Sunday, April 28, 2019

Produk Ketupat Baru NONA Untuk Tambah Kepelbagaian Hidangan Sepanjang Ramadan-Raya Tahun Ini

Hi Korang,

Bulan Ramadhan dan Hari Raya merupakan musim makanan dan kuih-muih bagi masyarakat Melayu yang beragama Islam. Memandangkan musim perayaan bakal menjelang tidak lama lagi, ahli keluarga pasti sibuk dengan persiapan juadah di dapur. Sejajar dengan perubahan masa, kini rakyat Malaysia mencari penyelesaian yang membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga dan sahabat. 


Salah satu juadah makanan yang ikonik dengan Ramadan dan Hari Raya ialah ketupat. Secara tradisionalnya, penyediaan ketupat memerlukan kemahiran menganyam dan mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk dimasak. NONA, pengeluar makanan tempatan berbangga mempunyai sejarah paling lama dalam menghasilkan ketupat yang mudah dan sihat di dunia. Ia bukan sahaja memiliki rangkaian produk ketupat yang pelbagai, malah juga mempunyai Ketupat Mini, Ketupat Lemang, Ketupat Palas dan Ketupat Nasi Dagang. Kini, dua inovasi terbaru dalam rangkaian produk ketupat ialah Ketupat Palas Durian dan Ketupat Palas Pulut Hitam. Bertepatan musim durian dan sambutan Hari Raya Hari Raya bakal disambut pada bulan Jun. Pengguna kini boleh menikmati pulut dan durian serentak di dalam produk Palas Durian. 

“Kami memahami masa dan usaha yang diperuntukkan bagi menyediakan juadah. Oleh itu, NONA menawarkan penyelesaian yang mudah di dapur anda!” kata Pengurus Jenama, Sri Nona Industries Sdn Bhd, William Wee. 

“Apabila tiba Hari Raya, masyarakat melayu pasti teruja. Kesempatan ini Nona membantu mengeratkan jalinan kasih sayang dengan hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan, malahan lazat,” kata William lagi. 

NONA, salah satu jenama generasi rakyat Malaysia yang menawarkan hidangan sejak tahun 1975. Urusan memasak menjadi lebih menyeronokkan dan kurang meletihkan. Bermula dari sahur, buka puasa dan hidangan Hari Raya, produk Nona sentiasa terhidang di atas meja. 

Rangkaian penuh NONA Ketupat:- 

Ketupat Mini 600g RM6.40 

Ketupat Economy 780g RM6.40 

Ketupat Mini 200g RM2.10 

Ketupat Economy 260g RM2.10 

Ketupat Mini 100s 1.9kg RM17.25 

Ketupat Palas 22g RM6.40 

Ketupat Palas Durian 22g RM6.40 

Ketupat Palas Pulut Hitam 250g RM6.40 

Ketupat Nasi Dagang 440g RM6.40 

Ketupat Lemang 310g RM6.40 



Saturday, April 27, 2019

Promosi Buffet Ramadan 2019 #Bismillah di Dorsett Putrajaya

Hi Korang, 


Minggu lepas kak lily ke Dorsett Putrajaya untuk merasai kenikmatan buffet Ramadhan yang di adakan, maklumlah hotel ini baru je dibuka beberapa tahun yang lepas kan. Hehehe 


#Bismillah tau 

#bismillah untuk memberkati segala usaha mereka di hotel. Segala-galanya bermula dengan Bismillah. Ini adalah sebab pihak hotel memilih #bismillah sebagai tema untuk buffet Ramadhan tahun ini. 









Jika korang terlepas pesta terakhir kami di Dorsett Putrajaya, pastikan korang mendapatkan baucer anda pada awal kali ini. 







