Showing posts with label jalan ampang. Show all posts
Showing posts with label jalan ampang. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

Lunch Yang Menarik @ 28th Floor, The Club Bridge Bar G-Tower KL


Hi Korang,

Semalam ada keje sket kat G-Tower Jalan Ampang tuh. Dari pagi ada seminar sampailah ke tengahari. So abis je seminar, ada lah sket jamuan makan. Alah simple2 je dishnya but semuanya healthy.


Ada bridge kat 28th floor ni. seram sejuk nengoknya

Yang bestnya seminar kat Mezzanine floor tapi lunch kat 28th floor, The Club Bridge Bar. Hah ko memang cantik betul tempat ni. 

Simple Buffet Table

Tempat makan yang syiok

Deco pasal sejarah Malaysia

Deconya simple dan menariklah. Susunan meja teratur je so tak de lah orang serabut sangat nak pilih tempat duduk kan. So sambil makan dapatlah enjoy tengok KL view dari tingkat 28. 

Tengok apa aku makan :-

Salad yang pelbagai jenis

Dessert yang menambat hati

My perfect lunch - semua ada

Sket je amik dessert

Simple je kan. Cukuplah sekadar alas perut untuk tengahari tuh. Rasanya dish yang simple lagi sedap di makan. Aku siap tambah lauk halibut masak lemak tuh. Pedas. 


Dessert Creme Brulee plak aku bedal sampai 3 sudu sebab sedap dan tak berapa manis sangat. 

Ampang Park

The Intermark Building, KL

Jalan Ampang yang selalu jem

Volkswagen Building, Jalan Tun Razak - kecik je


Tak sangka memang cantik KL dari 28th floor nie. Redup nya dan angin pun sepoi2 bertiup kan.

Thks to Ms Loh dan Nutrition Society of Malaysia.

CLP notes : Nanti nak ajak Mr Big makan kat sini lah. Boleh layan view cantik lagi.


Thursday, December 16, 2010

“GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com"

Hi Korang,

Yeah, aku join giveway lagi...suker...


Atas pujukan eyriqazz aku joinlah giveaway nie. Eh, blogger kan, mestilah sokong bloggers yang lain. Lagi plak eyriqazz, bukan aku tak kenal pun kan dah terlebih kenal dah.

Tak caya, eyriqazz pujuk aku... nie tengok twitter aku nie.


Betul kan? Aku tak tipu. Atas pujukan yang tak berape nak mesra tu (eyriqazz jangan marah okeh, nanti hilang idea nak berblogging tau), aku pun joinlah. Sebab apa aku nak sesangat voucher nie ermm jeng jeng jeng...


Aku nak paksa mrBig test lens camera DSLR yang baru je dia beli hari tuh masa pi Penang. Sampai sekarang aku belum lagi dapat jadi model gambo waktu malam tau. Aku nak dia amik gambo lobster tu sedekat dan secantik yang boleh dan juga gambo view KL waktu malam dari Haven Restaurant nie. Yang penting dapat makan berdua2 dengan lilin2 yang wangi sambil menikmati view KL yang tercantik tu.

Hah, apa macam boleh ke jawapan aku nie. (doa bebanyak lah, Alisya mintak nama auntie tau nanti okeh... hehehehhe) 

Giveaway kali nie senang je tak yah nak fikir panjang nak join. Simple as that. La tak caya meh baca syarat2 kat bawah nie.


1. Create 1 Entry bertajuk “GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com" ( sertakan sebab kenapa anda mahukan voucher ini ) - DONE

2. Linkkan permalink entry ini dan link Haven Restaurant di entry anda - DONE

3. Tag 3 Orang rakan bloggers (nak tag lebih pun takpe)  - DONE


4. Comment Entry ini berserta LINK Entry anda dan Siap! - DONE

Senang kan.

Eh nak bagi tau tarikh tutup giveaway nie ialah  31 December 2010. Hah apa lagi cepat2 korang join ek.

p/s : mintak2 ada 'ong' dalam giveaway eyriqazz nie. Aku nie susah nak menang giveaway cam nie. Wish me luck!!1

Wednesday, March 3, 2010

Gleneagles Intan? sapo plak nie

Salam bahagia.

