Showing posts with label cara buat Teh Tarik. Show all posts
Showing posts with label cara buat Teh Tarik. Show all posts

Monday, January 4, 2016

AisKrim Potong TEH TARIK KING’S, Sebijik Rasa Teh Tarik

Hi Korang,


Teh tarik dalam bentuk ais krim?


Biar betul ek!

Mesti sedap giler lah kan, teh tarik tuh all Malaysian favourite kan. Siang malam bedal teh tarik pun tak per aku ni kan..

yang lapisan luar tuh perasan teh dan yang putih tu susu, tak manis pun. just nice

King’s Potong mengembalikan kenangan nostalgia masa lalu apabila aiskrim seumpama ini, walaupun kelihatan mudah tetapi ia boleh mengembirakan kita dengan kepelbagaian perisanya ketika cuaca panas. Sehingga ke hari ini, walaupun kita diberi pelbagai pilihan, kita tetap akan menikmati aiskrim Potong pada bila-bila masa kerana keunikannya yang tersendiri.


Dalam memelihara budaya makanan Malaysia dan memastikan bahawa semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati pencuci mulut kegemaran mereka dalam bentuk ais krim potong, King's telah menghasilkan aiskrim kepelbagaian perisa seperti Kacang Merah, Pulut Hitam, Durian, Cempedak dan Keladi. King’s Potong terkenal dengan perisa asli tempatan kerana penggunaan santan asli.

Menikmati minuman kegemaran rakyat Malaysia tidak akan sama tanpa Teh Tarik. Oleh itu, King’s Potong dengan kerjasama F&N Krimer Manis telah melancarkan varian Teh Tarik dengan menggunakan resepi asli F&N iaitu 2.5g serbuk teh dan dua sudu besar F&N Krimer Manis untuk mengekalkan rasa asli dalam secawan Teh Tarik. Menikmati Teh Tarik tidak akan sama lagi terutamanya pabila ia dalam bentuk aiskrim potong.


King’s Potong boleh didapati pada harga RM1.30 sebatang atau RM6.95 untuk pek 6 batang (termasuk 6% GST). Kesemua King’s Potong boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya, dan juga di kedai-kedai runcit yang berdekatan di seluruh negara.

Apa lagi jom pekena ais krim teh tarik!!

Thursday, May 1, 2014

Cabaran Raja Tarik F&N 2014



Hi Korang,

Yeah!! Teh Tarik sapa yang tak suke uolls kan. Semua orang kecuali orang yang sibuk nak diet kan. Even orang-orang yang ada diabetes pun still minum minuman kegemaran satu Malaysia ni.

Tapi buatnya reti tak? Ermm memang tau buat but kalau salah Tarik kurang ‘kick’ la teh tarik tuh.


So kepada sesiapa yang sememangny ada skill menarik teh yang mantap, elok sekiranya korang join Cabaran Raja Tarik F&N 2014 ni.

Fara Fauzana bersama pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2003/2006, Norazlin bin Janus yang memperkenalkan teh tarik F&N Kahwin

F & N Dairies Malaysia, syarikat Susu Pekat No.1 di Malaysia sedang mencari bakat-bakat baru untuk ditabalkan menjadi F & N Raja Tarik melalui Program Cabaran Raja Tarik F & N 2014.


Pencarian Raja Tarik F&N 2014 yang ke 9 merupakan kesinambungan kepada pertandingan tahun-tahun lalu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang-pemenang dimana jumlah keseluruhannya bernilai RM25,000 yang kini bermula di tempat ujibakat yang bakal diadakan di Penang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

Dan yang paling PENTING ialah Cabaran akhir Raja Tarik F&N 2014 ini akan berlangsung di e@Curve Petaling Jaya pada 12 Jun 2014.

Salah satu team dalam Cabaran Raja Tarik F&N 2014

Untuk Cabaran Raja Tarik 2014 seterusnya ialah pada 4 Mei 2014 di Pulau Pinang.

Korang boleh saksikan aksi aksi menarik di Cabaran Raja Tarik F&N 2014 ini menerusi siaran TV. Setiap Rabu & Khamis, 21 Mei sehingga 12 Jun 2014 pada jam 7.55 malam di TV3 dan siaran ulangan setiap Khamis dan Jumaat jam 6.30 petang di TV9.

Fara Fauzana bersama peserta-peserta yang hadir di Mydin USJ

Dan aksi akhir pada Jumaat 27 Jun 2014 jam 6.30 petang – 7 malam di TV3 dan siaran ulangan pada Ahad 29 Jun 2014 jam 7 malam – 730 malam di TV9.

Ok tempting kan, suker lah tuh. Meh intai syarat-syarat sket.


Terma dan Syarat untuk melayakkan anda memasuki cabaran ini :

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia 12 tahun ke atas

Cabaran ini merupakan cabaran kategori terbuka

Minima 1 peserta, maksima 6 peserta satu kumpulan

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 
018 – 205 7114


Cuba kalau aku plak yang tunjukkan skill buat the tarik kawin ni kan

Ermm, ok lets try.


1. Siapkan bahan-bahan dulu



2. Alat-alat pun kena standby gak, 2 kole 2 cawan


3. Ok teh susu dah siap dibancuh, standby untuk tarik ek.

Apalagi, jomlah kita tarikkkkkk








Siap sudah, tadaaaa

terus masuk ke gelas

ok jemput minum korang

Hah yang kaki tarik teh, mai cercepat pi uji bakat ek

Hang kata hang terrer, piraahhhh

Ok pi minum teh tarik lah..