:

a. Kulit kusam

Masalah yang paling sering dialami wanita adalah kulit kusam. Kulit kusam disebabkan oleh kulit kerap terdedah dengan sinar matahari, radikal bebas dan pencemaran persekitaran. Kulit kusam mengakibatkan penampilan kulit terlihat lebih gelap.

Kulit kusam ternyata bukan sekadar masalah luaran semata-mata. Kebanyakan orang mungkin berpendapat bahawa kulit hanyalah pelindung luar, padahal kulit juga adalah organ yang sama pentingnya dengan bahagian tubuh lain dan memiliki banyak tugas penting.

b. Kulit Berjerawat

Jerawat tidak hanya muncul semasa usia menginjak zaman remaja sahaja. Bahkan orang dewasa hingga usia 40-an juga sering mengalami masalah kulit muka berjerawat. 20% di kalangan wanita pasti akan mengalami masalah ini.

Jerawat baik berupa komedo kecil hingga jerawat batu, turut meninggalkan kesan kehitaman pada wajah malah ada juga yang mengalami luka dan parut.

Jerawat pada wajah yang disebabkan oleh minyak berlebihan yang mengakibatkan liang pori-pori tersumbat.

c. Kedut dan garis halus pada wajah

Ini adalah masalah kulit yang sering dialami, terutamanya wanita yang bekerja di luar. Kulit berkedut juga biasanya dikaitkan dengan bertambahnya usia. Padahal masalah ini melibatkan pelbagai faktor yang mempercepat terjadinya garisan halus di wajah, seperti gaya hidup, pola makan dan persekitaran.

Antara penymbang utama adalah terdedah kepada matahari dan radikal bebas yang menyebabkan hilangnya pelindungan kulit. Sinar ultraviolet akan menyebabkan wajah akan menjadi lebih tua dengan pantas.

d. Hiperpigmentasi atau jeragat

Hiperpigmentasi adalah keadaan kulit yang terkesan dengan munculnya bintik-bintik berwarna gelap. Jeragat menjengkelkan yang muncul pada kulit itu tidak ada hubungannya dengan usia.

Hiperpigmentasi juga terjadi akibat inflamasi kulit, yang menimbulkan warna gelap pada bekas kulit yang terluka atau yang mengalami keradangan.

Lakukan eksfoliasi untuk mempercepat pergantian sel atau menggunakan essence dan serum untuk sehingga bintik-bintik penuaan memudar. Jangan lupa untuk selalu menggunakan sunblock.

Sunblock adalah cara pencegahan terbaik untuk menghindari berbagai masalah kulit, termasuk bintik-bintik hitam.


Pakej Pesona Raya Miniset

Memperkenalkan pakej kombinasi set mini keluaran terbaru Noir dan produk best-seller, Noir UV White Foundation.


Set mini, Flawless Beauty dan Crystal Skin disasarkan untuk memudahkan para pelanggan untuk membuat pilihan yang tepat dalam rutin penjagaan kulit masing-masing. Dan UV White Foundation melengkapi rutin ini dengan melindungi kulit dari sinar matahari.


Flawless Beauty, set yang fokus kepada kulit jenis berminyak. Dilengkapi dengan rutin penjagaan yang lengkap terdiri daripada Mousse Purifying Cleanser (30ml), Skin Relax Scrub (10ml), Skin Refining Essence (20ml), Noir Acne Serum (15ml) dan Whitening Gel Hydrant (10g).

Set mini ini ditampilkan untuk:

• merawat masalah kulit berjerawat

• mengawal kulit berminyak

• mengecilkan liang pori yang membesar dan tersumbat

• mencerahkan dan sekatakan warna kulit



Crystal Skin, rumusan khas untuk kulit normal, kering dan kombinasi. Set ini mengandungi Malachite Crystal Cleanser (30ml), Moisturising Facial Scrub (10ml), Hydrant Activating Essence (20ml), Skin Revitalising Serum (15ml) dan Whitening Gel Hydrant (10g).