Korang pasti tidak mahu melepaskan lebih daripada 300 masakan yang di hidangkan di Restoran Citra Rasa seperti Pek Nga Kelapa dengan Kari Ikan, Laksam Kelantan, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Delima with Sambal Hijau, Lempeng Pisang, Sup Gear Box, Bubur Lambuk Istimewa, Lemang, Nasi Impit, Rendang Daging, Chicken atau Lamb Shawarma with Pita Bread, Warung ABC, Aneka Cucur, Warung Apan Balik Viral dan banyak lagi 

Untuk buffet Ramadhan 2019 ni, ianya bermula dari 8hb Mei 2019 hingga 2 Jun 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 


Harga buffet Ramadhan 2019 di Dorsett Putrajaya adalah 

RM138nett untuk dewasa 

RM78nett untuk kanak-kanak dan warga emas

RM99nett untuk pembelian voucher EARLY BIRD 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +603 8892 8388 atau pun email je ke fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Jom kite ke: 

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Facebook : 

Website: 





Ok ini baru beberapa tempat buka puasa yang kak lily tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 


Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2019, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2019 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


Friday, April 26, 2019

NALA RAYA - Jadilah Berani, Serlahkan Kecantikan

Hi Korang,

Serlahkan diri anda Raya kali ini dengan koleksi busana fesyen perayaan daripada Nala yang menampilkan cetakan berani dan corak indah cetusan berinspirasi Malaysia. 


Buat pertama kali, jenama tempatan ini menghasilkan deretan baju kurung, kebaya dan sarung untuk Raya ini menerusi pelbagai pilihan corak rekaan tangan yang unik dengan pelbagai pilihan corak dan warna. 

Komited terhadap warisan Malaysia, corak yang dihasilkan tangan dengan begitu teliti memberi penghormatan bukan saja kepada kepelbagaian budaya negara ini malah unsur-unsur mengagumkan hasil cetusan inspirasi flora, fauna dan motif vintaj tempatan, yang turut menyerlah dalam koleksi terkini. 


Corak yang diketengahkan dalam koleksi Raya ini merupakan cetusan inspirasi daripada budaya minum teh dan kopi di Malaysia yang berakar umbi daripada pedagang seluruh dunia yang belayar ke pelabuhan negara kita. Diberi nama “Kopi Teh”, koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan ini dengan corak berilhamkan rekaan bunga-bungaan daripada cawan porselin serta kekisi dan kerja jubin yang teliti ketika era kopitiam terdahulu, serta diberikan nama mengikut pelbagai jenis teh kegemaran. 

“Diilhamkan daripada persekitaran saya sama ada alam semula jadi, senibina atau khazanah warisan negara ini seperti kedai kopitiam dan budaya menikmati teh daripada teh tarik, teh masala hinggalah cha, setiap corak saya mempunyai cerita tersendiri. Nala membawakan corak kontemporari dari masa silam, dengan setiap rekaan tangan punya jiwa yang menarik perhatian semua daripada pelbagai latarbelakang dan tak lapuk dek zaman,” kata Lisette Scheers, pengarah kreatif dan pengasas Nala. 




Ia diperbuat daripada pilihan kain kapas ringan untuk keselesaan pada hari yang panas serta 100% satin kapas untuk rasa mewah apabila berziarah sepanjang hari. Baju kurung (RM399) boleh didapati dalam 8 corak manakala kebaya (RM199) dan sarung (RM299) dijual berasingan agar ia mudah disuai padan. Menerusi pembelian melebihi RM500 daripada koleksi “Kopi Teh”, pelanggan akan menerima set percuma sampul Raya Nala yang direka khas untuk musim perayaan ini. 



Koleksi Raya akan dilancarkan di Nala’s Kampung House yang baru dibuka semula di Bangsar pada 1 Mei ini. Dibuka dari jam 11 pagi hingga 8 malam, “Pasar Gaya Nala” akan memaparkan koleksi baru baju kurung, kebaya dan sarung, berserta fabrik dan kuih untuk jualan bagi menyemarakkan semangat dan aktiviti Raya buat kanak-kanak. 

Pelanggan boleh juga melihat rekaan musim perayaan Nala di kedainya di ROBINSONS SHOPPES @ Four Seasons Place dan Bangsar Village II, atau membeli-belah secara dalam talian di www.naladesigns.com dan www.fashionvalet.com


Nala sudah bertapak lama sejak memulakan operasi pada tahun 2008, yang berkembang daripada kraf kertas kepada rangkaian busana, aksesori fesyen dan hiasan dalaman rumah yang menjadi tunjang kepada reputasi Nala. Sehingga kini, Nala juga berada di Perancis, Belgium, Itali, Switzerland, Hong Kong, Singapura, Kemboja dan Thailand. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman web: 

Facebook  : 

#naladesigns 
#wemaketheworldbeautiful