Showing posts with label chinese food. Show all posts
Showing posts with label chinese food. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Makan Chinese Muslim Food @ Restoran Haslinda Sim Abdullah


Hi Korang,

Mak ai tajuk bukan main lagi ek. La senang untuk korang sebenarnya nak google nanti kan.

Dah lebih dari 10 kali pi makan kat sini, now baru je nak citer kan.

Siapa kata tak sedap? Babap kang.. sedap la wei sebab tu Mr Big duk ulang makan kat sini je, sampai tokeh kedai pun dah kenal muka kan.


Memang agak payah sket nak cari kedai chinese muslim food ni. Nasib baik kat Bangi ni ada 2 je iaitu Mohd Chan Abdullah (MCA) dan kedai ni. Tapi malas nak ke MCA sebab ramai sangat orang dan mahal sket.

Opss bocor rahsia!

Di antara menu yang selalu ktorg order

Portugese Chicken RM12.00 (small plate). cilok gambo dr sini

Salted Egg Squid RM25.00 (large plate)

Crabmeat Beancurb RM12.00 (small plate)

Ini 3 dish yang memang akan di order kalau datang makan kat sini. Kekadang je ada tambah lauk sini kalau ktorg pi makan dengan kengkawan lain kan.


crabmeat soup

crispy cHicken

claypot beancurd

lemon chicken

siakap sweet sour

Banyak kan menu yang ktorg cuba kan!

Kalau korang datang awal bulan, ya ampun memang payah nak dapat seat tau kena tunggu turn makan. Sebab tu ktorg suka pi tengah bulan, orang tak ramai kan. Service memang ok la tak de lah lambat sangat, lagi pulak FREE WiFi so layanlah internet dulu kan sambil tunggu makan sampai.

Nak terangkan cam ne nak pi aku tak berapa pandai, so korang google jelah according to address kat bawah ni ek


Restoran Haslinda Sim Abdullah
No. 48, Jalan Medan 2C, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi 43650 Bangi
03-8925 6889
Everyday 11.30am – 11.00pm

Bagi ktorg sedap la sebab aku nak masak style cam ni memang tak de skill langsung lagi plak kalau kira-kira harga beli barang nak masak tu lebih mahal dari makan kat luar so baik pi makan kat luar jelah. Tapi tak boleh selalulah boleh kempis poket dibuatnya walaupun perut semakin kedepan kan.

So Bangian lets try tau..

Hehehhehe

Selamat Makan Korang!


Tuesday, February 19, 2013

PAN MEE Bagus Untuk Orang Nak Kurus


Hi Korang,

Chinese food memang jadi kegemaran aku

Yelah, nak masak sendiri bukannya pandai kan, tak sedap lagi ade lah.

So baik ktorg pi makan kat kedai,senang abis citer

Baru-baru ni masa ktorg jejalan area Pertama Complex ni, teringat kat mama coz dia selalu cakap MEE TEPUNG kat food court ni sedap.

First time aku dengar mee tepung, so aku bayangkan bancuh tepung macam bancuh adunan cekodok kan. Ishkk mengarutlah. Jawabnya ajak Mr Big pi cari kedai mee ni.


Sampai depan kedai, siap tanya dulu makcik yang jual tuh. Mee tepung tu mee apa? So makcik tu cakap itu PAN MEE, memang meenya di buat dari tepung gandum dan dibentukkan macam mee.

Oooo ok dah faham, its time to CUBA..

Inilah PAN MEE

Macam mee sup je but sup ikan bilis. Langsung tak de ayam, cuma ada cendawan shitake dan daun apa ntah yang macam ala cemperai. Lupa plak aku tanya makcik tu lah.


Makan dengan sambal belacan memang terbaik ooo


Tengok Mr Big bukan main berselera lagi, siap tambah 1 mangkuk lagi wokeh.


Bila aku rasa memang ye pun sedap, supnya memang totally rasa ikan bilis dan sayuran memang bersatulah. Mee tepung tu tak rasa tepung pun, rasa cam mee hoon gituh. Makcik tu cakap boleh je tukar ikan bilis tu pada rencah lain tapi tak original lah kan.


Kalau korang google, ada few resipi terangkan cam ne nak buat pan mee ni tapi aku malas nak letak lah sebab kalau korang baca je tak best gak kan coz tak de gambo. Hehehehhehe…


Memang aku rekomen pada sesiapa yang nak kurus atau dalam berDIET, sesuai beno gamaknya lah. Semangkuk baru RM4.50 cukup murah.

Musim hujan ni, kalau pekena pan mee ni best jugak ek.Ishk mana plak aku nak cari pan mee dalam area safari ni kan.


Thursday, December 13, 2012

Birthday Celebration @ Restoran Stadium Negara

Hi Korang,

Kelakar kan nama restoran ni ek.

malas nak bukak flash camera

Bila selidik-selidik baru tau rupanya restoran ni dulu dekat Stadium Negara kedainya so bila kena pindah, diorg purposely letak nama tu so senang loyal customer diorg cari.

Itulah citernya


Memula bila si gemuk cakap nak pi makan kat sini, Mr Big tanya aku ada orang melayu makan kat sini ke? So aku pun duk google cari info pasal restoran dan ternyata banyak review bebudak blogger melayu pi makan kat sini. Rupanya kedai ni boleh kita pi makan.


Restoran ni kita boleh makan charcoal BBQ steamboat atau pun ala-carte punye set. Di sebabkan lapo + hujan yang renyai-renyai time tu, ktorg order je set menu yang dah ada kat dalam menu tuh. Sambil nak tunggu makanan sampai cam biasa borak-borak pasal family dulu.