Fokus untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan kulit kering dan kombinasi iaitu:

• memelihara kelembapan kulit

• anti-penuaan dan mengatasi kedutan wajah

• mengurangkan jeragat dan pigmentasi kulit

• mengatasi kulit kusam

Satu set mini dipakejkan dengan UV White Foundation yang diformulasikan dengan pigmen mineral semulajadi dan kaya dengan kandungan Vitamin C, ia meliputi kecelaan sambil membetulkan tona kulit yang tidak sekata dan meminimumkan penampilan pori dan garis halus. Pelanggan boleh memilih warna sama ada Super Light dan Light.

Pakej Pesona Raya Miniset (1 unit miniset Noir dan 1 unit UV White Foundation) ini dijual dengan harga RM289.


Pakej Pesona Raya Pure White

Noir Pure White merupakan produk Noir yang telah membantu ramai wanita tampil cantik dan sihat. Kaya dengan vitamin C, Camu-Camu membantu menguatkan sistem imunsasi anda dan diperlukan untuk pembentukan kolagen dan pembentukan Glutathione, secara semula jadi di dalam badan anda. Bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam badan anda dan penting untuk kesihatan kulit dan sistem imunsasi anda.



Manfaat mengambil Noir Pure White sebagai makanan tambahan:

• mencerahkan kulit

• memudarkan jeragat dan parut

• melembutkan permukaan kulit

• anti penuaan

• menghapus toksin dalam badan

• mengatasi masalah alahan kulit dan eczema


Pakej Pesona Raya Pure White ini didatangkan dalam 10 sachet dengan harga RM85.

Pakej Noir Iconic


Noir memperkenalkan rangkaian produk kosmetik yang terkini. Set Noir Iconic merupakan set asas bagi wanita yang ingin tampil manis walau dengan solekan minima.

Noir Iconic terdiri daripada Total Translucent Loose Powder, Perfect Glow Cheek Blush, Volumizing Lash Mascara, Ultra-Definition Brow Sculptor dan Lasting Liquid Eyeliner.



Bedak wajah Noir, Total Translucent Loose Powder, menjadikan pemakaian solekan meluas menerusi debu-debu bedaknya yang halus. Ia mampu melitupi liang pori, garis halus dan cela wajah. Serbuk lembut dan ringan bak udara, ia dapat meminimumkan kilauan wajah. Anda boleh mendapatkan permukaan wajah tampak matte, rata dan cantik.

Dilengkapi dengan pemerah pipi, Perfect Glow Cheek Blush, warna pipi merah jambu menambahkan lagi seri wajah ditambahkan oleh efek glowing daripada bahagian highlighter dalam set kompak ini. Duo ini membantu menenangkan dan mencerahkan kulit anda. Meningkatkan penghidratan dapat membantu kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.

Volumizing Lash Mascara keluaran Noir didatangkan dalam 2 jenis berus yang berbeza, iaitu Jumbo dan Skinny. Bahagian Jumbo untuk menghasilkan bulu mata yang lentik dan kemas, manakala bahagian Skinny untuk memanjang dan melebatkan lagi bulu mata.

Hasilkan kening yang kemas dan jelas dengan Ultra-Definition Brow Sculptor. Gel berwarna coklat gelap yang meluncur pada kening dengan lancar dan tidak pudar. Didatangkan dengan berus, spooley dan angled brush.

Lasting Liquid Eyeliner boleh dipakai sepanjang hari supaya anda tetap selesa. Buat rupa yang dapat dibayangkan pada setiap bentuk mata. Hujung berus mudah untuk digunakan dan memberi ketepatan yang ingin dicapai.

Set Noir Iconic dilengkapi 5 item ini boleh didapatkan dengan harga RM255. Percuma tote bag edisi khas Noir.

Pakej Lady Noir


Set yang lengkap ini mengandungi rangkaian produk dari Noir Cosmetic untuk tampil mempesona di Hari Raya.

