Showing posts with label malay foodblogger. Show all posts
Showing posts with label malay foodblogger. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Jikalau Aku Terpilih Menjadi Calon HOST JALAN JALAN CARI MAKAN


Hi Korang,

Dah kenapa plak tetiba boleh kuar citer pasal HOST JALAN JALAN CARI MAKAN ni untuk BLOGGER ek ? Sebab aku terbaca di entry si mamat FOOD BLOGGER ni yang mencadangkan aku sebagai calon HOST JJCM kan. Korang pi baca entry si dia kat sini ek


Ishk biar betul.

Ok siapa sokong,meh cepat angkat tangan ye



Kira hebat jugak aku ni ek hehehehhehe, sampai ada orang cadangkan tuh. Dalam 5 BLOGGER tu bileh terselit nama aku kan. Kalau lah aku tercalon jadi HOST JJCM for BLOGGER, haruslah kena jaga attitude bila makan ek. Mana tak nya, nak masuk TV tuh. Sebelum ni aku kalau makan memang buruk sangat perangainya berpinggan-pinggan tambah kan. Itu belum kira dengan comotnya lagi.

Tapi

Nak ke orang amik aku sebagai HOST kan ? Setakat tunjuk kuat makan je tak boleh jugak. Mesti ada penampilan diri kan. Kalau dah comey cam aku ni yang lemak terkeluar kanan kiri depan belakang korang ingat show tu boleh laku ke. Penonton masa kini lebih berselera dengan dengan HOST yang slim melim, muka ala-ala IZARA AISHAH, HANIS ZALIKHA pelakon gangster celup atau pun ANZALNA kan. Baru rating boleh naik punya.


Lagipun Mr BIG cakap, aku ni muka tak confidence langsung bila depan camera. Dah banyak kali aku cuba buat video untuk post entry tapi hampeh belaka coz semua video yang dirakam satu pun tak jadi di sebabkan aku duk bantai gelak dan tak serious langsung.

Kesimpulannya


Kalau setakat jadi HOST JJCM dalam BLOG boleh lah kan. Sekadar korang baca bebelan aku pasal makanan itu je mampu aku buat.

Untuk jadi HOST JALAN JALAN CARI MAKAN untuk BLOGGER? Jawabnya tak de lah kan tapi kalau jadi watak pembantu boleh lah kot, jadi tukang makan banyak.

Agak-agaknya


Dalam 5 orang BLOGGER tuh, sapa yang paling layak ek? Ermmm semuanya hebatkan.

Korang sokong sape ek?

Kahkahkahakhaka

Atau pun korang rasa, korang lagi layak ke kan? Jom cadangkan sesiapa pun. Kita tengok mesti ada orang lagi power kan bab-bab makan ni dari ktorg berlima ni kan.

Try test tengok kan! Oh My English!