Tuesday, January 5, 2016

REVIEW | DWI DARA Collagen Complex

Hi Korang,

Kan aku cakap aku memang suka mencuba menda-menda baru bagi membaik pulih kesihatan luaran dan dalaman aku hehhehehe biasalah bila usia meningkat ni, memacamlah protection, prevention itu ini semualah.


So kali ni aku nak share dengan korang mengenai produk kecantikan dan kesihatan DWI DARA Collagen Complex keluaran tempatan ni kan.

Dwi Dara Collagen Complex merupakan makanan kesihatan yang bersesuaian kepada mereka yang mempunyai masalah kulit khususnya memutihkan kulit, menghilangkan jerawat dan mengurangkan kulit berminyak. Oit sesesuai benau dengan keadaan kulit aku ni kan, memanglah korang tengok dalam gambar nampak cantik tapi kalau belek dekat-dekat nampaklah jerawat halus pasir aku dan muka berkilat je, ermm semua tuh kulit berminyak lah.


Kandungan bahan-bahan dalam collagen DWI DARA ni adalah:-

Hydrolyzed collagen
Orange
Lemon
Grapefruit

SERIES OF PHYTOCELLTEC STEMCELL
Apple stemcell
Grape stemcell
Kiwi syemcell
Argan stemcell

SUNNAH SUPPLEMENT
Pomegranate
Honey
Dates
Raisins


Di antara kebaikkan Dwi Dara Collagen Complex ialah :

Mencerahkan kulit wajah & badan
Mengecilkan pori pori
Mengatasi kulit berminyak
Menyekatakan tona kulit
Mengecutkan jerawat
Memudarkan parut jerawat
Memberi tenaga
Mengatasi kulit kusam 
membantu melegakan gatal kulit
Membuang toksin dalam badan
Merawat masalah keguguran rambut
Mempertingkatkan masalah dalaman tubuh
Mengawal nafsu makan
Mengatasi masalah keputihan

Cara nak makan sangatlah senang wei.


Just koyak dan minum saja, tak yah nak bancuh ke shake shake uolls kan. Amalkan 1 sachet sehari sebelum sarapan pagi. Pendek kata beauty supplement on the go lah kan.

Produk ini sesuai untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas. Wanita hamil, wanita menyusukan bayi dan lelaki yang mementingkan kesihatan dan kecantikkan juga boleh consume

nampak semua boleh tau

Harga jualan :
Rm130/box SM
Rm 140/box SS

add postage Rm 10 bagi setiap oder. .

Kalau nakkan info lebih lanjut korang boleh check it out

Instagram: @dwidaraauthorized

Hashtags: #dwidaracollagen #dwidaracollagencomplex


Hotline: 018-219 5350

Monday, January 4, 2016

Cukur Jambul Si Aman Rayyan, Menu Lauk Kampung

Hi Korang,

Lama tak citer pasal family kan ?

Kalau korang perasan aku memang jarang citer pun, malas nak diorang glamer kat blog aku ni hehehhe poyo ek. Bukanlah certain things boleh citer and x boleh gak.

ini adalah cekur/kencur, aku pun baru tau
herba sesuai di letakkan dalam kerabu sayur

Ni pun sebab teramik gambar banyak so why not share dengan korang kan.

Ramai orang cakap amalan cukur jambul ni merupakan bidaah dan khurafat but setelah aku baca mengenai tu tak pun as long as asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah dan jangan sampai menjadi riak sudahlah kan.

Actually dak kecik ni anak sedara ktorang yang terbaru, cousin aku baru je melahirkan itu yang ktorang buat di kampung secara kecik-kecik je, jemput orang marhaban dan ada sket kenduri doa selamat.

ini baru sebahagian yang balik, lepas penat tolong masak-masak. kerusi meja semua dah kat luar.

Of courselah semua sedara-mara balik sebab tolong masak reramai, tak de upah or catering pun. Semuanya sendiri even periuk belanga, pinggan mangkuk semua cukup.Kalau nak buat bisnes catering boleh sangatlah kan.


Majlis start dalam kul 11.00 pagi cam tu, first time aku tengok orang marhaban lelaki ek, selalunya orang pompuan. So semuanya lelaki-lelaki yang akan buat keje hehehehe..






Sampai masa acara cukur jambulnya, si Rayyan di bawa ke pakcik-pakcik marhaban tu ek. Ok potong rambut sket je. Understood, maklumlah mak mane ada pengalaman lagi kan so duk peratilah. Lepas di gunting rambut sket di berikan sedekah untuk si Rayyan ni. Cam tu ek.. ok ok baru paham.

Gambo dak kecik ni tak pun sebab manjang asyik tido je kan, main-main sekejap dah tu tido..

dah-dah bagi balik dulang kat mak si rayyan ek

Lepas je abis majlis doa selamat, apa lagi moh makan kite ek.

simple je kan, lauk kampung

telur itik masak lemak

kerabu ke urap ni, tadi sedap

Alah lauk simple-simple je, telur itik masak lemak, kari ayam, acar jelantah, urap sayuran, kuih muih dan buah-buahan. Simple kan. Aku langsung tak tau nak buat, so time nilah dapat belajar resipi-resipi kampung yang unik ni.

memula makan berdua je

nampak dah makan bertiga plak

Oh ye pulut kuning sekali, nampak siap berebut makan ek. Share satu pinggan sebab malas nak bangun amik sendiri. Baru lagi mesra katanya…

Gitulah aktiviti ktorang di awal tahun 2016 ni.

abis majlis, pi belakang mandi sungai plakkk

Spend time bersama keluarga, walaupun tak pi holiday oversea. Holiday kat kampung pun seronok ape…

AisKrim Potong TEH TARIK KING’S, Sebijik Rasa Teh Tarik

Hi Korang,


Teh tarik dalam bentuk ais krim?


Biar betul ek!

Mesti sedap giler lah kan, teh tarik tuh all Malaysian favourite kan. Siang malam bedal teh tarik pun tak per aku ni kan..

yang lapisan luar tuh perasan teh dan yang putih tu susu, tak manis pun. just nice

King’s Potong mengembalikan kenangan nostalgia masa lalu apabila aiskrim seumpama ini, walaupun kelihatan mudah tetapi ia boleh mengembirakan kita dengan kepelbagaian perisanya ketika cuaca panas. Sehingga ke hari ini, walaupun kita diberi pelbagai pilihan, kita tetap akan menikmati aiskrim Potong pada bila-bila masa kerana keunikannya yang tersendiri.


Dalam memelihara budaya makanan Malaysia dan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati pencuci mulut kegemaran mereka dalam bentuk ais krim potong, King's telah menghasilkan aiskrim kepelbagaian perisa seperti Kacang Merah, Pulut Hitam, Durian, Cempedak dan Keladi. King’s Potong terkenal dengan perisa asli tempatan kerana penggunaan santan asli.

Menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia tidak akan sama tanpa Teh Tarik. Oleh itu, King’s Potong dengan kerjasama F&N Krimer Manis telah melancarkan varian Teh Tarik dengan menggunakan resepi asli F&N iaitu 2.5g serbuk teh dan dua sudu besar F&N Krimer Manis untuk mengekalkan rasa asli dalam secawan Teh Tarik. Menikmati Teh Tarik tidak akan sama lagi terutamanya pabila ia dalam bentuk aiskrim potong.


King’s Potong boleh didapati pada harga RM1.30 sebatang atau RM6.95 untuk pek 6 batang (termasuk 6% GST). Kesemua King’s Potong boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, dan juga di kedai-kedai runcit yang berdekatan di seluruh negara.

Apa lagi jom pekena ais krim teh tarik!!