Pakej Lady Noir ini merangkumi Hydro-Soothing Makeup Remover, Total Translucent Loose Powder, Perfect Glow Cheek Blush, Timeless Obsessions Eye Palette (Rouge Edition), Volumizing Lash Mascara, Ultra-Definition Brow Sculptor, Lasting Liquid Eyeliner dan Soft Eyeliner Pencil. Terdiri daripada 3 produk ekstra berbanding Noir Iconic.


Selain menanggalkan kesan mekap, Hydro-Soothing Makeup Remover turut menghidratkan permukaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, formulasi ini menyegarkan dan melembapkan kulit anda.

Timeless Obsessions Eye Palette edisi Rouge ini menampilkan warna-warna ros yang neutral, sesuai dipadankan dengan warna pakaian. Warna yang kaya - dari kemasan matte yang boleh dipakai harian dan kemasan berkilat untuk tampak elegan. Susun palet warna dalam baris yang berasingan untuk membuat penampilan yang mudah dan versatil.

Pensil mata tahan lama! Soft Eyeliner Pencil dengan tekstur yang meluncur, memastikan aplikasi yang tepat dan lembut pada bahagian dalam mata untuk penampilan yang lebih menonjol.

8 produk kosmetik untuk melengkapi pagi Raya anda dengan harga RM455. Percuma tote bag edisi khas Noir.




Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kami di saji dengan demonstrasi solekan muka dengan menggunakan produk Noir. Ternyata warna-warna yang di gunakan oleh MUA ini sangat cantik dan kena pada modelnya, dan cara solekannya amat mudah dan senang untuk kami ikuti


Sambil menikmati juadah hidangan berbuka, kami dihiburkan oleh penyanyi Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana. Siti Nordiana begitu anggun sekali telah yang menyampaikan 2 buah lagu yang cukup istimewa. Dan sememangnya kami benar-benar terhibur.


Jangan lupa untuk dapatkan produk Noir Pesona Raya 2021 yang ditawarkan sehingga Hari Raya sahaja. Esklusif untuk tempoh terhad pada harga yang cukup hebat!


Untuk keterangan lanjut dan pembelian produk boleh layari:

Website :

Facebook Page :

Instagram :
https://www.instagram.com/noirhealthbeauty/


Untuk pembelian produk boleh hubungi agen atau stokis Noir yang berdekatan dengan korang 



Friday, April 23, 2021

‘CAPTURE INFINITY’ RAYA INI DENGAN TELEFON PINTAR PERTAMA

Hi Korang,

realme Malaysia hariini secara rasmi melancarkan produk heronya tahun ini - realme 8 Pro. Ini adalah peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP, iaitu megapixel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa. Peminat fotografi dan videografi akan dapat merakammomen-momen yang luar biasa tanpa batasan dengan realme8 Pro, terutamanya menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.


Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen 'Raya Syokmo dengan 8 Pro' bermula 22 hingga 30 April dan mengambil pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah pra-pesanan dan tambahan 1 tahunjaminan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuklah realme Smart TV 43 ", realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale.

"Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan banggamemperkenalkan telefon pintar realme pertama kami yang dilengkapi dengan Kamera 108MP Kejelasan Tanpa Batasan yang menggunakan piksel tertinggi yang ada di industri. Dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat. Sekali lagi, ia adalah 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah dan pemandangan spektakuler yang ditangkap dengan lensa kameranya," kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.


Kamera Ultra Quad 108MP

realme 8 Pro adalah telefon pintarrealme pertama yang dilengkapidengan kamera 108MP, menggunapakai Sensor ISOCELL HM2 generasi ketiga dengan piksel ultra tinggi 108MP. Ia dilengkapidengan sensor ekstra besar 1 / 1.53 inci yang mencapai resolusi maksimum 12000x9000.

realme juga mengembangkan algoritma definisi ultra tinggibaru untuk kejelasan yang tiada tandingannya dalam setiap tangkapan 108MP dengan sensor HM2 resolusi yang baru di tingkatkan dan super tinggi. Mod 108MP yang sangat jelas membolehkan anda mengambil gambar jelas tanpa batasan dalam warna yang terang hanya dengan menghidupkan fungsi pengecaman pemandangan AI.