Ok makanan sampai, tapi disebabkan ini bukan FOOD REVIEW maka tak banyak gambo makanan aku amik ye. 

Just check it out ni

lala masak pedas

salted egg squid

my first plate

my last plate

licin semuanya

Hah ko makan sampai teramat kenyang gamaknya sebab sedap kan. Memang rasa masakan typical chinese dish yang rasanya orang melayu susah nak masak cam ni kot. Bukan nak perkecilkan ye but kita boleh tau rasa orang melayu masak dan orang cina masak kan, dah nama pun chinese food kan.




Ok layan birthday girl bersama keknya ye, import dari Grand BlueWave hotel Shah Alam tau.


Korang nak ke sini, alah senang je



Kuala Lumpur 50450

Boleh lah kalau nak cuba sekali sekala. Maybe next time aku nak cuba charcoal Steamboat tu plak, nampak cam best je.

Selamat Makan Korang!


Friday, May 11, 2012

Mencuba Stuffed Crab Di Restoran Tong Juan Kemaman


Hi Korang,

Pernah dengar Stuffed Crab? Ermm tak pernah. Meh sini aku nak citer. Stuffed Crab ni sejenis makanan yang aku rasa hanya korang dapati kat area Pantai Timur je dan biasanya orang-orang cina yang pandai masak Stuffed Crab ni. Pendek kata makanan orang cina lah.


Stuffed Crab tu lebih kurang cam tauhu sumbat but diorg gantikan dengan ketam. Kulit ketam baru tu di jadikan tempat untuk mengisi isi ketam yang dah di ceraikan dari kulit dan di campurkan dengan sayur-sayuran, kira macam isi popiah lah but kulit tak leh makan kan.



Aku dapat merasa Stuffed Crab ni di Restoran Tong Juan kat Chukai Kemaman masa berholiday di Awana Kijal bulan lepas. Rupanya kulit ketam tu dibalut dengan tepung dan telur yang kemudiannya di goreng. So ranggup di luar, sedap di dalam.


Meja ktorg plak tak ramai yang duduk, so dapatlah aku bedal 3 keping. Bila selak je untuk tengok isinya ermm berasap-asap keluar kan. Rasanya sangat sedap. Yelah aku kan tak pernah makan Ketam Sumbat ni.

Restoran Tong Juan ni juga ada sediakan makanan lain, ermm macam lah. Korang tengok je gegambo ni.

Fishball Soup - fresh sangat bile makan

Ginger Beef - Lepas makan kentut2 je eheheh

Nasi goreng cina yanG banyak udanG


Apamacam? Terllur kann. Aku pun sendiri pun rasa terliur gak masa edit gegambo ni.Nafsu serakah kelaparan bukan main membara lagi ek.


Bagi aku, harganya not bad lah. Stuffed Crab ni sekeping RM7.00 Harga makanan lain sama cam korang pi makan kat kedai seafood gak. Tak de lah potong leher sangat.

Nak singgah ke, ni alamatnya


Restoran Tong Juan 

K-117 Jalan Sulaiman,

24000 Kemaman, Terengganu
GPS: 4.231314, 103.428383
Tel: 09-859 1346‎


Kalau nak tunggu aku buat sendiri, memang terlingkuplah jawabnya kan.





Eh, jangan lupa vote aku wokeH!!!.



Friday, April 27, 2012

Seafood Lunch At Pak Su Seafood Restaurant, Beserah Kuantan


Hi Korang,

Masa ktorg pi holiday kat Awana Kijal hari tuh, sempat jugak singgah makan kat restoran Pak Su (Soon) kat area Beserah ni.


Its Chinese seafood restaurant tapi halal. Ok tak? Ermm bagi aku haruslah ok kan. Bukan senang nak makan makanan cina yang halal ni. Masa ktorg sampai tu almost finish lunch hour tapi sebab dah buat booking so diorg bukak lah kan


Sementara tunggu diorg prepare apa yang patut, ktorg bloggers ni apa lagi bercamwhoring lah. Abis segala sudut nak di amik gambo, sampai kat toilet pun nak amik gak kan.Walaupun matahari mencarak atas kepala but semangat nak ambil gambar tu harus diteruskan gak.

Ok dah penat bersnap sana sini, its time for makan. Ye hah.. meh tengok apa yang diorg hidangkan untuk ktorg yang kaki makan ni kan.

Black Pepper Crab

Fried Squid

Pak Su Beancurd

Garupa Steamed Fish

Meehoon Lala


Chinese Fried Rice

Ada laGi 2 menu aku x amik ambo coz bole terlupa plak kan. Tousand Island cHicken dengan Kailan Stir Fried  Bukan main banyak lagi, makan sampai tersandar2 lah. 



Table orang lain yang tak abis ktorg kasi sapu licin. Sangat buruk kan perangai. Tapi tak per jangan membazir kan.

Anyway, korang yang rasanya nak pi makan kat sini. Ni alamatnya


Pak SU (soon) Seafood Restaurant
4/1417, Batu 6, Lot 922, Kg Bahagia Beserah,
26100 Kuantan, Pahang
Tel : 09-544 8025 / 019-987 8403
Business Hours :
Monday -  Sunday
11.30am – 2.30pm
5.30pm – 12.00pm

Ermm nanti kalau aku balik Kuantan, rasanya mau ke sini pi makan kan. Masa tengah tulis entry ni, aku still terbayang-bayang lagi makanan yang sedap tu lah


Wednesday, December 14, 2011

WW - Berasap

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week....



Sangat berasap-asap dan panasssssss..

Jom makan!