Gleneagles Intan? ermm apa bende nie? Orang ke nama tempat ke? Hah aku tunjukkan korang.

Hah hospital lah. Apsal plak tetiba aku nak tulis pasal Gleneagles Intan nie. Ala bukan ape, 2-3 ari nie aku tak update entry pasal nielah. Aku ke yang sakit? Uihks bukanlah. Sape lagi kalau tak bukan mrBig aku nie.
Dah 2 bulan dia ngadu dengan aku tangan kanan dia sakit bile angkat bende berat. Sket2 sakit, angkat itu sakit, angkat ini sakit. Bile aku dah membebel hah barulah sibuk ajak aku ikut dia ke sini, ala bukan ape dia malas nak drive. Jadi aku lah yang jadi supirnya yang setia angkut dia kesane ke mari.
1st time pegi hospital nie. Langsung tak sama dengan hospital kerajaan. Maklumlah 5 stars kan.Mengikut surat doktor yang mrBig dapat tuh, dia kene refer Specialist Orthopedic, Dr Chan. So ktorg pun pegi lah menregisterkan all the details. Proses kejap je tak sampai 10 minit pun. Dah siap isi borang bagai, ktorg di suruh nak ke tingkat 1 untuk ke Clinic Dr Chan nie.
Bile naik tu, rasa cam impress sesangat bukanlah nak kata canggih tapi enviromentnya cukup menyakinkan bahawa doktor kat sini cam good2 je sebenarnya memang pun bagus. So bile masuk clinic Dr Chan, lagi sekali ktorg tapi bukan aku mengisi lagi form2 yang patut. Then cam biasalah kenelah menunggu, sambil tunggu tu, ktorg dihidangkan dengan makanan yg sedap2 belaka. Ishk tipu belaka semua tu lah! Dalam clinic mane leh makan, ktorg tengoklah tv rancangan kesihatan okeh. Tak sampai 10 minit, nurse yang sihat tapi seksi dan ramas mesra panggil ktorg.
So dapatlah jumpe Dr Chan nie, orangnya not bad gak. Ishk aku nie kan..gatal tau. Baiklah, cakap melayu fluent sesangat,pandai buat kelakar plak tu. So kenelah mrBig diconsult. Dr Chan tanya itu ini, begitu begini. Ermm pendek kata macam2 soalanlah yang kuar. Maybe somewhere daging dekat tulang tangan tu bengkak.
So kenelah pegi X-ray Dept plak, turun balik. Pegi ke main building. Kat sini lagi best, segala mak neka kedai ade. Dari kedai makan sampai kedai gunting rambut tau. Tapi itu bukan tujuan ktorg. So berjalan ke tempat X-ray. Sampai sana orang ramai, tapi ktorg tunggu tak sampai 15 minit pun untuk proses X-ray nie. Kejap je dah siap. Then naik balik jumpe Dr Chan. Pas Dr Chan tengok X-ray, dia cakap not to worry, nothing yang patah, stil boleh makan lagi.. Apalagi berdekah2 ktorg gelak. Pasal makan dia boleh cakap. Ihsk kelakau betul lah.

Pas proses amik ubat, surat MC dan surat fisioterapi. Ktorg pun pegi merendek ke tempat lain plak.La nak kene citer gak ke.. Ermm nantilah.Gambo2 pun ntah kemana ntah. So tungguuuuu...

Apa pun hospital kerajaan dengan private hospital, memang tak sama langsung. Dari pelbagai segi, private hospital memang superb. Mahal memanglah mahal tapi berkualiti. Hati pun x sakitkan. Bukan nak menunjuk kite nie banyak duit tapi keselesaan tu penting. Bukan hospital kerajaan nie tak bagus, cume segelintir perkara yang menyebabkan diorg ke bukan pilihan yang pertama.

Small notes:
kepada bebudak yang main paintball ari tuh, aku x sempat nak email gambo lagi kat korang. Tapi kalau korang nak cepat, korang tagg mr Big kat facebook : Syaiful Ridzman Hah berlambak2 gambo yang kuar tau.
If u insist nak email gak, tunggu okeh!!

p/s: korang plak prefer hospital mane ek?