Teknologi Smart-ISO adalah bantuan pencahayaan terbaik anda kerana secara automatik memilih penyediaan ISO terbaik mengikut persekitaran, memastikan gambar yang diambil jelas, terang, hierarkidan berwarna-warni. Selain itu, sensor HM2 menyokong teknologi Pixel 9-in-1 Binning yang meningkatkan kualiti gambar di bawah cahaya redup.

Mod Super Nightscape telah diperbaharui ke generasi kelima di mana fungsi baru termasuk algoritma Pure Raw Nightscape dengan pengurangan kebisingan gambar AI dan penghapusanpiksel mati automatik. Ia meningkatkan gambar pemandangan malam agar kelihatan cerah.

Bagi teknologi Zoom In-Sensor 3X baru pada realme 8 Pro, ia dapat meningkatkan gambar yang diperbesar dengan Algoritma Peningkatan Kejelasan. Teknologi ini mempunyai ukuran pengimejan yang lebih kecil dan kelajuan pencitraan yang lebih cepat. Ia menggabungkan lapan foto 12-megapiksel yang ditangkap dengan cepat setiap masa dan output untuk meningkatkan ketajaman dan kejelasan.

realme juga memperkenalkan mod Starry generasi kedua yang ditingkatkan dengan mengoptimumkan proses pengimejan. Langkah pencerahan bintang dipisahkan dari algoritma dan diproses oleh ISP di SoC yang dipromosikan sebagai kesan pencerahan dan pengurangan kebisingan pada gambar.

realme secara eksklusif telah mengembangkan Algoritma Video Selang Masa Starry Pertama di Dunia yang membolehkan anda mengambil 16 foto individu setiap 15 saatselama 4 minit dan digabungkan menjadi gambar akhir. Untuk Video Starry Time-lapse, anda boleh mengambil gambar pada selang 15 saat yang sama tetapi hanya 15 foto terakhir yang disimpan untuk menjimatkan lebih banyak storan sambil menyusun gambar berbintang dan menggabungkannya menjadi video selang 30fps.


Mod Tilt-shift pada realme 8 Pro dapat mengubah dunia nyata menjadi dunia miniatur hanya dengan kesan kabur yang menjadikan sebahagian foto menjadi jelas dan kabur. Anda juga dapat menyesuaikan bentuk, sudut, kedudukan dan ukuran kesan kabur secara manual atau sesuaikan kesan kaburnya agar sesuai dengan pemandangan. realme 8 Pro menampilkan Mod Video Time-lapse Tilt-shift Pertama di Dunia yang menyokong video selang waktu dengan pemutaran 10x, menghadirkan dunia nyata dengan cara yang lebih unik.

Seterusnya, realme 8 Pro juga menawarkan mod potret di mana Potret Neon meningkatkan kesan kabur pada lampu latar untuk menghasilkan tangkapan yang lebih "mengasyikkan"; Dynamic Bokeh menghasilkan gerak menarik untuk gambar jalan anda; Potret Warna AI mempamerkan protagonis unik sebagai watak utama dikesan berwarna dengan latar belakang hitam dan putih. Potret AI Baru secara automatik menggambarkan dalam pelbagai senario, menghasilkan gambar potret yang kelihatan semulajadi dan terang. Potret Selfie 16MP pada realme 8 Pro membawa gambar diri anda ke tahap seterusnya dengan Kecantikan AI, Mod Potret dan Super Nightscape.

Pengguna YouTube dan Tiktok kini dapat merakam klip kreatif dan menarik dengan kamera depan dan belakang pada masa yang sama dengan menggunakan Video Dual-view serba baru. Algoritma peningkatan AI pada Ultra Nightscape Video telah ditingkatkan dengan pengesanan pencahayaan pintar yang meningkat kecerahan dan kejelasan gambar, membolehkan anda mengambil video malam yang indah.

