Showing posts with label www.beautifulnara.com. Show all posts
Showing posts with label www.beautifulnara.com. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Aku Menang Di Nuffnang Blog Awards

Hi Korang,

Penat semalam tak abis lagi ni. Mana taknya makan, minum, gelak-gelak, camwhore, make new friends. Ermm macam-macam betul.

Tapi yang penting


Aku menang juga awards di NAPBAS Nite nie.

Memang tak sangka betul, walaupun tak tercalon tapi aku berjaya tewaskan blogger2 yang hebat lah termasuk lah Beautifulnara.com

Huhuhauhauhauahauhauahuahuahau

Korang ingat senang ke nak menang award kat Nuffnang Blog Awards 2011 ni. Tercalon pun tidak ada hati nak menang konon. Its actually award tu Beautifulnara.com yang punya. Dia menang kategori Best Entertainment Blog. Aku ni kalau berangan memang tip top sampai di awang-awangan lah. Ok full story mengenai #NAPBAS ni aku update later.. So stay tune.

Kepada geng blogger yang aku jumpa semalam, kalau terbaca entry ni meh tinggalkan komen korang punya URL kat entry ni ek. Aku pun nak pi melawat blog korang jugak kan.




Saturday, May 7, 2011

Friday Nite @ HyppTV Party

Hi Korang,

Salam sabtu.. Nothing much nak citer cuma nak tunjuk kan korang a few photos yang sempat di ambil masa Hypp TV Party malam tadi kat Neo Tamarind KL dengan bebudak + mak orang + anak orang + laki orang + tunang orang + makwe orang dan memacam orang lagi lah.

La tak caya, meh layan gambo ni dulu lah.

Ada can angkat satu kan?

Asyik2 muke kite je kan..

Nie pirate2 dalam negeri tau

Laddies blogger yang sporting

A perfect couple


Hah, betul kan aku tak tipu? Bebudak bloggers ni semua dah jadi sawan camera di sebabkan banyak sangat minum air asam jawa dan air serai itu yang sampai lanun2 nak tetak leher orang tu kan..

This is only teaser tau.. nanti aku citer lagi...

Sunday, October 10, 2010

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Hi Korang,

Salah sorang geng blogger yang aku kenal, K Ina KL ada anjurkan satu contest sempena dia dapat BE banyak nie. aku sebagai geng tali barut K Ina KL nie dah tentu confirm2 aku kena join kan, maklumlah dah nama pun tali barut kan. Lagipun dia dah tanya aku kenapa aku tak join contest dia masa kat Vaseline Party tu, so haruslah aku menjoinkan diri betul tak?

So aku kena letak satu gambar kenangan Open House Aidilfitri 2010, jadi jeng jeng jeng... ini dia

Open House tapi luar rumah tau!. Makan ala-ala kat garden gitu. Dibawah sinaran bulan dan bintang okeh! Tengoklah bekas kuih raya bersepah sana-sini.

Dah lapar sangat time nie, bedal ketupat,kuah kacang,rendang dan ayam BBQ

Actually gambar nie, mr Big amik Raya 2010 nielah. On 2nd day raya. Mak aku buat open house jemput sedara-mara dan jiran-jiran je. So aku selaku tuan rumah, berhempas-pulas lah siapkan barang2 untuk dihidangkan. So tak delah baju raya yang cantik tu,kalau pakai kang nanti sape nak buat keje betul tak?.Konsep open house ktorg tahun nie ala-ala garden gitu. Makan kat luar umah tau. Siap ada BBQ lagi. Memang superb!

Gambar dah letak dengan caption sekali, sekarang kena penuhi syarat2 lain plak:-

1. Buat N3 pasal blog akak..tak kisahlah macamana cara nak tulis..nak kutuk pun boleh.
K ina KL, lama jugak aku kenal dia in person. Seorang mak yang sempoi, kelakar, serba boleh. Aku kenal dia masa kat Astro Bloggers Nite, Januari dulu. Lepas tu, selalulah ktorg jumpa bila ada Nuffnang events.

2. Letakkan link akak di N3 tersebut.

3. Tinggalkan komen kat bawah N3 ini. Kalau kat shoutbox akak tak kira yer..dan jangan lupa letakkan permalink anda.
Okeh-okeh, pas submit entry nie trus komen kat entry nie nanti

4. Tarikh tutup pada atau sebelum 22hb. Oktober 2010 jam 12.00 tengahmalam.
Hah, sekarang sempat lagi nie baru 10/10/2010. Wow! date ada ong lah.
Dan yang paling penting sekali kenalah letak ayat ni di penghabisan N3 yer..
5. Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah.

p/s: Mintak2 lah menang ye, tapi kalu tak menang dapat set teko atau kuih tart nenas sebalang pun jadilah kan.