Showing posts with label kedai ikan. Show all posts
Showing posts with label kedai ikan. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Makan Lagi Di Fish & Co Restaurant, Pavilion

Hi Korang,

Yeah, citer pasal makan.

Lepas abis berspa kaki hari tuh kat Kenko Fish Spa, Mr Big dah tunggu tepi nak ajak pi dating. Hehheheehe laki aku ni kan, tak menyempat tau.


Pusing-pusing dan pusing sudahnya ktorang pi makan kat Fish & Co ni je. Lagipun Mr Big suka makan ikan so dia ok jelah kan.


Walaupun dah pernah makan kat Paradigm Mall tapi nak makan lagi kat sini coz dah tak tau nak makan apa lagi.



Besar gak restaurant ni berbanding kat Paradigm Mall, orang ok ok tak pack sangat pun maybe tengah bulan agaknya

Seafood Platter for 2 (RM42.95)

Malas nak fikir panjang, ktorang order sama je yang makan dulu seafood platter.

ada udang

ada kupang

ada sotong

ada french fries

ada fillet ikan

Semua ada dalam satu kuali paella besar. Ikan, udang, sotong, kupang dan memacam lah.

Mermaid Freeze RM10.95

Order air pun gelas besar je, share berdua so barulah romantik sket kan.

perah limau dulu sket

Makan-makan sambil borak-borak sambil main game sambil bercamwhore bagai.

orang suke main game sambil tunggu makanan sampai

Rasa sama je makan kat tempat hari tuh but portionnya cam sket je plak la aku perasan. Ishk gilerla agaknya kira kot berape ketul sotong dengan udang ek.

Tipu je lah.


Samanye semua coz outlet kan. Makan sampai licin semuanya, tak de satu pun tinggal.


Korang kalau nak pi kat Fish & Co ni betul-betul level bawah wayang dan Red Box tuh. Aku tak ingat lah tingkat berapa pun kat situ lah.

Ok selamat makan korang.....






Friday, January 4, 2013

Fish & Co @ Paradigm Mall


Hi Korang,

Ikan memang least favourite aku sebab takut tercekik tulang. Macam bebudak kata Mr Big, nak makan pun susah.

Teruk sungguh!


Tapi bab-bab boneless fish ni memang aku bedal tak ingat. Di sebabkan dah teragak sangat, bila naik je escalator kat Paradigm Mall ni nampak kedai Fish & Co ni terus je masuk tanpa dakwe dakwi lagi. Before this pernah makan kat kedai ni tapi before ktorg kahwin lah

siapa putih? haruslah aku kan ehheee

Tujuan asal nak makan ikan but bila dah tengok menu seafood dia yang menambat hati dan perut terus je bertukar.


Air pun order yang beso, share je jimat sket.


Ini Fried Squid. Walaupun Nampak cam sotong goreng tepung but sedap benau. Sotongnya beso dan tepung ranggup dan tak tebal.


Ni Seafood Cowder Soup. Pekat likat melekat. Terasa isi-isi seafood, tak de rasa masin pung. Sedap



Nak tambah selera lagi, 2 jenis sos dihidangkan. Alah cili sos dan tartar sos, baru lah terasa cam makan seafood.



Ktorg order Seafood Platter for 2. Style macam Paella Rice. Letak semua dalam kuali beso dan masak. Nak hidang pun senang, makan ko satu kuali.


Lama gak lepak kat sini yelah enviroment cozy, orang plak tak ramai memang syiok lah sambil makan borak-borak. Tapi yang berapa syok, orang yang lalu lalang asyik pandang ktorg berdua sampai Mr Big cakap teruk sangat ke cara ktorg makan ni ke ktorg ni pasangan HOT kan. Hauhauhauah perasan sudah!

Kat sini tempatnya :-

Fish & Co Restaurant
CF-53 Paradigm Mall,
No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Malaysia

Aku tau korang lebih suka pi makan kat Manhattan Fish Market kan. Konsepnya lebih kurang sama but for me Fish & Co ni lagi sedap dan nampak fresh.


Alah korang cubalah sendiri, then baru korang tau kan.