Pengecasan Pantas 50W dan Bateri Besar 4500mAh

realme 8 Pro mempunyai bateri besar 4500mAh yang cukup untuk penggunaan sepanjang hari kerana digabungkan dengan pemproses penggunaan kuasa rendah dan Paparan Super AMOLED. Ia boleh berlangsung selama 33 jam panggilan telefon, 82 jam bermain muzik Spotify, 8 jam permainan, 22 jam teks atau 20 jam bermain video. realme 8 Pro boleh dicas sepenuhnya dalam 47 minit atau 50% dicas dalam 17 minit dengan 50W SuperDart Charge, pengecas 65W hadir di dalam kotak untuk penggunaan pengecasan pantas yang lain pada rangkaian peranti yang lebih luas.

Apabila Mod Penjimatan Kuasa Super dihidupkan, realme 8 Pro boleh bersiap sedia selama 32 jam walaupun pada bateri5% tahap. Pengoptimuman bateri lain termasuk Pengoptimuman Siaga Tidur, Pembekuan Pantas Aplikasi dan Penjaga Caj Malam.

Skrin penuh 6.4 Inci Super AMOLED

realme 8 Pro dilengkapi dengan Layar Penuh Super AMOLED 6.4 inci yang mempunyai warna yang lebih baik, kontras yang lebih tinggi dan paparan yang lebih realistik berbanding dengan skrin LCD. Skrin ini mencapai resolusi Full HD hingga kadar pensampelan sentuhan 180Hz untuk respons yang lebih pantas ketika bermain. Ciri Paparan Sentiasa Hidup di mana anda dapat melihat maklumat penting sekaligus. Sensor cap jari dalam paparan sensitif cahaya yang cepat dibuka menawarkan pengalaman yang lebih interaktif dan cekap.



realme 8 Pro boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Infinite Blue dan Infinite Black. Infinite Blue seperti mimpi dan mempesonakan sementara Infinite Black adalah lebih kepada misteri. Kedua-dua warna menggunakan reka bentuk slogan besar yang lebih berani dan reka bentuk trendy yang unik seiring dengan semangat jenama Dare to Leap.

Panel belakang realme 8 Pro menggunakan teknologi AG-Crystal Process yang dapat menarik perhatian pengguna dengan rasa tangan yang halus dan berkualiti tinggi. Ia menghasilkan kristal mineral semula jadi, gabungan kilat dan matte, kasar dan halus, tekstur yang indah dan halus seolah-olah sedang melihat langit berbintang yang terdiri daripada butiran kecil yang padat, seolah-olah mimpi dan futuristik.

Peranti ini sangat nipis dan ringan dengan berat 176g dan ketebalan 8.1mm, ia selesa digunakan berbanding dengan kebanyakan telefon pintar yang beratnya melebihi 200g pada masa ini. Model realme 8 Pro juga merupakan telefon pertama yang dilengkapi dengan sistem realme UI 2.0 dalam memberikan pengalaman yang lebih pantas, lancar dan selamat.

Ketersediaan Produk

Versi

Warna

Maklumat Jualan

 

 

 

 

 

realme 8 Pro

(8GB+128GB)

RM1,299

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Infinite Blue

and

Infinite Black

Pra-pesanan ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ di stor rasmi dan pengedar sah realme seluruh negara

       Tempoh pra-pesanan: 22 - 30 April 2021

       Setiap pembelian berpeluang untuk cabutan bertuah semasa mengambil realme 8 Pro pada 1 Mei 2021

       Percuma kotak hadiah pra-pesanan & tambahan 1 tahun jaminan

       Hadiah cabutan bertuah merangkumi 352 hadiah:

       88 unit x realme Smart TV 43"

       88 unit x realme Buds Air Pro

       88 unit x realme M1 Sonic Electric Toothbrush

       88 unit x realme Smart Scale





Untuk ketahui lebih lanjut boleh ikuti laman rasmi Facebook page dan Instagram @realmemalaysia.